Final

Fearless Dream
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Cahaya matahari berpusu-pusu ingin menerjah mataku. Kepalaku terasa perit dan berpinar-pinar. Seorang pria menyapa penglihatanku. Aku  tidak pasti sama ada imej tersebut hanyalah ilusi atau pun nyata.

 

Hatiku terdetik melihat gambaran kesempurnan wajah lelaki itu. Dia seperti seorang yang penuh dengan kasih sayang di satu sisi juga tegas.  Wajahnya mengambarkan jutaan personaliti murni. Tapi, siapakah dia?

 

Aku memegang kembali kepalaku yang terasa sakit sambil berusaha untuk duduk. Mataku melilau ke kanan dan ke kiri. Kurang pasti dengan situasi bilik ini yang begitu muram. Aku di mana? Bilik yang hanya bertemakan warna putih dan sekeping potret buah-buahan digantung pada dinding.

 

“Jun Ri?”

 

Aku tersenyum ke arah lelaki itu apabila dia menyebut namaku. Entah kenapa dia kelihatan begitu panik ketika aku berusaha untuk duduk sendiri.

 

“Saya dekat mana? Awak siapa..?” soalku, lemah. Suaraku serak-serak basah seakan-akan sudah hampir berbulan-bulan aku tidak berbicara. Aku tidak boleh ingat apa-apa. Ketika aku berusaha untuk mengingat semula, kepalaku terasa semakin sakit.

 

“Mark. Saya Mark. Awak dekat hospital. Hmmmm. Rehatla. Awak baru  je bangun,” bicara Mark sambil cuba untuk membaringkanku semula. Namun, aku menolak sekeras-kerasnya. Masih belum berpuas hati dengan jawapan ala kadar Mark.

 

“Kenapa saya dekat hospital? Apa dah jadi dekat saya? Macam mana awak boleh kenal saya?”

 

“Tidur,” arah Mark, tegas.  Ketegasan yang seolah-olah inginkan aku bertenang. Mungkin dia tidak suka apabila aku menyoal bertubi-tubi seperti polis bersenapang.

 

Aku mengeluh. Kepalanya menghampiri kepalaku lalu bibirnya yang semerah delima itu mengucup dahiku perlahan-lahan. “Tidur,” mintanya.

 

“Kau… Kau buat apa…?!”

 

“Jun Ri? Tenang.  Aku suami kau.”

 

“Haaaaaaaa! Kau.. Kau… Apa kau… Ah!” Mataku serta-merta membulat. Aku sudah bersuami?! Gila! Ini semua gila!

 

Mark sudah  pun meletus ketawa. Dahiku sudah berkerut seribu melihat reaksinya. Dia memeluk perutnya yang kesakitan akibat ketawa terbahak-bahak.

 

“Kau kenapa?” tanyaku, pelik.

 

“Aku bukan suami kau la. Bakal je.”

 

Aku lega. Perlahan-lahan aku menumbuk lembut bahu lelaki itu. “Teruna gila.”

 

 

Pagi itu, aku tidak ingin berlengah-lengah di rumah. Sampai bila aku harus berehat dan membiarkan diriku bosan. Aku juga ingin ke sekolah seperti anak-anak muda lain. Aku sudah pun hampir tiba di hadapan pintu gerbang sekolah apabila begku seakan-akan ditarik oleh seseorang.

 

“Excuse me. Tu beg aku.” Aku menuding jari ke arah beg berwarna merah ungu yang mempunyai tiga poket kecil di bahagian paling hadapan.

 

“Tau.” Seorang lelaki bertubuh tinggi lampai meletakkan begku di dalam bakul basikalnya. Aku hanya terpinga-pinga melihat perbuatannya.

 

“Naikla,” arahnya.

 

“Untuk?”

 

“Banyak betul soalan kau kan. Naik je la.” Lelaki itu menarik lenganku lalu mendudukkan ku di belakangnya. Tanganku diatur kemas untuk memeluk tubuhnya. Aku akur.

 

Secara tiba-tiba, aku rasakan lenganku ditarik oleh seseorang dari arah yang berlainan. Tubuh kecilku segera terdorong ke sisi. Aku bukanlah mainan kanak-kanak yang boleh ditarik sesuka hati. Boleh putus tangan aku jadinya.

 

“Yugyeom, Kau jangan suka kacau Jun Ri. Dia bukan bahan kau.”

 

“Kacau? Tak adalah. Just nak bagi tumpang kan, Jun Ri.” Yugyeom memijak kakiku apabila aku tidak memberi sebarang respon.

 

Aku mengaduh kecil sebelum menjeling ke arahnya. “Entah,” balasku, ringkas sebelum mengambil semula begku di dalam bakul basikalnya.

 

“Lampir..” bisik Yugyeom, geram.

 

Aku tidak seberapa mengendahkan ejekannya itu. Diam, itulah cara terbaik untuk menghadapi lelaki seperti itu.

 

“Yugyeom, kau ni. Tak tau adab ka?” tegur Mark.

 

“Yalah. Kau kan tau adab sangat. Baiklah. Selamat tinggal, Tuan Banyak Adab. Adab dalam tandas ada tak?”

 

Mark hanya menggelengkan kepala, tidak membalas persoalan terakhir Yugyeom. Dia biarkan sahaja lelaki itu berlalu pergi dengan basikal buruknya.

 

“Awak okay?” tanya Mark seraya mengusap-ngusap bahuku.

 

Kenapala lelaki ini begitu manis……..?  Cair. Aku mencair.

 

“Okay. Dia siapa?”

 

“Bukan siapa-siapa.” Mark tersenyum seraya membelai rambutku. Aku hanya tersipu-sipu malu apabila dia mula merapikan rambutku yang sedikit kusut. Entah kenapa aku rasa berbunga-bunga seperti cherry blossoms.

 

Jam menandakan tepat pukul 12 malam. Aku masih tidak mengalihkan pandanganku dari skrin telefon bimbit milikku, menantikan menantikan mesej dari seseorang. Kopi yang disediakan oleh ibu juga sudah semakin sejuk.

Aku tidak pernah jemu menanti. Entah kenapa aku yakin bahawa Mark akan menghantarkan pesanan ringkas untukku. Sekali lagi, aku membelek-belek telefon bimbitku. Masih tidak ada sebarang pengumuman tertera pada skrin telefon.

 

Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Aku segera melompat ke atas katil dan menari-nari kecil setelah mendapati Mark mengirimkan pesanan ringkas. Wah! MARK ! Adakah aku sudah dimabuk cinta atau whatever… Aku bahagia sekarang ini.

 

Aku di bawah sekarang.

 

Mataku terus membulat. Biar betul? Lantas, aku segera menuruni anak tangga untuk bertemu dengan Mark. Lelaki itu memakai hoodie dan seluar jean sambil membelakangi pintu pagar. Aku tersenyum sendirian melihat ketampanan lelaki itu dari belakang.

 

Gambaran satu kesempurnaan yang sungguh indah.

 

“Mark!” panggilku.

 

Mark tersenyum riang lalu melambai ke arahku. Aku merapatinya perlahan-lahan.

 

“Ada apa?” tanyaku.

 

Tangannya menghulurkan sebuah kotak kecil yang dihiaskan dengan riben berwarna merah ke arahku. Aku meraih tangannya sambil tersipu-sipu malu. Entah kenapa aku rasa hatiku bagaikan pokok sakura yang bersemi-semi sewaktu musim bunga.

 

“Untuk aku?” Aku ingin menjerit kecil apabila mendapati satu rantai berhuruf “J” berada di dalam kotak itu.  Mark mengangguk, masih belum sirna senyuman itu dari wajahnya.

 

“Thanks..” Aku membalas. Hatiku rasanya berdegup dengan kencang seolah-olah ingin meletup dari posisinya. Kenapa sungguh comel? Oh Tuhan! Aku mencair.

 

“No small gift for me?”  Mark merapati wajahku. Mataku terbeliak luas melihat tindakannya. Wait, dia nak cium aku ke apa?! Tiba-tiba, tanganku ingin menghadiahkan satu cap mohor ke arah pipinya. Tetapi, aku munasabahkan diri. Tidak ingin disaman kerana merosakkan wajah setampan Mark.

 

“Wowowoow! Bukan secepat itu,” balasku seraya berundur sedikit ke belakang, menjauhi wajahnya.

 

“Haha. Kau ingat aku nak buat apa dekat kau?” bicara Mark seraya menarik daun kering yang berada di dalam celah rambutku. “Rambut kau kotor. Aku bagai tukang cleaner yang tolong bersihkan.”

 

“Eh..” Wajahku sudah mula merah-semerah buah delima. Dia sebenarnya ingin membersihkan dedaun kering yang tersangkut pada rambutku dan bukannya….. Baiklah. Aku malu. Gila! Tak malu?!

 

Mark masih belum habis dengan sisa tawanya.  Aku menjeling seolah-olah seperti bahan ejekan. Walaupun sebenarnya, hatiku terasa sedikit panas tetapi aku sedar tindakanku itu memang wajar untuk ditertawakan.

 

Tanpa aku sedari,  Mark menarik pinggangku untuk merapati tubuhnya. Dia mencengkam pinggangku sehingga aku tidak dapat melarikan diri daripadanya. Dia menatap mataku dengan  tatapan penuh ghairah yang boleh membuatkan mana-mana wanita naik gila lalu beralih pandangan ke  arah bibirku. Seperti menginginkan satu ciuman. “Yang ni baru real.”

 

Mark terus sahaja mencium bibirku menyebabkan aku sedikit terkejut. Namun, entah kenapa, aku mula beradaptasi dengan ciumannya.  Aku tidak menolak sama sekali. Aku merasakan satu keseronokkan yang benar-benar aneh. Mark membuka sedikit mulutnya untuk mendapatkan oksigen. Aku akur apabila Mark menyandarkan tubuhku pada pagar rumah manakala bibirnya masih lagi mengunci bibirku.

 

Dia mengakhiri ciumannya lalu beralih mencium pipiku. “Thanks,” bicaranya.

 

 

“Kau nak apa wei?” tanyaku, geram.

 

“Apa-apa je. Tapi, aku tak nak apa yang kau buat ni,” balas Yugyeom seraya menolak hasil projek kumpulan kami ke tepi.

 

Ya, Malang memang tidak berbau. Aku telah ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama dengan insan berkepala iblis. Siapa? Yugyeom namanya. Oh! Yugyeom! Aku harap kau mati kena gilis lori simen.

 

“Kau ni macam pondan pulak aku tengok. Kata nak apa-apa? Tapi, sekali aku buat tak nak pula. Tu aku tanya kau. Kau nak apa sebenarnya?!”

 

“Aku dah kata apa-apa je.”

 

Aku merengus geram seraya menunjukkan buku limaku ke arah wajahnya. “Aku tumbuk kau juga nanti!”

 

“Tumbukla.” Yugyeom mengangkat wajahnya ke hadapan, mengalu-alukan aku memberikannya sebuah penumbuk.

 

“Yah! Pening kepala aku! Migrane. Huish! Migraine.”

 

“Makan ubat,” jawab Yugyeom, mudah.

 

Aku membelakanginya seraya memandang ke luar tingkap, menghadap koridor sekolah. Mark yang sedang berjalan di koridor sekolah untuk ke bilik guru mengenyitkan mata ke arahku. Wajahku yang terasa membahang tiba-tiba sahaja bersinar-sinar. Hatiku yang sakit akibat diperdajalkan Yugyeom kembali murni.

 

“Woi, buat la. Apa intai orang dekat luar ni?” arah Yugyeom.

 

“Eh-Eh, baiklah.” Aku tersenyum sendirian. Sudah tidak peduli lagi jika Yugyeom mula bersikap keras kepala. Aku seakan-akan telah mendapatkan satu kuasa hebat daripada Mark untuk menghadapi karenah Yugyeom. Ya! Menghadapi setan yang satu ini.

 

Pagi berganti malam. Aku dan Yugyeom masih juga belum menyiapkan projek kumpulan tersebut sedangkan esok adalah tarikh penghantarannya. Aku sudah mula risau. Yugyeom sama sekali tidak memberikan sebarang pertolongan.

 

“Nah, kopi.” Yugyeom menempelkan satu tin kopi ke pipiku. Aku menyuruhnya untuk meletakkan kopi itu di atas meja.

 

“Masih belum  siap ke?” soalnya, selamba.

 

“Kau tengok folio ni macam dah nak siap ke?”

 

“Belum. Tak apa la, kau siapkan. Esok aku hantar. Aku nak balik dulu. Bye,” bicaranya seraya mengambil beg sekolah yang diletakkan di atas meja. Aku menutup mata, geram namun dibiarkan sahaja pemergian Yugyeom. 

 

Waktu demi waktu berdetik. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Kerja kumpulanku hampir siap. Hanya tinggal tugas melekatkan kepingan gambar. Itu boleh sahaja ditugaskan kepada Yugyeom. Selesai sahaja dengan helaian yang terakhir, aku terus mengemas beg sekolahku.

 

Lampu yang kerlap-kerlip tiba-tiba sahaja mati. Aku tidak dapat melihat apa-apa selain kegelapan. Bulu tanganku meremang dan aku rasakan seolah-olah ada mata yang memandang. Aku memeluk tubuh, ketakutan perlahan-lahan aku ingin keluar dari kelas.  Kaki kananku tanpa sengaja melanggar kaki meja dan tubuhku jatuh tersungkur.

 

Satu lagi masalah yang  timbul sekarang, aku tidak tahu mana letaknya pintu keluar. Kegelapan memenuhi ruang kelas tersebut.  Aku menghela nafas panjang. Tiba-tiba sahaja, anak mataku tertangkap kelibat seorang lelaki membuka pintu.

 

Hatiku semakin takut. Kaki ku menggeletar apabila ku rasakan seakan-akan ada seseorang menghampiriku.  Cahaya lampu suluh samar-samar menyapa penglihatanku. Mataku masih belum mampu mendapatkan gambaran wajah lelaki tersebut.

 

“Jangan dekati aku!” bicaraku seraya mengesot ke belakang, ketakutan.

 

“Weh, weh. Tenang. Kau ok? Satu bandar ni blackout.”

 

“Kau siapa?!” jeritku.

 

“Tak payah jerit-jerit macam kena histeria. Yugyeom ni.”

 

“Kau hish….” Aku menarik nafas lega. “Datang macam setan.”

 

“Kau kenapa? Jatuh? Tu la. Lain kali, kalau blackout, duduk diam je. Jangan nak berlagak macam eagle boleh tengok dalam gelap.”
 

Aku mengangguk-angguk, setuju. “Kau? Kenapa patah balik?”

 

“Ah! Kau ingat aku boleh ke tunggang basikal dalam gelap.”

 

“Tau la. Aik, mana kau dapat lampu suluh tu?”

 

“Bilik guru,” jawabnya singkat.

 

“Kau ceroboh masuk?!” tanyaku, terkejut.

 

“Heh, bapa kau punya ke? Tak payah nak terkejut sangat.”

 

Aku membisu. Masing-masing mati bicara. Perbualan kami tenggelam dalam kegelapan.

 

“Haish.. bila nak ada elektrik ni?” keluhku seraya mengurut-urut kaki. Yugyeom menatap kakiku lalu perlahan-lahan bangkit.

 

 Tubuh kecilku diangkatnya ke atas lalu didudukkan di atas meja. “He. HEI!” Mataku terkebil-kebil memandang tindakan spontannya. Lampu suluhnya dihalakan ke arah kakiku  sebelum membuka kasut milikku.

 

“Kau nak buat apa ni?!” soalku, kaget.

 

Dia mengurut-ngurut kakiku tanpa berbicara sama sekali. Entah kenapa, aku rasa tenang. Yugyeom tidaklah seburuk yang kukira masih wujud juga perasaan belas kasih dalam diriku. Aku tersenyum menatap Yugyeom. Sebenarnya, dia tidaklah kalah tampan.

 

“Kenapa tengok aku macam tu?”

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sayhershe
#1
Chapter 1: walaupun saya tak minat Mark Yi Tuan dan saya tak pernah tahu dia handsome ke tak...tapi disebabkan cerita awak saya seperti mengenali dia.. btw this is a nice story again from you.. maybe a sequel would do author nim?
April1699
#2
Chapter 1: Ohhhh hahahah. Fikirkan dia gila , rupanya dia mimpi
kwonShinHye
#3
Chapter 1: Daebakklllllll! Cerita ni paling best.....klh cerita saya.(saya x pndai buat cerita?)
Thnks sebb buat cerita yang hebat£(^^)€
femalemonstaa #4
Chapter 1: Thanks sbb promote ff ni dekat wall saya ^^
Btw, kesiannya junri T.T
HeavenDelight
#5
Chapter 1: Tq for promoting this story on my wall.

I like the storyline. Interesting.
Tp sy hrap jun ri dgn yeogum...sbb saye rase wtak yogeum lagi sweet drpd mark.
Hehe

But sy just nak tau,ape reason mark berubah??

But overall..best!
SS_7201
#6
Chapter 1: Sedihnya!!!!!!!! Kenapa...? Macam mana...aduh...kesiannya Jun Ri.
-nahyun
#7
Chapter 1: UWAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! This is not faaiiiirrrrrr ingat happy ending uuu daebak author! Thanks recommend dkt wall. Ur story always jjang! I'm your fan uuuuu.