...3

Kisah Hujan

 

Apa yang susah bila kita buat salah?

Kena marah tak susah.

Kena kerja overtime tak susah.

Walaupun kerja lebih 12 jam sehari selama dua minggu berturut-turut, pun Eunyoung boleh buat.

Yang susah apabila majikan tak kenal usaha dia.

Apabila tak ada satu pun hasil kerjanya dihargai disebabkan satu kesilapan kecil.

Apabila dia berusaha bagai nak mati namun tidak mendatangkan hasil.

Dan apabila dalam hatinya, dia tak mahu lagi terus dalam industri ini.

Eunyoung bukan budak kecil lagi. Kenapa dia harus ikut telunjuk ibu bapanya? Jika dia mahu berkecimpung dalam bidang lain, dia boleh lakukannya pada bila-bila masa. Sebab tulah Hansol sanggup beri notis 24 jam perletakan jawatan walaupun itu akan menyebabkan dia tidak akan menerima gaji untuk bulan tersebut.

 

"Kau dah gila?!" Taecyeon naik angin.

"Ya, memang aku gila. Kalau tak gila tu maksudnya kena pekakkan telinga, makan caci maki bos, makan caci maki kau, biar aku gila!"

"Seo Eunyoung!" Suara Taecyeon naik tinggi, bagaikan halilintar membelah bumi. Sejurus itu tangannya naik laju.

Itu kali pertama Eunyoung disakiti oleh Taecyeon. Air matanya mengalir deras serta-merta. Bukan sebab sakit, Eunyoung tak peduli dengan pedih di pipinya yang membakar itu. Kerana status dan nama, Eunyoung terpaksa menerima semua ini. Dia bagaikan tak percaya. Ini bukan Taecyeon yang dikenalinya dulu. Ini bukan Taecyeon yang dicintainya sebelum ini.

Taecyeon terhenti. Tangannya menggigil. Dia menutup mukanya. Rasa bersalah membuak-buak apabila mendengarkan esakan Eunyoung. 

Tuhan, apa yang telah aku lakukan?

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 4: Akhirnya....mereka bahagia.... ;)
sitiazilataemin88
#2
Chapter 3: poor eunyoung..Dia xberslh punn..T_T update soon!
parkyura98
#3
Chapter 3: Kesiannya eunyoung...cerita ni psal rumah tangga eunyoung ea? Update soon...citer ni sedih Sgt.... T^T
parkyura98
#4
Chapter 1: Eunyoung tu..bkn manusia ke?
Update soon tau!!! Sye nk tau ape yg di seterusnya!! ^O^