Shady Sakura Tree

Characters: Kim Kibum (Suju) as Kihyuk, Park Shinhye as Sakura, Toma Ikuta as Junichi

Language: Malay

Notes: My old fanfic that I wrote back in high school days. Have been featured in a magazine (if you're Malaysian, this can be found in Epop Malay #10). Well, just feel like I want to dump it here somehow (as I decided to put/dump all my old fics that I'm lazy to edit here)


Kihyuk mengambil gambar pemandangan sekitar Tokyo. Musim bunga di Tokyo amat sesuai untuk mendapatkan gambar yang cantik untuk koleksi gambarnya.

          ‘Ah, indahnya....’ Kihyuk berkata dalam hati sambil tersenyum melihat bunga sakura yang berguguran dari pohonnya. Hobinya ialah mengambil gambar pemandangan. Pemandangan tiga musim telah diambilnya. Musim panas di Amerika, musim sejuk di Korea dan musim luruh di Amsterdam. Kihyuk mengambil keputusan untuk membukukan gambar pemandangan empat musim.

          Dia memfokuskan pada satu pohon sakura yang rendang dan banyak daunnya. Ketika mengambil gambar pohon tu, dia terfokus pada seorang gadis yang memakai pakaian putih, menyisir rambutnya yang dihembus angin. Kihyuk terasa bagaikan dia terlihat bidadari. Kihyuk mengambil gambar gadis yang berdiri di bawah pohon sakura yang rendang itu.

          “Cantiknya...” Kihyuk melihat kembali gambar tadi.

          “Aku harus tahu siapa dia....” Kihyuk mengangkat muka.

          “Eh??” Kihyuk melihat sekeliling. “Mana dia?” Kihyuk bertanya sendiri. Dia mendekati pohon itu.

          “Aku nampak hantukah?” Kihyuk terdiam. Dia melihat kembali gambar tadi.

          “Ah, masih ada...” Kihyuk meneliti wajah gadis yang kurang jelas itu.

 

 

          Esoknya, Kihyuk pergi ke tempat yang sama. Dia ingin tahu siapakah gadis itu. Seperti biasa, dia mengambil gambar pemandangan. Kali ini bertemakan sakura dan menara Tokyo. Kihyuk duduk di bawah pohon semalam.

          “Ah, nampaknya part ini terbaik.” Kihyuk menghalakan kameranya.

          “Nampak macam menara Tokyo rendah saja..hehe..” Kihyuk mengambil gambar. Ketika Kihyuk ingin menukar posisi, tangannya terkena kaki seseorang.

          “Oh, maaf!” Kihyuk mengangkat muka.

          ‘Gadis semalam...’ Gadis itu memakai pakaian berwarna pink hari ini, sama seperti bunga sakura. Kihyuk bangun.

          “Maafkan saya...” Gadis itu tersenyum.

          “Tak apa.” Kihyuk sedikit lega.

          “Err...boleh saya tanya sesuatu?” Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.

          “Dari semalam saya lihat awak di sini. Mengapa ya? Oh, sebelum itu...saya Kihyuk.” Kihyuk tersenyum pada gadis itu.

          “Nampaknya, awak orang Korea. Bagus sungguh bahasa Jepun awak. Saya mempunyai kenangan di pohon ini. Teman lelaki saya menghembuskan nafas terakhirnya di pohon ini, ketika dia bersandar kesejukan dan kepenatan menunggu saya waktu musim sejuk tahun lalu.” Kihyuk mengangguk kecil.

          “Maaf ya kerana bertanya.” Gadis itu menggeleng sambil tersenyum kecil.

          “By the way, can i know your name?” Gadis itu tersenyum manis.

          “Sakura...” Kihyuk mengangguk.

          “Cantik nama awak, macam awak sekarang, seperti bunga sakura dengan pakaian pink ini.” Sakura tersenyum lagi.

          “Arigato gozaimasu, saya biasa-biasa saja. Awak suka mengambil gambar?” Kihyuk mengangguk.

          “Sudah jadi hobi saya. Saya datang ke sini untuk mengambil gambar musim bunga di Tokyo.” Sakura mengangguk dan duduk di sebelah pohon tadi.

          “Boleh saya lihat kamera awak?” Kihyuk tersenyum dan mengangguk. Dia menghulurkan kamera itu pada Sakura.

          “Wah, cantiknya. Awak memang pandai mengambil gambarlah.” Sakura berkata, Kihyuk cuma tersenyum.

          “Eh, ini saya...” Kihyuk senyum lebih lebar.

          “Secara tak sengaja semalam. Awak kelihatan seperti angel.” Sakura cuma tersenyum.

 

 

          Sudah seminggu Kihyuk bertemu Sakura di bawah pohon itu. Kihyuk membuat keputusan untuk memberitahu perasaannya pada Sakura kerana dia akan pulang ke Korea dua hari lagi. Kihyuk menunggu Sakura begitu lama.

          “Err...abang Kihyuk?” Seorang budak lelaki menegurnya.

          “Ya, saya. Ada apa, dik?” Budak itu duduk di sebelah Kihyuk.

          “Saya adik Sakura, Junichi. Kakak saya tinggalkan surat ini untuk abang.” Junichi menghulurkan sepucuk surat yang berwarna pink sakura.

          “Di mana Sakura, Junichi?” Kihyuk bertanya.

          “Kakak kemalangan semalam. Sebelum dia ‘pergi’ awal pagi tadi, kakak serahkan saya surat ini untuk disampaikan kepada lelaki yang bernama Kihyuk di bawah pohon sakura kenangan pahitnya. Saya hanya menyampaikannya saja.” Junichi bangun setelah berkata panjang lebar.

          “Saya masih ada hal lagi. Maaf ya...” Junichi segera berlalu, dia harus uruskan pengebumian kakaknya. Kihyuk membuka surat itu lalu membacanya.

          ‘Tulisan Korea?’ Kihyuk membacanya perlahan.

          Kihyuk, awak pasti hairan bagaimana saya tahu menulis dalam Korea bukan? Saya pernah belajar di Korea satu masa dulu. Kihyuk, terima kasih kerana berikan saya kegembiraan sepanjang masa ini tapi saya tak dapat bertahan lama juga kerana saya tahu saya akan mati juga suatu hari nanti. Saya berpenyakit, Kihyuk. Jadi saya cuma ingin katakan, saya sukakan awak, sikap riang awak dan kenangan manis serta pahit saya, teman lelaki saya dan awak di bawah pohon sakura yang rendang itu akan saya ingati sampai bila-bila.....kamsahamnida, Kihyuk. Nol saranghae, youngwonhi...... –Sakura-

Kihyuk mengesat air matanya selepas membaca surat itu. Dia sedar Sakura pasti gembira dan sudah berjumpa teman lelakinya di ‘sana’.

“Sakura, saranghae. Youngwonhi, jongmal youngwonhi.......” Kihyuk berbisik perlahan. Bersaksikan phon sakura yang rendang itu, Kihyuk melafazkan cintanya pada Sakura yang berada di atas sana.

-END-

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet