Always look at you

Characters: After School Raina as Ivy, Kara Gyuri as Rayna, UKiss Eli as Armand, After School UEE as Victoria, After School Lizzy as Lizzy, Park Shinhye as Jess

Language: Malay

Notes: My old fanfic that I wrote back in high school days. Just feel like I want to dump my old fics that I'm lazy to edit here. Huhu


Ivy menahan perutnya yang sakit. ‘Waktu macam ni pulak perut aku nak sakit..’ Dia segera melangkah laju keluar dari kelasnya. Tandas di tingkat bawah itu ditujui. Seperti biasa, kelas itu akan dilaluinya. Dalam menahan sakit perutnya, Ivy sempat mencuri lihat. Wajah tampan berkaca mata itu ditatapnya sekilas. Ivy tersenyum kecil lalu melangkah laju sehingga sampai di tandas.

          “Sakit perut?” Ivy mengangguk. Rayna, kawannya tersenyum.

“Tapi sempat lagi kau usha dia...” Ivy tersenyum malu.

“Okeylah, aku balik kelas dulu. Jumpa nanti.” Ivy terus berlalu. Sekali lagi dia melalui kelas itu. Matanya masih menatap wajah yang sama, sedang tekun mendengar. Wajah serius itu dirasakan sangat berkarisma. Ivy tersenyum sendiri dan melangkah ke kelasnya. ‘I will always look at you...’

------------------------------------------------------------------------------------------------------

          “Kenapalah kau suka tengok dia eh?” Rayna bertanya kepada Ivy.

“Entahlah, muka dia bagi aku semangat untuk belajar bersungguh-sungguh setiap hari..” Rayna tersenyum.

“Aku rasa kau sukakan dia, kan?” Muka Ivy memerah. Rayna ketawa kecil.

“Kenapa kau tak beritahu dia saja...” Ivy menggeleng laju.

“Siapalah aku. Muka tak cantik, hodoh pula tu. Aku...tahu dia tu high taste pasal perempuan...” Rayna mengeluh dan memandang Ivy lama. Ivy berasa hairan. “Kenapa dengan kau ni pandang aku macam tu?”

“Kenapa kau tak cuba? Mungkin dia akan terima kau?” Ivy tersenyum pahit.

“Aku tak nak letak diri aku dalam bahaya. Dia tu kan ramai peminat....” Ivy ketawa kecil di hujung ayatnya. Dia sedar dia hanya dapat memandang lelaki itu dari jauh.

“Belum cuba belum tahu. Mana tahu, Armand sukakan kau...” Ivy tersenyum kelat. Memang itu juga angan-angannya, berharap Armand juga menyukainya. Armand, lelaki yang disukainya sejak pertama kali dia memandang lelaki itu. Wajah putih bersih itu akan kemerahan apabila disirami cahaya mentari. Wajah itu sering tertawa riang dan tersenyum manis. Wajah itu akan sangat tekun ketika belajar dan ketika belajarlah, Ivy merasakan wajah itu paling berkarisma. Sungguh, semakin lama hati Ivy terpaut pada Armand walaupun dia hanya memandang dari jauh.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

          Ivy memandang Armand yang duduk di barisan hadapan. Dia meneliti tubuh yang agak tegap itu. “Hei, sampai bila kau nak tengok dia dari jauh?” Rayna menegur Ivy. Ivy hanya tersenyum.

“Look at him, just enough for me...” Ivy tersenyum kecil. Dia hanya mendengar apa yang diajarkan oleh guru kelas tambahannya namun tidak memberikan sepenuh perhatiannya terhadap pengajaran itu. Mereka berdua diam sehingga habis kelas.

“Ivy, jom join kami pergi shopping!” Lizzy dan Jess berkata kepada Ivy setelah kelas tamat. Ivy memandang Rayna. Rayna mengangguk.

“Jom, Ivy. Boring juga ni. Liz, Jess, aku ikut juga.” Lizzy dan Jess mengangguk. Mereka berempat keluar ke shopping mall dengan menaiki kereta Lizzy. Mereka membeli belah dengan gembira. Hanya Ivy yang tidak membeli apa-apa.

“Hei! Liz! Jess!” Seorang gadis yang bertubuh langsing dan menarik menegur Lizzy dan Jess. Mereka berpelukan.

“Lama tak nampak Vic unnie.” Jess berkata. Gadis itu hanya tersenyum.

“Seorang je?” Lizzy bertanya.

“Taklah. Vic unnie datang dengan seseorang. Kawan?” Gadis itu menunjuk ke arah Rayna dan Ivy.

“Oh, mereka kawan sekolej, Rayna dan Ivy. Ni Victoria, kakak sepupu aku merangkap adik kepada abang ipar Jess.” Gadis yang bernama Victoria itu tersenyum dan berjabat tangan dengan Rayna dan Ivy. Ivy terkaku apabila terlihat Armand yang menuju ke arah mereka.

“Honey. Kenapa tak tunggu tadi?” Armand memeluk pinggang Victoria. Ivy merasakan hatinya sakit dan pedih. Rayna yang sedar memaut lengan Ivy kemas. Armand tersedar 4 orang gadis itu adalah rakan sekolejnya lalu menarik tangannya dan tersenyum manis. Lizzy dan Jess tersenyum-senyum memandang Armand dan Victoria.

“Wah, wah. Hot boy in college, Armand...Vic unnie..girlfriend-boyfriend? What a small world!” Armand hanya tersenyum. Senyuman itu menarik hati Ivy buat sekelian kalinya. Masih sempat hati itu tertawan walaupun hatinya sedang terluka.

“Erm, betul juga. Arm dengan Liz dan Jess satu kolej kan?” Victoria memaut lengan Armand manja. Rayna sedar hati Ivy semakin sakit. Airmata Ivy sedang menunggu masa untuk jatuh. Rayna merasakan dia patut membawa Ivy pergi.

“Liz, Jess. Aku dengan Ivy ada barang nak beli lagi. Kami pergi dulu ya? Jumpa dekat Kopitiam Cafe okay?” Rayna segera menarik Ivy berlalu. Saat itu, airmata Ivy gugur. Rayna berhenti melangkah apabila esakan Ivy semakin kuat kedengaran di belakangnya.

“Ivy, jangan menangis. Tak guna kau menangis sebab dia..” Ivy memandang Rayna. Airmatanya masih mengalir.

“Rayna, bagi aku menangis kejap...” Rayna mengangguk. Ivy memeluknya.

“Menangislah puas-puas. Sampai kau rasa lega...” Rayna memeluk Ivy yang teresak-esak itu erat. Apa yang terjadi tadi menjadi tamparan hebat buat Ivy. Walaupun Ivy telah bersedia sejak dulu kerana dia tahu dia akan kecewa jika dia terus menyukai Armand tetapi dia tidak pernah menyangka perasaan itu sangat menyakitkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

          Ivy melangkah lambat-lambat ke kelasnya. Dia terserempak dengan Armand dan kawan-kawannya. Sekilas, Ivy memandang Armand. Wajah itu masih kacak seperti dulu, ceria dan sentiasa tersenyum. Ivy hanya dapat memandang Armand, pemberi semangatnya. Armand memandang Ivy dan tersenyum. Ivy terkedu seketika namun membalas senyuman itu. Dia melintasi Armand.

          Armand, I will always look at you because I stay breathing thanks to you. Your face brings smile and strength to stay strong. I’m sick, heart disease that can take me away anytime. No one knows, even Rayna. First time I saw you, I’m drawn into your smiles. Looking at you, my urge to live increases, you makes me want to live longer. Armand, i will always look at you...until I can’t see the world anymore...Armand, i love you....

-END-

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet