Chapter 1

Black Sacrifice (HIATUS)

 

 

Rambut hitam yang disanggul tinggi memperlihatkan tanda lahir bulan sabit hitam di belakang lehernya. Dress one-piece bewarna biru muda dipadankan dengan kasut baji berwarna putih menonjolkan imej innocent walaupun pemakainya mempunyai mata yang tajam dan sinis. Dia- JooHyun memulakan hari seperti biasa. Sebelum meninggalkan rumah, gadis itu melaung pada adiknya yang sedang memakai kasut di hadapan pintu rumah.

 

"Suzy, kakak pulang lewat hari ni. Kalau kamu lapar, datang cafe kakak ya?"

 

"Ya, kak," Balas Suzy. Senyuman ceria menghias wajah ayu gadis muda itu. Suzy merupakan pelajar sekolah menengah tinggi di kawasan tersebut.  

Dengan hanya berjalan kaki, Irene terus berlalu ke café nya yang berhampiran dengan rumahnya. Apabila dia tiba, dia membuka pintu belakang café dengan menggunakan kunci yang disimpan di dalam sebuah pasu bunga di tepi pintu.  Gadis itu memulakan kerjanya seperti biasa, membuka kesemua tingkap dan pintu café serta mula membakar kek.

 

Tak lama kemudian, seorang lelaki dengan rambut yang bewarna merah jambu pucat melangkah masuk ke dalam café dengan wajah yang selamba. Lelaki tersebut masuk ke dalam dapur, tempat Irene berada. “Yo! Irene,” Teriak lelaki tersebut dan tanpa malu atau segan terus mengambil sebiji kek cawan di dalam peti ais. Irene hanya memandang lelaki dengan pandangan tajam.

 

“Ji Yong. Dah berapa kali aku kata kau tak boleh makan benda yang nak dijual?” Krik krik. Larangan Irene tak dipedulikan. Kek cawan tersebut sudah selamat berada di dalam perut seorang lelaki yang digelar Ji Yong.

 

“Kisah ke aku? Hei, dah berapa kali aku pesan. Panggil aku GDragon,” Rungut Ji Yong. Namun, perbuatannya hanya membuat Irene menyampah. “Apa-apalah. Sudah lah. Nah! Ambil apron ni dan mulakan kerja kau,” Ujar Irene sambil mencampakkan sehelai apron biru tua kepada Ji Yong.

 

Mereka tidak bercakap selama satu jam kerana sibuk melakukan kerja. Bukan senang menguruskan café dengan hanya dua orang sahaja yang bekerja. Kenapa tak cari pekerja? Alasan Irene, “Budak-budak zaman sekarang ni sibuk bercinta. Kalau suruh buat kerja lebih sedikit, mulalah merungut dan mengadu pada teman lelaki/teman wanita,” Walaupun alasan seperti itu amat menjengkelkan, ianya benar. Tersentap? Silakan. Amat dialu-alukan.

 

Ding dong daeng! Akhirnya pelanggan pertama memunculkan diri. Seorang gadis belasan tahun masuk ke dalam kedai dengan wajah yang kelam. Mata gadis itu, meliar ke seluruh pelosok kedai itu. Irene yang sedang mengelap meja terus datang menyambut gadis tersebut. “Selamat datang ke Café Faith. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

 

“Ayat klise,” Sampuk Ji Yong dari belakang namun cukup kuat untuk Irene dengar. Satu jelingan diberikan walaupun pasti Ji Yong tak nampak apa yang dilakukan. Irene kembali memandang pelanggannya dengan muka manis. Dia perhatikan pelanggannya dari atas ke bawah. Gadis itu tidak memakai pakaian seragam sekolah walaupun sekarang sudah mula waktu persekolahan.

 

“Saya nak beli kek,” Kata gadis itu dengan nada yang mendatar. Wajah ditundukkan sedikit apabila sedar akan Irene yang memandangnya dengan pandangan semacam. Irene hanya tersenyum tipis. “Oh, sila ikut saya. Awak nak beli kek ini untuk siapa ya?” Ditarik tangan gadis itu ke kaunter yang menunjukkan pelbagai jenis kek.

 

“Saya nak beli untuk adik saya. Tapi, adik saya sakit. Dia tak boleh makan benda manis sangat walaupun dia amat sukakannya,” Gadis itu semakin menunduk. Hampir menutup mukanya dengan rambut perang panjang miliknya. Irene hanya memandang gadis itu dengan muka kosong. Satu senyuman kecil terukir di bibirnya tak lama kemudian. Tangannya mencapai sebiji kek bersaiz sederhana.

 

“Nah, kek lobak merah untuk adik awak. Jangan risau, kek ini saya buat dengan resepi yang istimewa. Jadi, kek ini sesuai untuk orang sakit.”

 

“Errrrmmm, terima kasih. Berapa harganya?” Gadis itu mula menyeluk poketnya untuk mengambil duit namun Irene ketawa kecil. Gadis itu mengangkat muka untuk melihat Irene yang sekarang ini sedang tersenyum sedikit. “Awak tak perlu bayar kerana awak merupakan pelanggan yang pertama hari ini.”

 

“Tapi, saya-“

 

“Tetapi, kalau awak ingin bayar. Datang ke kedai ini semula selepas adik awak sihat. Setuju?” Irene menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan perjanjian. Gadis tersebut teragak-agak untuk menyambut jabat tangan Irene, namun akhirnya dia bersetuju. “Ok…”

 

Wheeesssh! Bunyi angin tiba-tiba hadir. Irene tersenyum manakala gadis itu terkejut dan melepaskan tangannya daripada berjabat tangan dengan Irene. “Ok. Saya bungkus kek ni. Sebentar ya?” Irene membawa kek lobak merah itu ke dapur. Tak lama kemudian, dia keluar dengan membawa sebuah kotak kek bewarna biru muda dengan logo café. “Silakan,” Kotak itu dihulur. Gadis muda menyambut dengan teragak-agak. “T-Terima kasih. Saya pergi dulu,”  dan gadis it uterus meluru keluar.

 

“Terima kasih kerana menjadi datang. Jumpa lagi Song Jieun,” Bisik Irene sendirian.

 

Ji Yong yang tidak memunculkan diri dari awal menjulurkan kepala melalui tingkap di dapur. “Dah balik ke budak tu?” Irene mengangguk. “Dalam beberapa hari lagi, dia akan datang lagi.”

 

 


 

 

Lelaki dengan wajah yang mempunyai wajah seperti musang membawa kotak berisi barang-barang dengan hati yang tenang. Tiba-tiba, seorang gadis yang membawa kotak kek bewarna biru muda berlari di hadapannya. Hampir-hampir sahaja gadis itu tersadung dan mencampakkan keknya. Nasib baik lelaki tersebut menyelamatkannya. “ Adik ok?”

 

“Sa-Saya ok. Terima kasih,” Gadis itu terus beredar dari situ. Lelaki itu memandang gadis itu dengan mata yang tajam dari belakang. Dia bukan memandang gadis itu namun kotak yang dipegang oleh gadis itu. Dia melihat logo yang sempat dia cabut dari kotak itu dalam senyap. “Café Faith?”

 

Lelaki itu terdiam sebelum menyimpan logo itu ke dalam poketnya dan dia mula menyambung perjalanannya. 

 

 


 

 

“Suzy!” Laung seseorang dari belakang. Senyuman Suzy melebar apabila melihat YooKwon datang menghampirinya. “Hai, Kwon.”

 

“Kau nak pergi mana-mana tak lepas ni?” Soal YooKwon. Suzy meletakkan jarinya ke dagu untuk mengingat rancangannya pada hari ini. “Lepas ni aku nak pergi café kakak aku lah. Kenapa? Kau nak ajak aku pergi mana-mana ke?”

 

YooKwon menggelengkan kepalanya. Senyuman terukir di bibirnya. Dipautnya tangan Suzy tanpa meminta kebenaran dan terus menarik tangan gadis itu. Suzy hanya tertawa kecil melayan kelakuan kawan baiknya. Tiba-tiba, tawanya terhenti. Air mukanya berubah. YooKwon yang menyedari perubahan Suzy memandang gadis itu. “Kenapa Suzy?”

 

“Kwon aku nak… Tiada apa-apalah,” Suzy menutup mulutnya. YooKwon memandang kosong kea rah sebelum wajahnya ceria semula. “Apa sedih-sedih ni? Jomlah!” Tangan Suzy ditarik semula.

 

“Nak pergi mana?” Tanya Suzy.

 

“Pergi café kakak kawan kesayangan aku ni lah,” Mendengar kata-kata YooKwon, air muka Suzy mula ceria semula. Namun dihatinya, rasa gelisah mulai menguasai. Apa reaksi kakaknya terhadap kawan baiknya, Kim YooKwon?

 

 


 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aiyani
#1
Omona~ Description dia nampak jjang! Tak sabar nak baca citer ni ^^
twenty-six
#2
sounds epic, yay!

Awaiting, and fighting!