How we Met?
CURSED CLASSTarikh pada hari ini ialah 4/1/2015 dan merupakan hari paling sibuk bagi sekolah Keek high School suasana di sekolah bising seperti di pasar kerana merupakan hari pelajar memulakan pembelajaran setelah tamat cuti selama satu bulan lebih.
Tak cukup dengan tu tambah pula dengan pelajar tingkatan satu yang baru nak menjejakkan kaki ke sekolah menengah dan pelajar baru. Macam-macam kerenah, ada yang berkejaran, ada yang blur tahap ke berapa entah, ada yang sambil lewa dan ada juga yang excited.
"mana kelas aku nih?" ujar seorang pelajar perempuan genit sambil mengunyah coklat, hampir setiap kelas dia jelajah nak cari kelas dia punya pasal. "Hah, ni kelas aku!" pelajar itu melompat kegembiraan setelah 10 minit dia tercari-cari kelasnya.
Pelajar perempuan itu yang dikenali sebagai jimin masuk ke dalam kelas 1-geumjong, dia mengambil tempat duduk di sebelah tingkap kerana baginya tingkap adalah tempat yang sesuai kalau nak dapatkan udara segar.
"Mina, kamu pergi masuk dalam kelas, Appa nak pergi makan.!" arah luhan guru disiplin sekolah tersebut sambil menguap. "alla nak ikut appa,mina pun lapar jugak nih" beritahu mina sambil memegang tangan luhan dan membuat aegyo.
"mina lapar ye kejap" luhan tercari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. "nah,dah pergi masuk kelas" luhan memberikan mentos kepada mina dan berlalu pergi ke kantin. 'ada ke bagi mentos' marah mina kecewa dengan ayahnya, dia berlalu pergi ke kelasnya iaitu 1-geumjong.
Comments