Chapter 3

The True Love
Please Subscribe to read the full chapter

Seminggu Kemudian

Hari ini pembendahan Jin dan Jungkook akan dilakukan, selepas membuat pemeriksaan, hati Jungkook sesuai untuk Jin, pada mulanya omma dan appa Jungkook tidak bersetuju akan keputusa Jungkook tetapi selepas Jungkook tetap bertegas dengan keputusannya mereka terpaksa bersetuju. Xiumin dan Krystal juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

Sebelum pembedahan Jungkook bertemu dengan Xiumin. 

"Jungkook kau ok ke?" tanya Xiumin selepas masuk ke dalam bilik Jungkook, Jungkook sedang bersiap-siap untuk pergi ke hospital, Jungkook perlu masuk ke wat beberapa jam sebelum pembedahan dijalankan

"Aku ok, aku ada benda nak minta tolong dengan kau" beritahu Jungkook

"Apa dia selagi aku mampu, aku akan buat untuk kau" balas Xiumin

Jungkook mengeluarkan sekeping sampul surat daripada laci mejanya "aku nak mintak tolong kau bagikan surat ni pada Jin hyung kalau apa-apa jadi dekat aku" beritahu Jungkook sambil memberikan sampul surat itu kepada Xiumin

"Apa kau cakap ni, kau tak akan apa-apa kau yang akan bagi surat ni sendiri dekat hyung kau, kau kena yakin kau akan selamat" kata Xiumin dengan riaksi yang sedih

"Kau tahukan risiko untuk pembedahan ni tinggi, aku nak kau tolong aku kalau apa-apa jadi dekat aku kau bagi sampul ni dekat hyung aku tau" beritahu Jungkook 

"Baiklah tapi kau kena janji dengan aku yang kau kena berusaha, kau tak akan apa-apa" kata Xiumin

"Iya lah, aku sayang kau, kau lah sahabat aku, aku dah anggap kau macam adik beradik aku sendiri, nanti kalau aku tak ada jaga diri kau tau, kau cari lah kawan yang lagi baik dari aku" kata Jungkook

"Apa kau cakap ni, kau sahabat yang tak ada gantinya, kau kena selamat dari pembedahan ni, aku pun dah anggap kau macam adik-beradik aku " kata Xiumin dan terus memeluk Jungkook sambil menagis, dia tidak sanggup kehilangan sahabat seperti Jungkook begitu lah juga dengan Jungkook.

                           ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di Hospital

Pembedahan Jungkook dan Jin akan dijalankan satu jam lagi, semua ahli keluarga pergi berjumpa dengan Jungkook sebelum pembedahan  termasuklah Krystal. 

Krystal datang menjenguk Jungkook sebelum pembedahan dilakukan, Krystal amat terkejut apabila Xiumin memberitahu Jungkook akan menjalankan pembedaham hati kerana Jin menghidap kanser hati.

"Jungkook kau ok?" tanya Krystal 

"Aku ok" beritahu Jungkook

"Kau mesti kuat tau, aku nak tengok kau dan Jin oppa sihat" kata Krystal

"Ialah" balas Jungkook

"Krystal..." panggil Jungkook

"Kenapa?" tanya Krystal

"Kalau aku dah tak ada nanti kau jaga diri elok-elok, kau jangan lupa dekat aku tau" beritahu Jungkook

"Apa kau cakap? Kau akan selamat dari pembedahan ni, kau jangan merepeklah" kata Krystal sambil memegag tangan Jungkook, Krystal berasa sedih apabila Jungkook berkata begitu, tanpa Krystal sedar Krystal telah melelehkan air mata

"apa ni, jangan lah sedih, nanti kau dah tak cantik dah" kata Jungkook

"Dah kau cakap macam tu, aku tak suka kau cakap macam tu, kau tahukan aku sayang kau, aku tak nak hilang kau, kau sahabat yang terbaik aku ada" beritahu Krystal dan terus memeluk Jungkook

"Aku pun sayang dekat kau" balas Jungkook dan turut memeluk Krystal "tapi sayang aku lebih sebagai seorang sahabat" kata Jungkook di dalam hati.

                          ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas Pembedahan

Semua orang menunggu di depan bilik pembedahan. Selepas 3 jam pembedahan Doktor Lee keluar dari bilik pembedahan.Omma Jin dan Jungkook terus bagun dan pergi ke arah Doktor Lee.

"Macam mana keadaan anak kami?" tanya omma Jin

"Pembedahan berjalan dengan lancar dan Jin juga berada dalam keadaan selamat tapi Jin masih perlu berada dalam ICU beberapa jam untuk pemerhatian kami" beritahu Doktor Lee 

"Macam mana dengan keadaan Jungkook?" tanya omma Jungkook

Tiba-tiba riak muka Doktor Lee terus berubah "saya minta maaf tapi.... Jungkook berada dalam keadaan yang kritikal, saya harap ahli keluarga Jungkook membuat persediaan untuk segal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
illymaisara #1
Chapter 3: knapa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!jungkook mati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!nangisla
EXO12WOLVES00 #2
Chapter 4: DAEBAKK!!! Sya mnangis bca crita ni..