...1

Kisah Hujan

 

Eunyoung menggigil kesejukan, tubuhnya habis lencun dek hujan lebat, namun bibirnya tersenyum lebar.

“Aku bebas!” Eunyoung menjerit sepuas hatinya, kakinya pantas berlari entah ke mana.

“Eunyoung, masuk dalam kereta!” Taecyeon menjerit dari dalam keretanya.

Gadis itu tidak mengendahkannya. Dia seperti hilang dalam dunianya sendiri; berlari, menari, ketawa dalam hujan. Biarpun Taecyeon menekan hon berkali-kali.

“Yahooooo!”

“Sah, minah ni dah tak betul,” Taecyeon menggerutu sendirian lalu keluar dari keretanya, tak lupa dengan sekaki payung. Dia tak mahu selsema atau demam pada esok hari. Banyak benda penting yang perlu diselesaikan, bukan macam Eunyoung.

“Taecyeon!” Eunyoung melambaikan tangannya apabila pemuda tinggi lampai tersebut mendekatinya.

“Dah, jom balik.” Taecyeon lantas merentap pergelangan tangan gadis tersebut. Eunyoung melawan. Genggaman Taecyeon diusir dari lengannya, membuatkan pemuda tersebut terpaku, terkejut dengan sikap Eunyoung yang tidak seperti selalu.

“Kau ni kenapa?” Suara Taecyeon sedikit mengeras, namun dia masih cuba bersabar.

“Aku mahu bebas, Taec. Kalau kau nak aku balik semula ke dunia kau…” Eunyoung menggelengkan kepalanya, “Elok kita ucap selamat tinggal saja.”

Taecyeon mengeluh. Payungnya dicampak ke tepi dan tubuh kecil Eunyoung didakap erat. Hujan lebat dibiarkan membasahi diri.

“I’m sorry,” bisik Taecyeon ke telinga Eunyoung.

Eunyoung tersenyum semula lalu membalas dakapan lelaki bertubuh sasa tersebut.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
parkyura98
#1
Chapter 4: Akhirnya....mereka bahagia.... ;)
sitiazilataemin88
#2
Chapter 3: poor eunyoung..Dia xberslh punn..T_T update soon!
parkyura98
#3
Chapter 3: Kesiannya eunyoung...cerita ni psal rumah tangga eunyoung ea? Update soon...citer ni sedih Sgt.... T^T
parkyura98
#4
Chapter 1: Eunyoung tu..bkn manusia ke?
Update soon tau!!! Sye nk tau ape yg di seterusnya!! ^O^