005

I'm Sorry!

🎵005🎵


 

“Aku tak susahkan korangkan tinggal kat sini?” soalku dan soalan aku pada pagi itu telah menyebabkan semua manusia di meja makan itu meletakkan sudu mereka dan memandang aku.

“Unnie, apa yang buat unnie fikir macam tu? Kami happy aje unnie tinggal dengan kami,” ujar Irene bersungguh-sungguh.

“Be… betul ni?” soalku meminta kepastian. Aku tak mahu mereka berbohong dan aku tak nak susahkan mereka. Walaupun dah seminggu aku tinggal dengan mereka, semuanya kelihatan baik-baik sahaja. Tapi, aku tetap takut yang aku dah susahkan mereka.

Cukuplah ‘dia’ seorang saja yang aku susahkan. Mereka terlalu baik untuk disusahkan oleh aku dan menderita seperti aku.

“Awek yang cantik manis. Kehadiran awak di sini sikit pun tak susahkan kami. Lagi kami suka adalah sebab adanya orang untuk menceriakan lagi hari kami,” J-Hope berkata dengan lembut. Aku tahu yang dia betul-betul maksudkan apa yang dia katakan tadi.

“Baiklah kalau macam tu,” mendengar jawapan aku, mereka semua menarik nafas lega dan mencapai semula sudu masing-masing.

“Tapikan, kenapa kau tiba-tiba tanya soalan tu? Kau dah nak balik rumah kau ke?” soal Jungkook menghentikan semula mereka. Aku pantas menggeleng.

“Taklah. Aku suka duduk sini lagi dari rumah aku. Lagipun rumah aku jauh sangat dari sini. Aku mana ada banyak duit,” bohongku.

“Kalau kau ada cukup duit, kau nak pergi ke?” soal Jimin pula. Aku memandang wajah jejaka itu sekilas sebelum memandang wajah mereka yang lain.

“Erm… perlu ke aku jawab soalan tu?” soalku. Mereka semua mengangguk serentak.

“Aku… aku tak ada lagi jawapan untuk itu. Aku suka tinggal sini tapi sampai masanya nanti aku kena balik jugak kan?”

Ya, kali ini aku tak berbohong. Jujur aku cakap yang aku memang suka tinggal dengan korang tapi satu masa nanti aku kena pergi kerana waktu itu, nyawa kalian mungkin jadi taruhannya.

“Tak apalah unnie. Kami faham,” ujar Irene tersenyum manis. Tanganku diraihnya.

 

*

 

“Aku tak fahamlah. Kenapa jawapan aku tak sama dengan jawapan Tae?” mendengar rungutan Jimin, aku perlahan-lahan menoleh ke arahnya.

“Weh, Hani. Kau kena tolong aku,” Jimin memandang aku sambil membuat wajahnya yang comel. Aku menggangguk perlahan dan berjalan mendekatinya.

“Mana?” soalku. Jimin menghulurkan buku latihannya kepada aku.

Aku mengambil buku yang dihulurkan oleh Jimin dan mula ‘meniliknya’.

Aku perasan sewaktu aku sedang ‘menilik’ buku latihan Jimin, jejaka itu ini asyik merenung aku. Dia ni dah kenapa? Ada something yang tak kena ke?

“Hey, ka… kau janganlah tengok aku macam tu. Tak selesalah,” tegurku. Jimin tersenyum lalu menggaru kepalanya.

“Hehe… sorry. Tak perasan pulak,” pintanya. Aku hanya mengangguk.

“Tak apalah,” kataku dan terus ‘menilik’ bukunya.

“Erm… tapikan, kenapa muka kau macam aku pernah nampak sebelum ni?” soal Jimin. Aku melihat wajahnya yang tiba-tiba berubah serius.

“Me… mestilah kau pernah nampak, dah kita duduk satu rumah,”

“Bukanlah. Aku pasti sangat yang aku pernah nampak muka kau selain kat dalam rumah ni. Tapi aku tak ingat…”

“Tak mungkinlah,” aku berpura-pura ketawa dan menyambung semula ‘menilik’ buku muluk Jimin.

“Mungkin kat tv atau internet,” katanya perlahan tapi cukup kuat untuk aku dengar. Alamak! Adakah aku dah tertangkap?

 

*

 

Sekejap sahaja hari sudah berganjak ke malam. Aku berjalan masuk ke bilik yang dikongsi bersama Irene dan merebahkan badan di atas katil. Melihat corak syiling bilik itu, aku teringatkan sesuatu.

Aku berpusing ke kiriku dan mencapai telefon pintar aku yang tersorok di bawah tilam. Selepas ia dihidupkan, aku terus memeriksa peti pesanan ringkas.

33 new massages

Itulah yang terpapar di skirn ketika aku membuka peti pesanan ringkas. Namun, bukan itu yang membimbangkan aku tetapi pesanan ringkas dari seseorang yang aku menyimpan nombornya sebagai UglyWitch.

2 new massages from UglyWitch

Ugh! Kenapa dia text aku? Kepalaku digaru perlahan.

Aku melihat keadaan sekeliling untuk memastikan semuanya terkawal sebelum membuka pesanan pertama yang dihantar lebih kurang 5 hari yang lalu.

 

From: UglyWitch

Aku tahu kau masih hidup... jadi lebih baik kau serah

diri org2 aku jumpa kau dan bunuh kau!?

- 5 days ago

 

Hanya keluhan berat dilepaskan selepas membaca pesanan itu. Aku kemudiannya menutup pesanan yang pertama itu dan membuka pesanan yang kedua.

 

From: UglyWitch

Sampai bila kau nak menyorok? Sampai mati?

Aku akan cari kau sampai jumpa dan BUNUH kau!

- 2 day ago

 

Usai memeriksa apa yang patut, aku terus mematikan semula telefon pintar itu dan menyimpannya semula di bawah tilam. Kemudian, aku berbaring dan memandang syiling.

Fikiran aku sangat serabut sekarang ini. Sekarang apa aku nak buat? Kalau aku terus tinggal di sini, mereka semua mungkin dibunuh. Tapi, keadaan di luar lebih bahaya dan tak mungkin aku nak serah diri pada ‘dia’. Apa aku nak buat sekarang? Aku dah buntu!

Mataku dipejam rapat. Cuba mencari jawapan untuk semua soalan-soalan itu tadi.

Tanpa aku sedari, terdapat sepasang mata yang memerhati setiap gerak-geri aku sejak aku membuka peti pesanan ringkas itu. Keningnya dijungkitkan.

“Apa yang dia nak buat sekarang?” soalnya perlahan sebelum melangkah pergi.


 

Yo! New update after long time menyendiri! Lol!

So, curious tak sapa yg mengendap Hani tu?

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Setelah 1/2 tahun hiatus, akhirnya saya kembali update selepas habis SPM.

Comments

You must be logged in to comment
choco_chim
#1
Chapter 6: please update soonnnn... best lahh <3
khaisara #2
Chapter 6: update update update....
yukishizu #3
Chapter 4: 'Dia'tu sape agaknye...keep update authornim! Selamat hari raya jugak..
jiumin #4
Chapter 4: siapa 'dia' tu?? curious laa~~
jiumin #5
Chapter 3: Bestttt... Update lagi authornim.. Fighting!!
darwishh
#6
Chapter 3: Woahhhh. Daebakk! Keep update authornim :D
haninad
#7
Chapter 3: arghhh keep update authornim daebakk
parkyura98
#8
Chapter 2: Wahhhhh!! citer ni best! tolong updateeeeee ><
Mrs_Hana02
#9
Chapter 1: Wonderful~ apa yang jungkook nampak? O.o