A little step to you

Characters: Super Junior Donghae as Donghae, SNSD Sooyoung as Seohyun, Super Junior Kyuhyun as Kyumin

Settings: Han River

Language: Malay

Notes: Not proof-read. It's just I don't feel like to put this on my story list because this idea that I wrote back in first year of high school and yet I have no heart to re-read and fix this so I put it on the blog. Haha, well I hope if someone happens to read this will be enjoying it. ^^ (I might add more of this later because I have tons short fic like this one)


Aku begitu tertarik melihat gerak badannya. Balet yang ditarikan oleh gadis itu amat menarik and menawan. Dia kelihatan seperti seorang bidadari, berpakaian t-shirt putih dan jaket biru, berlatarbelakangkan kilauan air sungai Han, dia sangat cantik. Aku ingin mendekati dan mengenali dia tapi aku malu. Aku selalu tertanya, dia dah ada bf ke? Aku ni agak-agak type dia tak? Aku berhenti agak jauh daripadanya. Aku memainkan musik dari MP3ku. Aku mula menari, tarian ciptaan aku sendiri. Aku namakannya, Freshie freestyle, menggabungkan tarian hiphop dan breakdance. Aku mencipta duniaku sendiri.

 

 

‘Ah! Dia lah...’ Seohyun tersenyum. Dia melihat ke arah seorang lelaki yang sedang menari di bawah jambatan. Dia sendiri tidak pernah melihat tarian itu. Namun, tarian itu sangat menarik baginya. Seohyun ingin menegur lelaki itu tetapi dia berasa segan.

Seohyun sedikit mendekati tempat lelaki itu. Tanpa memandang lelaki itu, dia meneruskan tarian baletnya. Mereka berdua menari dengan sepenuh hati di tempat yang dikatakan banyak mencipta pasangan kekasih di Seoul, Korea dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik iaitu Sungai Han.

 

 

Petang itu...

“Seohyun!” Kawan baik Seohyun yang juga partnernya dalam menari, Kyumin menegurnya petang itu.

“Oh, Kyumin.” Kyumin menghampirinya dan tersenyum.

“Kat sini tempat kau selalu lepak rupanya.” Seohyun tersenyum.

“Jom, kita berlatih nak?” Seohyun mengangguk. Bagaikan sepasang kekasih, mereka menari sehati dan sejiwa. Lelaki semalam melihat dari jauh.

‘Ah, kekasih diakah? Begitu secocok....’ Terasa hatinya pedih.

‘Teringin aku nak belajar balet....’ Lelaki itu mengikuti gerakan Seohyun perlahan-lahan.

‘Susah betullah, pergerakan dia lembut sangat...’ Akhirnya, lelaki itu mengikuti gerak langkah Kyumin. Kyumin dan Seohyun masih menari di situ. Orang lain yang lalu lalang di sekitar sungai itu sudah lali dengan mereka. Mereka bertiga mencipta dunia mereka sendiri.

 

 

Seohyun melihat lagi ke arah jambatan itu.

‘Dia ada jugak time macam ni.’ Seohyun yang ingin mengambil udara malam ternampak lelaki itu. Seohyun duduk di satu bangku, berdekatan tempat dia selalu menari.

‘Eh, dia menari tarian lainlah. Macam balet je?’ Seohyun memerhati lama. Lelaki itu berhenti sebentar.

“Haha. Aku dah boleh hafal tarian dia tu, daebak nih.” Lelaki itu ketawa kecil sebelum memainkan lagu kesukaannya. Dia mula menari. Seohyun bangun dan mengikuti gerak tari lelaki itu.

‘Susahnya...’ Seohyun tetap mengikuti gerak tari lelaki itu. Dia berharap dapat mempelajari tarian itu.

‘Seronok, macam aku menari balet.’ Seohyun berkata dalam hatinya.

‘Dance is my world.’ Lelaki itu berbisik perlahan. Mulutnya mengikut bait lagu yang didengarinya. Mereka berdua sekali lagi mencipta dunia sendiri malam itu. Hanya tarian yang dapat menenangkan hati mereka.

 

 

Esoknya...

Seohyun memulakan gerak tarian yang diikutinya semalam. Pagi itu amat cerah dan menyenangkan. Dia mula melihat ke arah jambatan.

“Eh?” Lelaki itu juga memerhati dia. Tarian mereka masih diteruskan walaupun mata mereka bersatu. Bagaikan satu gabungan yang profesional, Seohyun dan lelaki itu menari tarian yang berlainan. Seohyun menari tarian yang selalu ditarikan oleh lelaki itu, manakala lelaki itu menari balet yang diikutinya semalam, tarian Seohyun dan Kyumin.

Mereka menari dan terus menari. Masing-masing tersenyum puas dan gembira. Mereka berdua terus menari sehingga kedua-duanya berhenti serentak. Seohyun memulakan larian. Dia seorang penari dan atlet dalam larian. Lelaki itu terkejut melihat Seohyun yang sudah melambai tangan ke arahnya.

“Hei, tunggu!” Lelaki itu hendak mengorak langkah tapi Seohyun lebih pantas berada di hadapannya.

“Aku...nak tanya kau...mana kau belajar tarian kau tu?” Dengan suara yang malu-malu, Seohyun bertanya.

“Aku cipta sendiri. Kau memang pandai menari...dan berlari? Kau belajar balet, kan?” Seohyun tersenyum dan mengangguk.

“Aku Seohyun.” Lelaki itu tersenyum.

“Donghae..” Seohyun memulakan tarian baletnya.

“Joinlah!” Seohyun berkata. Donghae memainkan musiknya dan mula menari.

“Kau memang pandai membuat tarian baru.” Seohyun menghentikan baletnya dan memerhatikan gerak tarian Donghae. Donghae tersenyum.

“Freshie Freestyle, aku yang beri nama.” Donghae menjawab dan menghentikan tariannya apabila muzik tamat. Seohyun tersenyum dan menghulurkan tangannya. Donghae memandang Seohyun.

“Boleh kita jadi kawan?” Donghae tersenyum dan mengangguk sebelum menyambut tangan itu. ‘I like you a bit.’ Seohyun berkata dalam hati.

‘I like you, Seohyun ssi. It’s just a little step to you for now but I will make more soon.’ Donghae tersenyum di dalam hati.

-END-

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet