House No.13 - Part 2

House No.13
Please Subscribe to read the full chapter

Sebaik pintu rumah terkuak, angin sejuk dari dalam rumah menyapa lembut tubuh mereka berlima... Bulu roma masing-masing terasa meremang tetapi digagahkan jua menapak masuk kedalam rumah… Keadaan didalam rumah itu sedikit gelap… Manakala barangan didalam rumah tersebut berada dalam keadaan lengkap seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja oleh penyewa terdahulu...

 

 

”Umin tolong nyalakan lampu jap…” Oleh kerana Xiumin paling dekat dengan suis lampu Hani mengarahnya… Xiumin tidak menunggu lama dan menurut arahan Hani. Suasana didalam rumah kelihatan terang-bederang sebaik saja jari Xiumin memetik suis didinding…

 

 

”Okey sekarang ni kita sediakan peralatan masing-masing... Kita berpecah... Kita teliti, kita usya dahulu apa yang patut.... Malam nanti baru kita mulakan kerja... Okey” Arah Hani lagi sambil membuat thumb up... (Oh ya, lupa pula… Disini ingin penulis membuat penerangan tentang apa jawatan yang dipegang Hani… Mesti pelik kan kenapa dia asyik mengarah je kerjanya… Hehehe sebenarnya dia adalah ketua didalam kumpulan ni…) Serentak itu masing-masing berpecah menuju kearah laluan masing-masing. Xiumin memilih untuk menaiki tangga ke tingkat atas... Sebaik tiba ditingkat atas , matanya dililaukan melihat sekeliling... Tiada apa yang luar biasa melainkan terdapat dua bilik yang bertentangan antara satu sama lain dan bilik berada paling hujung menghadap Xiumin… Tiba-tiba angin lembut menghembus ke telinga Xiumin sambil itu terdengar sayup seseorang menyebut namanya… Xiumin kaget. Serentak dengan itu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya model Oppo, lalu dia merakam dan melihat menerusi skrin… Jantungnya berdebar-debar… Apakah yang bakal dan akan dilihatnya nanti???

 

 

Hani dan Krystal meneliti di kawasan luar rumah... Krystal meneliti kawasan dibelakang rumah yang berdekatan hutan manakala Hani menjalankan pemerhatian di bahagian depan... Krystal berhati-hati menapak di kawasan belakang rumah kerana terdapat pokok duri yang menjalar... Matanya tiba-tiba tertacap kearah satu susuk tubuh berpakaian serba putih yang duduk mencangkung diatas pokok... Lembaga tersebut sedang memerhatikannya... Krystal segera mengalihkan pandangan dan berpura-pura tidak perasan. Jantungnya berdegup kencang... Apabila pandangan dihalakan semula kearah pokok tadi, lembaga tersebut sudah tiada... Krystal menarik nafas lega... Namun tiba-tiba, lembaga tersebut muncul dihadapannya... Krystal dengan jelas melihat susuk tubuh lembaga tersebut… Kain putihnya kotor berlumuran tanah kubur, rambutnya panjang terurai... Mujur wajahnya tidak kelihatan… Krystal terkejut lantas terjerit… Dia terduduk…

 

 

Myungsoo merayau-rayau di kawasan dapur manakala Suga kekal diruang tamu. Myungsoo memandang kesuluruhan kawasan dapur… Semua peralatan tersusun kemas… Myungsoo kelihatan berpuas hati... Dia tersenyum sendiri… Pada waktu itu, Myungsoo menangkap sesuatu dengan ekor mata… Matinya senyumannya tadi… Dia melihat sesusuk tub

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sw2tie #1
Chapter 5: Uisyyyyyy seram siot ... tapi wae krystal ngan umin mati
kim_youngji #2
Chapter 5: terbaiklah cite nih! seram sejuk aq masa baca cite nih ...( nih sume pasal Hani . kalau dia dngar ckp Xiumin mesti x jadi gini !) by the way , good job authornim! DAEBAKLAH!!!!!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 5: Wow!!! Jinjja daebak!!! Wah nervousnya saya macam saya pulak yg kne ._.
starlightkim_
#4
Chapter 5: Memang bestlah cite ni..creepy but ada part yg sweet dan comel..good job.nilah first time saya baca fanfic horror and saya pilih fanfic awak sbb tngk description mcm best..nasib baik myungsoo dan hani tak mati..
Marquise
#5
Chapter 4: APA NI MATI AWAL2 CERITA ADUUUU
TWO IN ONE PULAK TU
songjiyeon_ #6
Chapter 1: Awesome lah
kim_youngji #7
Chapter 1: Fuiyoo~ creepy gilaaa
bigbangtanboys
#8
Chapter 1: Huhuhuhu...daebak authornim....update soon...