Saya Rindu...

Assalamualaikum warga asianfanfics sekalian yang dirindui. Muahahaha, gila lama saya tak post or buka benda ni since ramai yang aktif fekat wattpad or hiatus from this website kan. Saya pun dah beralih ke wattpad dan sedang bergiat aktif di sana seperti mana saya pernah aktif di sini dahulu.

Tapi, jujur kata. Saya rindu kawan-kawan dekat sini. Kawan-kawan tahun 2014-15 dulu. Dulu sini meriah, ramai yang aktif menulis fanfic malay. Cerita-cerita dekat sini gaya penulisannya super. Tak macam di wattpad, nak cari cerita yang berkualiti tersangatlah susah sekarang ni.

Tambah perlu bersaing dengan penulis-penulis malay fanfic yang menggunakan watak bts sebagai hero utama mereka. Maka, cerita-cerita yang watak heronya group selain bts agak tergelam.

Mungkin, dekat sini juga ada yang menulis watak bts as main cast it's okey. Saya tak kata saya tak minat bts. Saya minattttt tapi tak sampai tahap gila lagi hahaha.

So, just nak cakap. Rindu dunia asianfanfics, sekarang ramai baca cerita je. Kalau malay story hm susah nak dapat reader dekat sini. Saya duduk dekat wattpad pun makan masa nak kembangkan cerita supaya ramai tahu kewujudan saya.

Kadang-kadang rasa nak give up duduk sana, rasa nak stop menulis, rasa tak nak dah aku dah penat tapi tak mampu sebab saya... Sukaaaaaaaa menulis, terlalu suka dan suka dan suka. Saya nak jadikan menulis sebagai satu passion or pasion saya. 

Saya join facebook semula dan yeah. Mereka kata, nak jadikan penulis sebagai kerjaya bukan satu perkara yang mudah sebab industri penulisan sekarang semakin merundum jatuh. 

Kadang-kadang saya terfikir saya perkara, salah ke kita nak jadi penulis dan jadikan ini sebagai kerjaya kita. Mungkin ramai kata, menulis tak mendatangkan hasil yang lumayan, menulis tak kaya pun, menulis tak bla bla bla. Pandang remes dalam penulisan dan sebagainya.

Why? Mood saya jadi tak menentu bila negatif-negatif vibe dorang ni stuck dalam kepala saya. Bahkan, saya nak bersuara beritahu apa yang saya rasa tapi tak mampu sebab... akan timbul pelbagai isu. Netizen, mereka tersangat suka memperbesarkan pelbagai isu. Kononnya mereka berhak bersuara mengeluarkan pendapat dan sebagainya. Tetapi, mereka silap. Memang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing. Perkara itu tidak salah, namun perlu ada adabnya. Bukan main terjah saja.

Kita sebagai manusia, tak baik menyakiti hati sesama manusia. Jika boleh jagalah hati sesiapa, in shaa allah ada ganjaran palaha yang Allah nak berikan.

Jujur kata, saya rindu aff. Saya rindu pembaca-pembaca dekat sini. Rindu sangat-sangat. Tapi, tak tahulah mungkin ramai yang dah hiatus, ramai silent reader, ramai yang deactived acc dan sebagainya.

Ada ke yang masih bersama saya dekat sini? Meneruskan impian dalam bidang penulisan ini walaupun banyak orang memandang rendah terhadap industri penulisan ni? 

Kalau ada yang sebaya saya baca blog ni atau ada di antara awak yang lebih tua dari saya baca blog ni lalu mengatakan saya begitu begini. Saya cuma nak cakap, saya tak minta apa-apa pun dengan menulis blog di sini. Saya cuma mahu didengarkan sahaja walaupun sebenarnya pendengar lebih baik adalah Allah swt, tetapi sebagai manusia. Sukakan perhatian, saya juga sama cuma mungkin saya pendam rasa keinginan tu. 

 

Bila dah sampai tahap tak mampu di pendam. Akhirnya saya meraih juga. Apa orang kata, gagal dalam ujian menolak nafsu inginkan perhatian. Cenggitu ewah, bahkan... Saya lebih selesa membebel dekat sini. Panjang menjela tahap karangan yang tak berperhujung dari dekat tempat lain.

 

Mungkin di tempat lain, saya terlalu memikirkan perkara negatif. Yeah, di facebook apabila kita post sesuatu orang pasti akan menekan like dan comment.

Di wattpad pula terlalu ramai budak-budak dan mereka juga suka meluah tentang kehidupan mereka. Saya tak suka digolong seperti mereka walhal saya juga sama seperti mereka.

Di sini, hanyalah satu-satu tempat yang saya boleh lari dari dunia realiti yang menghambat saya di belakang kerana di sini, saya tak kenal sesiapa. Saya tak tahu sesiapa, saya hanya saja dan penulisan saya.

Ada yang baca dan ada yang comment tapi kurang saya temui toxic people around here. Tak macam wattpad dan tak macam facebook. Yeah, di sana rasa tak bebas. Rasa nak menulis macam ni takut, menulis macam ni salah.

Ada saja mata yang memerhati, tak tentu posting kita. Alih-alih dia perli kita tanpa mention kita. Banyak kali terkena. Banyak kali... Saya sampai fade up dan malas nak berkawan dengan kawan-kawan online sesungguhnya toxic friend in online itu juga wujud ya rakan-rakan.

Saya, lebih suka kalau betul salah saya seperti apa yang saya luahkan di sini adalah salah. Terus tegur saya di bahagian comment. Terus berani menengur saya. Saya tak kisah dari suka perli memerli. Tak guna. Setiap manusia punya banyak kesalahan dan kelemahan.

Awak, saya, dia atau sesiapa saja. Kita semua sama, jadi tak salah pun kan. Kalau kita nampak kesalahan tu terus kita tegur straight to the point. Tak perlu nak berikan kata-kata perlian di bahagian lain. Perkara ini akan menyebabkan orang tak tahu terus jadi "siapa weh siapa?"

Tak silap saya, dulu saya pun pernah bersikap begini. Ada seorang user aff menulis blog, tak silap saya aisyah98 time tu. Saya salah faham dengan blog rakan penulis ni. Saya up juga blog dan berikan nasihat tapi waktu itu saya perasan yang saya lebih kepada menindasnya selepas ramai kawan-kawan aff datang menengur saya.

Di sinilah saya belajar satu perkara, dan terus simpan dalam kotak memori. Setiap orang ada masalah tersendiri. Mereka meluah kerana mereka tiada tempat meluah. 

Saya tak sepatutnya memuat naik blog dengan cara begitu. Jika saya mahu menasihatinya terus saja kita nasihat dia di situ juga, tak perlu saya up dan memperbesarkan isu tersebut.

Di sini, saya temui rakan-rakan yang lebih matang walaupun ada yang yang lebih kurang saya berperangai seperti kanak-kanak. Tetapi, saya lebih suka enviroment di sini berbanding wattpad.

Budaya perli memerli semakin berleluasa bahkan yang sudah tua juga turut menggunakan cara yang sama. Saya penat dan lelah. Sebab apa? Bila perli memerli, orang yang tak tahu apa-apa bila kita terbaca. Kita akan rasa macam "eh aku ke?" ha gitu lepas tu jenis saya yang suka overthinking mulalah macam-macam vibe negatif tu datang dalam kepala. Mood boleh down 100% jadinya.

Haha, sebenarnya saya rindu juga nak membebel panjang-panjang macam ni haha. Saya rindu diri saya yang dulu, ramai gelarkan saya happy go lucky tapi sekarang pun masih ada yang gelarkan saya begitu.

Saya suka diri saya sendiri dan saya harap awak semua juga sukakan diri awak sendiri. Kalau bukan kita nak suka, nak sayang dengan diri sendiri. Siapa lagi ye dak?

Omo, omo. Banyak betul saya membebel agagagaha. Btw, saya sekarang tengah siapkan cerita Cinta Di Hari Raya S2 dekat wattpad.

Kalau saya jemu dengan wattpad mungkin saya akan sambung menulis dekat sini balik. Harap aff akan meriah macam dulu, macam masa saya kenal aff dulu. Haha.

 

Okey itu sajalah bebelan dari seketul yana_xoxo yang sudah mengjakau umur 20 series tahun ni haha. Maafkan sekiranya ada yang terasa dan sebagainya dengan blog potpet saya ni. Kalau ada silap sila tegur saya terus.

Semoga hari hari anda semua ceria saja di hari minggu ini.

 

Assalamualaikum semua, saranghaeyo 😆😆✌.

Comments

You must be logged in to comment
Velliessa
#1
hiiii, saya baru bukak account ni setelah sekian lama ahahhahhahaahha. Boring-boring buat assignment saja lah bukak aff ni and i agree with your point. Macam dah tak meriah aff ni. I thought im the only one yang rasa aff sangat meriah 2013-2016~ gitu. Probably sbb exo tgh trending kut masa tu. Wahhh, igt balik, what a good time. A lot of genre that can be explore, a lot of nice peoples lgi2 dalam malay writers community AHAHHAHAH. Making friends here are lot of fun hahhahaahh. Saya doakan awak teruskan penulisan awak yer. InsyaAllah, ada rezeki you could have you own book publish kan ^^ semoga terus semangat !!! *send virtual hug from a stranger to a stranger ehe ^^*
oppabimbap
#2
Hi. Saya baru logged in lepas berapa bulan tah tak update dan saya jumpa blog awak ni. Betullah awak cakap, ramai dah berhenti jadi penulis di aff ni, masa 2013-2015 dulu best sangat sebab meriah. Ada je fanfic baru keluar, masa tu semua idols ada bukan bts je dan genre pun meluas. Comedy, horror, slice of life and romcom. Sekarang mmg betul, je banyak. Haih, saya pun rindu tapi saya dah stop menulis dekat sini sebab tak dapat sambutan since semua dah beralih ke tumblr, ao3 ngan wattpad.
tygrysku
#3
i feel u sis 😂 sebabkan kes lupa password acc lama kita terpaksa create acc baru ni. (kalau bukak je profile ya allah sendu tak boleh bawak bincang.) saya memang suka menulis, menulis bukan sebab nak subs or upvotes tapi sebab dah memang minat so memang tak peduli sangat pun benda tu semua. tapi kalau ada yang subs story saya, rasa macam seronok pulak hahaga. rasa lagi semangat nak tulis gittuw. zaman 2014-2017 dulu meriah sangat, wall penuh dengan promote story lepastu main reply reply blog >< rindu betul. fanfics pun banyak, b.a.p, teentop, suju semua ada hahahaha. walaupun sekarang dah terlebih melayan k-bands, hati saya tetap dengan b.a.p (tiber) hahahaha and pasal wattpad tu...yup. kureng sikit la wattpad HAHAHA maybe sebab saya tak pernah jumpa ff yang okay and menepati taste saya?

saja nak menyibuk random comment dekat sini hehe have a nice day! 😆