Rasa Puas... Mungkin Muahahaha

Hai dan Assalamualaikum for everyone who are read this. Hehe...

 

Saya tak tahu sesetengah writer macam mana tapi bagi saya, lepas saya siapkan semua chapter untuk story PINJAMKAN AKU SATU BINTANG  saya rasa puas. Rasa macam 'wahhh kau siapkan juga Yana, even tak ada orang baca tapi you still did it.' haha. Serius, rasa puas tu sampai tersenyum sorang-sorang macam orang gila eh tak gila lagi ye. Gila-gila tu mungkin haha.

 

Jadi secara rasminya, saya dah berjaya siapkan atau update cerita tu sampai ending. Ending guys, saya paling susah nak buat ending dalam semua cerita saya. Kalau boleh taknak tamatkan sampai bila-bila hahaha tapi kalau ada reader yang baca kesian pula mereka terpaksa baca seminggu, sebulan atau bertahun baru nak habis hehe.

 

Jadi cukuplah sampai situ, noktah tanda sudah tamat. Nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi subscribes cerita merapu meraban saya tu. Which part yang saya suka dalam cerita tu time nak sampai ending. Alahai, sendiri tulis sendiri baca sendiri sedih. Tak tahu haha jangan tanya kenapa. Actually semua cerita saya merapu hahaha. 

 

Cerita tu saya start tulis 2014 T_T. Bayangkan berapa tahun berlalu? Akhirnya 2018 baru saya siap tulis sampai ending. Itu pun dalam masa 2018 saya cuba ubahsuai/tambah/buang apa yang saya rasa tak relevan haha.

 

5 tahun baru siap full chapter, sebab tu saya rasa puas. Saya tak sampai hati nak biarkan reader tertunggu-tunggu story tu. Jadi bila ada masa terus menaip terus perah otak nak sambung chapter. 

 

Sama jugalah dengan cerita yang lain yang ada dalam draft saya, saya cuba juga tamatkan. Walaupun makan masa bertahun tapi saya tetap nak tamatkan juga hahaha... Untuk cerita yang saya link dekat atas, thanks untuk sokongan para reader yang suka dengan cerita ni. Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya rasa cerita tu teruk gila mula-mula dulu. Adalah sampai terfikir saya nak padam. Tapi bila baca comment, pembaca still support itu yang terharu jadi saya ambil keputusan masukkan dalam draft dan edit semua chapter, siapkan walaupun makan masa. Jadi itulah hasil karya saya. Akhirnya berjaya disiapkan untuk mereka walaupun ada yang dari mereka dah hiatus, deactivated account, ada yang lebih active dekat tempat lain. But it's okay, muahehehehe.

 

Pada yang masih setia subscribes terima kasih wuu. Tengok views naik pun rasa seronok walaupun tertanya-tanya siapa yang views? Hantu ke O_O omooo... Tapi bulan puasa hantu kena ikat muahahaha.

 

Untuk penulis lain yang masih menulis dekat platform ni. Teruskan menulis sehingga berjaya, jangan cepat down wuu. Saya pernah down tapi saya fikir saya menulis untuk saya, untuk rasa kepuasan. Memang rasa macam cerita kita tak best sebab tak ada orang views, comment apatah lagi upvoted. Tapi jangan cepat mudah putus asa, kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita sebenarnya. Kalau minat menulis just teruskan.

 

If rasa cerita kita tak best sebab tak ada supporters. Cuba kita baca balik story kita tu dari awal sampai akhir, kalau nampak salah betulkan balik. Dah baca dan betulkan. Baca lagi, lagi lagi dan lagi. Sebab? Bila banyak baca cerita yang kita tulis, ada sampai satu tahap kita akan rasa. "Weh!!! Aku ke yang tulis cerita ni?" Atau "Wehh! Ni idea aku ke? Gempak." atau pun... "Aku nak nangis sebab tak percaya ni hasil tangan aku sendiri." T_T. Puji jela diri sendiri pun bukan orang tahu. Tapi kalau ada orang tegur kita punya cerita macam reviewer ke pembaca ke kita jangan marah, kita terima sebab pembaca, mereka ada cita rasa mereka sendiri. Kita terima, perbaiki lagi mana yang kurang. 

 

Sebab tu saya suka beri sokongan pada penulis-penulis lain sebelum ni sebab saya tahu apa yang anda rasa, jadi saya perlu bawa perasaan itu keluar dengan sebuah keyakinan. Walaupun awak tulis teruk tapi awak still rasa ada orang sokong maka awak jadi bersemangat nak menulis sampai ending.

 

Walaupun sebenarnya cerita saya pun teruk, tapi tak salah puji penulisan sendiri jika kita rasa kita dah tulis sebaik yang mungkin. Tak apalah, kita semua bermula dari bawah.

 

Omooooooo! Saya ni kalau tulis blog tak pernah pendek, kenapa ha? Mesti nak bebel tu panjang-panjang T_T apasal ha? Mesti sebab lonely hahahaha. Orang lain tulis pendek je singkat je, saya dah macam nak buat cerita T_T. Membebel entah hape-hape!!! Hahahaha.

 

Okey akhir kata, saya sedang dalam prosesn nak siapkan cerita terbaru saya iaitu CIK MANAGER

 

Main cast dia Vernon Seventeen dengan OC. Actually cerita ni lagi merapu ya rabbi, aku tak tahulah apasal semua nak merapu. Dekat cerita nak merapu, blog merapu adehhh pening kepala hahaha. Tu cerita baru, kalau sudi subscribes lah T_T ala tak malunya. Tak sudi tak apa tak paksa xD. Tapi kalau nak subscribes dan baca cerita tu terima kasih benor awok semua. 

 

Okey okey, dah habis dah bebel. Deda awak semua maaf ler, panjang bebel sampai bagi ceramah nasihat yang tak ada kaitan wuuu. Entah, orang suka cakap saya suka lari dari topik bila bersembang sebab tu malas nak sembang dengan orang. T_T. Malas nak bercerita dengan orang sebab selalu kena marah T_T. Hahaha

Comments

You must be logged in to comment
Iefa_San
#1
Setuju 100% dengan kata-kata awak. Kepuasan tu datang bila kita dapat habiskan cerita sendiri even takde sape yg baca pun. Huhu. Saya pun sama, suka tangguh, kalau buat cerita series tak pernahnya nak tulis sampai habis. Just one shot je berjaya. Haha. So bila dpt update tu rasa satu kejayaan sgt. Kekadang sedih gak takde org komen coz kita pun nak feedback org ramai. Best ke tidak, jalan cerita okay ke, karakter2 yg ada tu menarik tak atau mendatar ke kan. Last2 diri sendiri yang baca. Haha. Takpelah. Asalkan dpt habiskan sampai ending pun takpe sbb smpai matlamat.