006

I'm Sorry!

🎵006🎵


 

Aku berguling dari kiri katil hingga ke kanan katil dan kembali semula ke sisi kiri katil. Aku lakukannya berulang-ulang kali. Kenapa? Sebab aku sudah bosan. Para penghuni rumah ini semuanya sudah ke sekolah dan kini tinggallah aku sendirian. Hidup aku tak pernah berubah. Dari dulu sehingga sekarang, aku kesunyian.

Setelah beberapa kali aku terhantuk pada meja di sisi katil, akhirnya aku mula rasa insaf dan berhenti berguling. Kalender mini yang berada di kiriku menjadi tatapan aku untuk seketika. Hmmm, kalau aku dapat bertahan sehingga waktu itu, penderitaan aku akan berakhir. Yup, tak lama lagi.

 

*

 

"Yoongi hyung! Maknae sepahkan kad-kad hyung!" jerit Hoseok. Jungkook tercengang dengan tindakan Hoseok dan juga kakinya yang nakal menendang kad-kad Yoongi.

"Ohmegi! Tak sengaja!"

"Yah! Jeon Jung Kook! Berani kau!?!"  jerit Yoongi yang masih berkurung di dalam tandas. 

"M- mana ada, hyung! Kookie tersepaklah!" Jungkook pantas tunduk dan mengutip kad-kad tersebut. 

Aku yang sememangnya berada di situ membantu Jungkook mengutip kad-kad yang berteraburan di atas lantai. Satu per satu kad-kad Yoongi dikutip dan diatur di dalam tangan.

"Kad ni," pandangan mata aku melekat pada sekeping kad yang berwarna putih. Ia mempunyai simbol 00Aku mengambil kad itu dan melihatnya dengan lebih dekat.

"Pelikkan? Kata Yoongi hyung, kad-kad ni yang pilih kita," Jungkook tiba-tiba bersuara. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut. Macam tahu aje apa yang aku fikirkan.

"Dan kad tu pilih kau,"

"Hani," panggil Jimin. Aku menoleh memandangnya yang berdiri di belakang aku. Humph! Cubalah berdiri dekat depan. Aku nak pusing pun seksa.

"Apa?"

"Ada nampak Rene tak?" soalnya. Aku mengangguk.

"Balik tadi dia cakap dia sakit perut. Mungkin dia tidur kot dalam bilik," Jimin menghela lega mendengar jawapan aku. Dia sudah lega tapi aku? Aku  rasa tak sedap hati? Kenapa eh? Sebab kad ni ke?

 

*

 

"Uu...nnie..." Irene keluar dari tandas dan memanggilku, serak. 

"Hmm... Kenapa Rene?" membuntang mataku melihat darah keluar dari mulut Irene.

"Uhuk! Uhuk! Ss... sakit unnie. Uhuk!" aku terus berlari mendekati Irene. 

"Rene! Kenapa ni? Gastrik ke?" Irene menggeleng. OMG! Apa aku nak buat ni? Anak orang ni. 

"Jap, unnie panggil Jimin," tanpa membuang masa, aku terus berlari menghala ke ruang tamu. 

 

 

Tidur? Tidur budak-budak ni? Petang kot! Kalau seorang tak apa, ni semua kot! Jin dan Namjoon juga. Apa nak jadilah. Biarlah, penat kot dekat sekolah tadi.

"Jimin! Bangunlah!" tanpa mengendahkan yang lain aku mengejut Jimin. Bahunya digoncang. 

"Hmm... Kenapa ni? Kacau orang nak tido aje," rungutnya. Ish! Nak aje aku tendang mamat ni. Orang tengah urgentlah! Adik kau tu!

"Bangunlah tengok Rene tu. Mulut dia keluarkan darah," aku menggoncang Jimin.

"Apa!?"

 

*

 

"Nasib baik aku cepat kejut kau. Kalau tak, kesian Rene," kataku dengan tangan yang mengipas wajahku. Panas, penat.

"Eh, kau tak payah bangga sangatlah. Aku lagi banyak tolong dari kau tau," kepala aku ditunjal Jimin. 

"Ish! Tepilah! Aku nak pergi toilet jap. Kau tunggu doktor," tanpa menunggu jawapan dari Jimin, aku terus melangkah pergi. Biar dia berdikari.

Dari mula aku kejut dia tadi sampailah sekarang, aku yang uruskan semua benda-benda ni walaupun itu adik dia. Aku yang memandu ke hosital, aku yang daftarkan adik dia, aku yang tolong terangkan dekat doktor keadaan adik dia. Semuanya aku. Dia cakap dia cemas. Tak tahu nak buat apa. Humph! Alasan aje semua tu.

Kali ni aku nak biar dia uruskan pulak. Lagipun bukan dia seorang je dekat situ. Kawan-kawan dia pun ada.

 

 

"Tae-" aku menekup mulut ketika mataku terpandang seseorang yang amat aku kenali. Individu itu berlegar-legar di kaunter pertanyaan. Dia seakan-akan mencari seseorang dan aku rasa aku tahu siapa.

Mask di dalam poket ditarik keluar dan dipakai. Aku harus berhati-hati. Secetary 'dia' ada di sini jadi mungkin 'dia' juga ada di sini.

Aku menoleh ke kiri dan tekaan aku betul, 'dia' ada di sini. Baru keluar dari bilik pemeriksaan. Tapi itu bukan masalahnya. Masalahnya, apa 'dia' buat di sini? 'Dia' cari aku ke? 'Dia' dah tahu ke aku tinggal dengan diorang? 

Tak boleh jadi ni, aku kena pergi. Bahaya dekat sini. Mata-mata 'dia' mungkin ada di sini.

Namun belum sempat aku melangkah, tiba-tiba seseorang menegurku. Bahuku ditepuknya.

"Aku kenal kaukan," katanya. Alamak! Suara ni! OMG, aku dalam masalah sekarang. Masalah besar!

Sekarang aku rasa aku tahu apa maksud kad putih tu tadi. Ianya adalah MASALAH BESAR.


 

Salam aidilfitri! Hohi, first update untuk tahun ni. Maaf lama tinggal ff ni. Den tak songaja *bow*

Btw, leave comments tau. ^_-

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Setelah 1/2 tahun hiatus, akhirnya saya kembali update selepas habis SPM.

Comments

You must be logged in to comment
choco_chim
#1
Chapter 6: please update soonnnn... best lahh <3
khaisara #2
Chapter 6: update update update....
yukishizu #3
Chapter 4: 'Dia'tu sape agaknye...keep update authornim! Selamat hari raya jugak..
jiumin #4
Chapter 4: siapa 'dia' tu?? curious laa~~
jiumin #5
Chapter 3: Bestttt... Update lagi authornim.. Fighting!!
darwishh
#6
Chapter 3: Woahhhh. Daebakk! Keep update authornim :D
haninad
#7
Chapter 3: arghhh keep update authornim daebakk
parkyura98
#8
Chapter 2: Wahhhhh!! citer ni best! tolong updateeeeee ><
Mrs_Hana02
#9
Chapter 1: Wonderful~ apa yang jungkook nampak? O.o