chapter 6
Peminat Misteri
"Kyung, panggil nurse! Dia dah bangun."
"Okay okay, aku panggil sekarang."
Suara mula menyapa ke gegendang telinga Luhan sebaik sahaja dia terbangun dari tidurnya. Entah berapa lama dia tertidur dan macam mana dia boleh berada di situ. Setelah dilihat dengan jelas, dia baru sedar yang dia kini terbaring atas katil di bilik kesihatan. Dan terlihat Dasom di sebelahnya.
"Ma...macam mana aku kat sini? Apa dah berlaku ni?" Dia cuba untuk ingat kembali namun gagal. Kepalanya masih terasa berpusing.
"Masa saya lalu tandas tadi, saya nampak awak pengsan kat situ. Awak okay ke?"
Sebut sahaja perkataan tandas, dia teringat kembali. Ya, perkara terakhir yang dia ingat adalah mesej pada cermin tandas itu serta....
ada makhluk sedang merangkak ke arahnya. Dia cuba ingat rupa makhluk itu tapi kurang jelas. Yang pasti, makhluk itu sangat menakutkan.
Dan dia tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya selepas itu. Dia kembali ke realiti tatkala nurse sekolah masuk ke bilik dan terus memeriksa keadaannya.
"Keadaan kamu dah stabil sekarang. Kyungsoo tengah laporkan hal ni kepada guru kelas. Kamu boleh pulang. Kalau ada apa apa, panggil saya. Saya minta diri." ujar nurse sebelum keluar dari bilik kesihatan.
"Saya hantar awak pulang. Kebetulan saya ada bawa kereta pergi sekolah tadi. Jom." Wajah Dasom berubah ceria ingin mengajak Luhan pulang sekali dengannya.
Comments