chapter 4
Peminat Misteri
"Luhan, Luhan, aku ada benda nak bagitau kau!" jerit Kyungsoo tiba tiba baru sahaja masuk ke kelas. Luhan mengelamun panjang tadi terhenti. Melihat Kyungsoo tercungap cungap penat berlari masuk ke kelas. Luhan mengangkat kening hairan. Seolah olah Kyungsoo ada perkara penting yang ingin beritahu kepada dia.
"Kau pehal bro? Apa dia?"
"Sepupu yang aku kenalkan kat kau malam tadi nak masuk kelas ni." Kata Kyungsoo membuatkan Luhan agak sedikit terperanjat. Ya, sejak malam tadi dia sukar untuk tidur hanya disebabkan Soyou dan sang peminat misterinya. Memang tidak dinafikan Luhan syak Soyou itu peminat misteri dia. Dan sekarang dia nak masuk ke sini?!
"K....kau biar betul bro?!" soal Luhan tidak percaya.
"Sorry Han, aku lupa nak bagitau kau malam tadi. Sebenarnya Soyou akan jadi pelajar baru kelas ni." jawabnya sambil tersengih di bibirnya. Luhan terduduk secara sendirinya. Ya, dia masih terkejut. Wajahnya berubah pucat. Entah kenapa dia terasa takut sangat akan Soyou? Entah kenapa dia syak habis yang Soyou itu sang peminat misteri dia?
Kyungsoo perasan melihat wajah pucat Luhan.
"Han, kau okay ke? muka kau....nampak pucat." Tegur Kyungsoo. Luhan tersedar dari persoalannya. Kini dia jadi keliru.
"aaa....aku..." belum sempat Luhan berbicara, guru kelas sudahpun masuk diiringi seorang pelajar perempuan. Sepantas kilat Luhan amat mengenali perempuan itu.
"Hari ini kamu semua ada rakan baru. Sila kenalkan diri." arah Cikgu Jungkook kepada pelajar baru disebelahnya.
"Hi, nama saya Soyou. Pelajar baru kelas ni. Nice to meet you. Selamat berkenalan."
Tepukan dan sorakan riang mula bergema satu kelas lebih lebih lagi pelajar lelaki. Wajah cantik Soyou sudah cukup menarik di mata pelajar lelaki di kelas ini tapi tidak pada Luhan. Dia masih terkejut.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Suasana pelajar lain jadi bising dan berpusu pusu keluar dari kelas. Belum sempat Luhan mengajak Kyungsoo makan bersama di kantin, bahunya ditepuk seseorang. Dengan segera Luhan menoleh ke belakang.
"Hi Luhan, saya nak ajak awak makan skali dengan saya kat kantin, boleh kan?" ucap Bora sambil tersenyum riang.
Dahi Luhan dikerut seribu hairan. Mata Kyungsoo yang bulat semakin membulat. Bora hanyalah rakan biasa baginya. Berborak? lagilah jarang. Tiada hujan, tiada ribut tetiba saja Bora ajak dia makan bersama. Apa yang pelik, rakan perempuan lain yang selalu rapat dengannya tak ajak sekali? Dan kenapa harus Luhan seorang?
"Sa...saya ke?" gagapnya tidak percaya.
"a'ah, awak," jawab Bora ringkas.
"Ehemmm" sampuk Soyou ke arah mereka. Matanya merenung tajam ke arah Luhan.
"Hi Luhan, I nak ajak you makan skali dengan I. Don't worry, I belanja."kata Soyou membuatkan mereka terkejut. Bora mendengus geram.
"Woi pompuan, I ajak dia dulu. So, I ikut dia!" Bora menolak bahu Soyou dengan kasar. Kel
Comments