One

7 Days With Mr Arrogant

Aku memandang ke atas syiling bilik. Mindaku masih memikirkan keputusan aku tadi. Tapi kalu difikirkan balik, elok jugak aku terima tawaran tu, maklumlah sejak eomma dan appa meninggal, oppa aku yang banyak tanggung aku sampai dia tak ada masa nak uruskan diri dia sendiri.

 

“Hah!!!” Aku bingkas bangun dari katil dan menuju ke luar bilik. Aku berjalan ke arah bilik oppaku. Aku memulas tombol pintu biliknya dengan perlahan. “Oppa, Hara masuk ye?”

 

“Masuklah.”

 

Aku menolak pintu dan masuk kebiliknya. Aku melihat dia sibuk dengan kerjanya. Aku lihat kertas bertaburan di atas mejanya dan mukanya kelihatan runsing. “Oppa, Hara nak tanya sesuatu kat oppa ni oppa jangan marah boleh tak?”

 

“Tanya apa?”

 

“Jangan marah tau. Janji?”

 

“Hurmm.yelah, oppa janji.”

 

“Tadi mak cik sebelah rumah kita ada datang. Dia ada tawarkan kerja untuk.....

 

“Hara!! Tak cukup ke apa yang oppa bagi selama ni? Hara nak apa lagi? “

 

“Oppa, apa yang oppa bagi tu dah cukup cuma Hara nak sangat ada pengalaman kerja. Hara nak sangat ada kerja sendiri.....walaupun hanya singkat. Tapi takpelah kalu oppa tak izinkan. Hurmm..Makan malam tu Hara dah sediakan, oppa makanlah kalu rasa lapar, Hara takut je oppa sakit lagi. Mian, kalau Hara ganggu oppa buat kerja.”

 

Aku keluar dan kembali ke bilik aku. Kadang-kadang aku rasa terbeban dengan sikap oppaku yang terlalu ambil berat tentang aku. Tapi aku tahu dia lakukan semua ni sebab dia takut kehilangan satu-satunya orang yang dia sayang, iaitu aku.Telefon bimbitku yang berada di atas meja belajar aku capai. Perlahan-lahan aku mendail nombor sahabat baikku.

 

“Eobseyo, Sooyoung aa?”

 

“Nae?”

 

“Sooyoung aa..oppa aku tak izinkan aku kerja kat rumah jiran yang aku cakap tu. Aku agak kecewa sebenarnya dengan sikap oppa aku tu.”

 

“Aku dah agak dah. Lagipun apa yang oppa kau buat tu ada betulnya jugak. Susah tau nak dapat abang yang prihatin macam tu sekarang. Kau tu dah kira untung tau. Tengok aku ni, aku dan abang aku asyik memekak je, tak kira siang dan malam.”

 

“Tapi aku rasa oppa kau tu sayang kau jugaklah Cuma dia malu nak tunjuk je. Hehehe”

 

“Pandai betul kau ye. Ni mesti oppa aku yang suruh kau backup dia kan?”

 

“Eh? Mana ade. Hurmm..By the way, gomawo. Sebab sudi dengar aku masalah aku. Jumpa esok.”

 

“Sama-sama. Ok, jumpa esok.”

 

Panggilan dimatikan selepas aku terdengar seseorang masuk kedalam bilik aku. Aku memandangnya. “Huh? Oppa?”

 

“Nah.” Oppa menghulurkan sepucuk surat yang agak familiar kepada aku.

 

“Surat apa ni?”

 

“Tengok je. Oppa nak gi dapur ni, nak makan.”

 

“Oh, okay.”

 

Aku membelek-belek surat itu. Dengan berhati-hati aku membukanya. “Huh??!!! Yeahhh!!”

 

“Oppa! Gomawo!! Jeritku dari dalam bilik sambil mencium surat itu beberapa kali. “Tak sangka oppa izinkan.” Aku melihat tandatangan oppaku kemas berada di atas surat itu. Tanpa melengahkan masa, aku terus berlari ke dapur dan mencari oppaku. “Oppa!! Gomawo!” Aku memeluknya dengan erat.

 

*****

Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap. Aku hanya memakai baju yang biasa aku pakai. Maklumlah aku hanya perlu menjaga budak 1 tahun je, Bukannya kerja di syarikat besar. Aku meletakkan sedikit bedak dimuka dan melembapkan bibirku dengan pelembap bibir strawberi milikku.

 

“Oppa! Tunggu.” Aku membaiki tali leher yang dipakai oppaku yang langung tidak kelihatan kemas. “Oppa..nak tak nanti Hara recommendkan seseorang untuk oppa. Maklumlah Hara bukan selama-lamanya boleh jaga oppa tau. Mana tahu Hara kahwin lebih awal dari oppa nanti...” kataku sambil membaiki tali lehernya dengan perlahan-lahan.

 

“Wae? Hara dah ada calon ke? Siapa yang berjaya ambil hati adik abang yang ganas ni?”

 

“Haishh, oppa ni. Tak baik tau. Tada!! Dah kemas. “

 

“Gomawo. Oppa pergi dulu. Kerja baik-baik tau. Jaga diri kat rumah orang tu tau. “

 

“Nae” Aku melambai-lambai sehingga kelibat oppaku tidak kelihatan lagi. Aku terus mengambil beg sandangku dan keluar dari rumah selepas pintu dikunci. Kakiku melangkah keluar dan menuju ke rumah Puan Park. Sesampainya aku didepan rumahnya, aku menarik nafas panjang dan melepaskannya. “Aku boleh lakukan!! Fighting, Kim Hara!!”

 

Aku menekan loceng rumah tu dan menunggu Puan Park sambil melihat jam pada tanganku. Aku menekan kali kedua kerana tiada orang yang membuka pintu. Ketika aku ingin menekan buat kali ketiga, tiba-tiba aku melihat tombol pintu dipulas dan muncul seseorang yang aneh di depanku.

 

Dia menguap seperti singa. Matanya masih tertutup sambil menggaru-garu kepalanya. Badannya setinggi zirafah. Telinganya agak familiar, yang aku pasti telinganya tu pernah kulihat dalam cerita-cerita kartun yang selalu aku tonton waktu kebosananku melanda. Tapi yang aku tak pasti, kenapa aku memerhatinya. “haishh!!” Aku seperti ingin menampar diriku sendiri.

 

“Hah! Nak jumpa siapa?!” jeritnya sambil menggigit bibir bawahnya. 


 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 3: keep update............
ashily_ashikin #2
Chapter 2: Palli update juseyooo...
misz_dina #3
Chapter 2: Melihat apa?teng teng teng,bersambung di next chap...sy nk bce next chap so,jgn lupa ntk update nae?lgpun citer ni best plk tu....bias sy lak tu yg berlakon....
Dragneel09 #4
Saiyur ni....dua personaliti sungguh kejap dingin kejap baik...
melryn05 #5
Chapter 2: bestlah cerita ni!!
UPDATE SOON!!!
sweet33 #6
Chapter 2: hahahaha!! best lahh...pleasee updateeee
Eli_Shane
#7
Oh ya,boleh tak awak letak tag malay supaya pembaca malay tag tahu kewujudan cerita ni? Itu saja,tq :D
Eli_Shane
#8
Best! Haha. Update soon~