Chapter 2

Black Sacrifice (HIATUS)

 

 

“Ji Yong tempahan kek blackforest!” Laung Irene dari kaunter. Waktu petang seperti ini, café selalu penuh dengan pelanggan. Jadi mereka berdua mereka akan menjadi sibuk sehingga orang yang melihat menjadi rimas kerana Irene yang kehulu-hilir seperti tidak tahu nak duduk.

 

“Cik! Satu kek keju dan segelas jus oren.” Seorang pelanggan melaung dari tempat duduk. “Ya! Sebentar,” Dengan itu, Irene berlari ke dapur dan keluar semua dengan menatang sebuah dulang yang di atasnya terdapat pesanan pelanggan.

 

“Selamat menjamu selera.”

 

Ji Yong yang melihat dari dapur terasa seperti mahu gelak. Kelakar sungguh melihat tubuh kerdil Irene kelam-kabut di ruang matanya. Dirinya sedang bersenang-lenang kerana semua tempahan sudah disiapkan. Kenapa sekejap betul dia buat kerja? Fikir-fikirkan sendiri. Kalau malas sangat, nanti akan didedahkan juga.

 

Akhirnya, Irene masuk ke dalam dapur lalu menghempaskan diri ke sofa yang terletak di sudut dapur. Tangannya mengipas wajahnya yang terasa panas. Peluh-peluh menitik dari dahinya. “Penatnya,” Keluh gadis itu.

 

“Itulah, aku dah suruh cari pekerja tapi kau malas. Sekarang tengok kau, macam buruh kasar yang telebih lawa,” Ujar Ji Yong. Lelaki itu mendekati Irene seraya duduk di sebelah gadis itu. Irene menjeling Ji Yong.  “Kau puji aku ke mengutuk?” Ji Yong menghela nafas. Dia mengelap peluh-peluh di muka Irene dengan menggunakan sapu tangan yang entah datang dari mana. Tapi siapa kisah kan? Irene terkejut dengan perbuatan Ji Yong namun dibiarkan sahaja apa yang lelaki itu lakukan. Cuma soalan sahaja yang dilontarkan.

 

“Apa yang kau buat ni? Kau nak buat drama romantik ke?”

 

“Tak adalah. Aku tak suka tengok kau berpeluh-peluh. Nampak hodoh sangat,” Ji Yong mengejek. Irene memutarkan matanya. “Ceh, apa-apa sajalah.”

Kreaak! Pintu dapur dibuka seseorang. Irene dan Ji Yong memandang ke arah pintu. Siapa lah yang sesedap hati membuka pintu kawasan dapur yang merupakan kawasan larangan ni. Tanpa disangka-sangka kepala Suzy terjengul keluar. Jelas senyuman lebar terpacul di wajahnya. “Kakak! Abang Ji Yong!”

 

“Hish, kamu rupanya. Cubalah ketuk pintu dulu,” Bebel Irene namun dia menjadi pelik dengan Suzy yang masih lagi terseringai.  Irene mengangkat keningnya seraya berkata, “Kenapa dengan sengihan kamu tu?”

 

“Kakak bercinta dengan abang Ji Yong ke?”

 

“Huh?” Irene tak mengerti.

 

“Hukkkk! Heol. Apa kamu merepek ni?” Ji Yong membela dirinya. Namun, dia masih lagi duduk di sebelah Irene. Sengihan Suzy semakin melebar. “Kalau macam tu kenapa abang lapkan peluh kakak? Dah lah duduk sebelah-sebelah. There must be something when it’s seems to be nothing~” Tiba-tiba sahaja Suzy menyanyi satu baris lirik daripada lagu There Must Be oleh Joo Hyo dan Ha:tfelt.

 

Irene dan Ji Yong memandang antara satu sama lain sebelum Irene menolak Ji Yong lalu bangun. “Dah lah jangan salah faham. Kami berdua tak buat apa-apa pun. Kenapa nak masuk sampai dapur ni? Panggillah kakak dari luar pun dah boleh dengar.”

 

“Adik ada bawa kawan datang. Dia nak berkenalan dengan kakak.” Jawab Suzy. Irene mengangkat kening. Selama ni Suzy tak pernah bawa kawan dia datang café. Mungkinkah adiknya merupakan seorang wallflower di sekolah? Ataupun kawan yang dimaksudkan oleh adiknya sebenarnya bukan kawan tapi teman lelaki? Oh, tidak. Irene takkan biarkan adiknya bercinta dengan orang yang salah.

 

“Mana kawan adik?” Pantas sahaja Irene berkata. Tangan Suzy dicapai lalu diheretnya keluar. Suzy pula membuat muka blur. Tak tahu kenapa kakaknya berkelakuan begitu secara tiba-tiba. Tiba-tiba, sebaris ayat terpacul di bibirnya.

 

“Takkan kakak sudah tahu?”

 

Irene memberhentikan langkah. Dia berpaling menghadap Suzy. “Kamu ada cakap apa-apa ke?” Suzy hanya menggeleng kepala dan mengeluarkan senyuman tawar yang cuba dimaniskan. “Tiada apa-apa.”

 

Kemudian, Suzy membawa kakaknya ke meja di mana kawan baiknya berada. Ketika itu, YooKwon sedang duduk membelakangi mereka jadi pemuda itu tidak menyedari kehadiran dua orang gadis terbabit. Suzy menarik nafas sebelum membuka mulutnya. “Kwon.”

 

Terpana. Itu yang dihadapi oleh Irene sekarang. Ketika YooKwon memandang ke arah mereka dengan senyuman manis, Irene tidak mampu untuk mengeluarkan suaranya. “Suzy, lamanya awak. Siapa dia ni?” Suzy tersenyum tawar. Dia mengerling wajah kakaknya dengan anak matanya. “Dia kakak saya,  Irene.” Senyuman di bibir YooKwon semakin melebar. “Hai, nama saya Kim YooKwon. Saya kawan baik Suzy.”

 

“Ah, selamat berkenalan,” Balas Irene. Kepalanya berdenyut dan matanya mula kabur. Gadis itu hampir-hampir sahaja rebah namun sempat diselamatkan oleh Ji Yong yang muncul secara  tiba-tiba. Suzy dan YooKwon terkejut dengan apa yang berlaku. “Maaf, hari ni Irene penat sedikit,” Ujar Ji Yong. “Kakak sakit ke?” Suzy terus mendapatkan kakaknya namun dihalang oleh Ji Yong. “Tak mengapa. Biar abang jaga. Kamu baliklah rumah dulu ataupun kamu pergi ambil angin dengan kawan kamu tu.”

 

“O-Ok,” Balas Suzy dengan hati yang ragu bercampur susah hati. Ji Yong kemudian mendukung Irene dengan cara Bridal Style  lalu masuk ke dalam pejabat Irene.

-~-~-

Irene membuka matanya perlahan-lahan. Pening masih menguasainya namun dia cuba bangun dari perbaringan. Ji Yong duduk di tepinya menggeleng kepala. Ditolak perlahan bahu gadis itu supaya gadis itu baring semula.  Pemuda itu kemudiannya memberikan sekeping coklat kepada Irene walaupun dia tahu coklat tak sesuai untuk orang yang pening kepala.

 

“Kau dah cepat penat sekarang ni. Jadi, aku dah letak iklan cari pekerja pada pintu kedai,” Ujar Ji Yong.

 

“Siapa bagi kau kebenaran? Cabut balik,”Arah Irene namun Ji Yong hanya membuat muka ada-aku-kisah sahaja. Pemuda itu bangun lalu memakai apronnya semula. “Dah lah. Kau memang degil. Aku tak kira. Aku nak ada pekerja baru juga,” Ji Yong terus berlalu pergi tanpa menunggu jawapan daripada Irene. Satu keluhan kecil keluar dari mulut gadis itu. Dicapainya cermin di atas almari lalu dia memerhati pantulan dirinya. Wajahnya sudah bertukar pucat dan warna anak matanya sudah bertukar sedikit kelabu.

 

“Rasanya aku dah tua sangat ni.” Heol, ingat apa lah yang dia nak cakap…

 

“Irene!!!” Laungan Ji Yong dari luar mengejutkan Irene. “Ya!” Gadis itu terus berlari keluar. Rambut yang kusut-masai dibetulkan semasa berlari. Nampak sangat kalutnya. Sampai sahaja di hadapan kaunter, Irene mengangkat keningnya apabila melihat Ji Yong mengarahkan penumbuknya ke muka seorang lelaki yang bermuka musang. “Dah kenapa ni?”

 

“Irene dia-“

 

“Saya datang untuk temu duga,” Kata-kata Ji Yong dipotong oleh lelaki bermuka musang itu. Riak mukanya tenang sahaja walaupun tangan Ji Yong sipi-sipi sahaja lagi terkena pada mukanya. Terkejut dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu, Ji Yong menurunkan tangannya. “Jangan main-main lah,” Ugut Ji Yong.

 

“Saya serius lah,” Lelaki itu membalas pendek. Ji Yong memandang Irene.

 

“Apa kemahiran yang awak ada untuk bekerja di sini?” Soal Irene. Ji Yong mula tersengih-sengih. Tau sangat sifat cerewet gadis itu. ‘Bagus Irene, bagus.’.

 

“Saya mahir membuat kek dan saya merupakan bekas barista di kedai yang terkenal di luar negara,” Lelaki bermuka musang itu mula bercerita tentang dirinya dan Irene hanya menganggukkan kepalanya manakala Ji Yong pula sudah ternganga mulutnya.

 

“Satu lagi, saya seorang yang menepati masa,” Sambung lelaki itu lagi.

 

“Ok. Awak diterima bekerja. Awak boleh mula bekerja hari ini.”

 

“Apa?” Ji Yong mula membuat muka tak percayanya namun hanya dipandang sebelah mata oleh Irene. “Bukan ke kau yag kata kita perlukan pekerja baru? Jangan banyak songeh boleh tak?” Irene mula memerli Ji Yong.

 

“Oh, ya. Apa nama awak?” Soal Irene kepada lelaki bermuka musang itu.

 

“Jung Jin Young.”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aiyani
#1
Omona~ Description dia nampak jjang! Tak sabar nak baca citer ni ^^
twenty-six
#2
sounds epic, yay!

Awaiting, and fighting!