003

I'm Sorry!

🎵003🎵


 

Setelah berpenat lelah mendukung gadis itu bersama Taehyung ke bilik aku, kami bersama-sama menunggu Irene menguruskan gadis itu di hadapan pintu seperti menunggu bini yang sedang bersalin. Okey, tu ayat hyperbola. Haha…

Apa-apa pun, mereka semua sememangnya kelihatan risau. Begitu juga aku. Walaupun aku tak kenal siapa gadis itu. Tapi, kami sama-sama manusiakan. Kami masih lagi ada perasaan. Tapi, ini tak bermakna yang aku akan suka dia. No! No! And no! Masih terlalu awal untuk tu dan aku cuma kasihankan dia. That's all.

And as you know, I’m single but unavailable. Bukan sebab aku tak laku. Big NO disitu. Dekat sekolah tu ramai yang beratur nak jadi yang partner a.k.a. buah hati jantung pengarang aku. Tapi, macam Namjoon hyung cakap, ‘Jimin, you got no jams,’ So, I got no jams-lah. Malaslah nak gilafriend or girlpriend. Kenapa? Mati ke tak ada girlfriend? Aku boleh aje hidup. Sihat wal afiat lagi.

“Oppa!” jerit Irene dari dalam. Aku tersentak. Aku tengah seronok termenung ada aje yang nak kacau. Apalah budak ni, tak reti nak panggil elok-elok ke? Nak luruh jantung aku tau.

“Kenapa?” soalku. Irene menjenguk ke luar. Wajahnya masam. Aku hanya menjungkitkan keningku.

“Baju. Rene mana bawak baju,”

“So?” aku bingung. Apa kaitan dia dengan baju? Perlu ke?

“Macam mana nak salin baju unnie tu kalau tak ada baju? Lagipun Rene pun basahkan. Oppa memang nak bagi Rene kesejukkan ke?” ujar Irene. Aku mengangguk. Betul juga apa yang budak ni cakapkan. Tak teringat pulak.

“Dalam almari oppa ada 2 helai baju belang yang Rene bagi haritu. Oppa tak pakai pun lagi. Rasanya muatlah dengan korang,” usai aku berkata-kata, Irene terus menutup pintu dengan kasar. Huh! Ucap terima kasih pun tak, main tutup aje pintu tu.

Aku menyentuh hidung comelku. Nasib baik elok aje hidung ni. Kalau kena batang hidung aku tadi macam mana? Tak hendsomelah nanti. Siapa susah? Dia jugakan sebab dia aje adik aku. Apa nak jadilah dengan dia ni?

 

*

 

Hani POV

Sinaran cahaya matahari telah menganggu tidurku. Aku ingin sekali buka mata dan bangun. Aku dapat rasakan yang aku berada di tempat yang hangat dan selesa. Aku dekat mana sekarang ni? Perkara terakhir yang aku ingat ialah aku berjalan dalam hujan berdekatan dengan satu perumahan. Lepas tu, aku dah tak ingat apa-apa. Apapun yang berlaku, aku kena bangun juga. Aku kena pastikan aku di mana walaupun badan aku terasa lemah.

Aku melihat sekeliling. Tempat apa ni? Hotel ke? Siapa yang baik hati nak bawak aku ke hotel ni percuma melainkan dia ada niat yang tak baik. Tapi, aku tak rasa aku berada dekat hotel. Sebab bilik ni nampak biasa aje. Simple but still cool. Sesuai sangatlah untuk bilik remaja lelaki.

Aku menoleh ke kanan aku. Terdapat seorang gadis yang sedang tidur nyenyak disebelahku. Dahiku berkerut. Persoalan yang berada di kepalaku sekarang ialah, siapakah dia dan di manakah aku?

Sedang aku asyik melihat keadaan sekeliling aku, tiba-tiba gadis di sebelah aku terjaga dari tidurnya. Barangkali tidurnya terganggu akibat sinaran cahaya matahari sama seperti aku.

“Unnie dah bangun?” soalnya penuh perihatin. Aku hanya mampu senyum dan mengangguk perlahan. Suaraku tidak mampu dikeluarkan lagi ketika ini. Gadis itu kemudiannya meletakkan tangannya di dahiku. Aku hanya melihat tingkah lakunya.

“Panas lagilah, unnie,” gadis itu kelihatan bimbang. Adakah dia bimbang dengan keadaan aku? Masih ada lagi orang yang ambil kisah tentang aku dalam dunia ni?

“Unnie mesti laparkan?” aku mengangguk perlahan.

“Baiklah. Nanti saya buatkan--“

“Kookie, bila kau nak bangun!?” kata-kata gadis itu terganggu apabila kami terdengar jerkahan yang ala-ala mak jemah. Nak kata jerkahan itu seperti hendak memarahi seseorang, tapi tak.

“Dia kata dia tak nak bangun selagi Jimin tak kiss dia.... kat bibir,” jawab seorang lelaki yang lain. Aku melihat gadis itu. Gadis itu hanya merenung tajam ke pintu bilik sambil menjungkit kening.

 “Jinja!? Kookie ku sayang! Kau tunggu, aku datang!”

“Mana ada! Hyung bohong!”

“Kalau tak, kenapa kau tak bangun lagi?”

 “Sebab… err… Omona! NO!!!! Jimin hyung, jauhi aku. Aku tak nak kesucian aku dirampas oleh hyung,” hampir saja aku tertawa mendengar keriuhan yang berlaku di luar bilik ini. Tapi melihat wajah cemberut gadis itu, aku simpan sahaja tawaku. Gadis itu merengus perlahan dan menggeleng.

“Oppa!!” jeritnya. Suasana di luar tiba-tiba sunyi. Aku dapat merasakan yang jejaka-jejaka yang berada di luar itu takutkan gadis comel ni. Pfft… lawaklah!

“Weh, adik kau dah bunyi,” 

“Ayok, tak tahu,”

“Diamlah!” 

Keningku bertaut. Si abang takut dengan adikkah? Adakah ini novel? Masih wujud lagikah keluarga sebegini?

“Oppa! Cepatlah!” jeritnya lagi. Aku berpaling ke arah bertentangan dengan pintu. Malas nak menghadap jejaka-jejaka  itu. Bukan aku malu cuma aku rasa aku mungkin akan ketawa jika melihat wajah mereka.

“Kenapa Rene?” pintu dibuka perlahan dan terdengar bunyi derapan kaki menghampiri katil.

“Korang ni bising sangatlah,”

“Yeke? Eh, pempuan tu dah bangun! Err… kami dah kejutkan dia ke?” soal si abang takut-takut. Sekali lagi, tawaku ditahan. Aku masih tidak cukup kuat untuk ketawa dengan bahagianya. Namun, teringin pula aku tengok wajah abang gadis comel ini. 

“Ha’ah” kepalaku berpaling ke arah gadis itu.

“Hyung, tengok tu,” semua yang berada di situ membatu melihat aku. Terdapat ramai lelaki terutamanya dihadapan pintu. Dan aku pasti, lelaki yang berada paling dekat dengan kami ini ialah abang gadis ini.

Aku tersenyum kelat melihat mereka dan dari apa aku lihat, aku rasa mereka dapat bantu aku.


 

Update! Cerita ni MUNGKIN akan jadi SHORT STORY and MUNGKIN tak. Bergantung pada sayalah-kan.

BTW, jangan lupa leave komen korang^^ Komen-komen anda menyuntik semangat saya untuk menulis lagi sebelum saya masuk sekolah esok.

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Setelah 1/2 tahun hiatus, akhirnya saya kembali update selepas habis SPM.

Comments

You must be logged in to comment
choco_chim
#1
Chapter 6: please update soonnnn... best lahh <3
khaisara #2
Chapter 6: update update update....
yukishizu #3
Chapter 4: 'Dia'tu sape agaknye...keep update authornim! Selamat hari raya jugak..
jiumin #4
Chapter 4: siapa 'dia' tu?? curious laa~~
jiumin #5
Chapter 3: Bestttt... Update lagi authornim.. Fighting!!
darwishh
#6
Chapter 3: Woahhhh. Daebakk! Keep update authornim :D
haninad
#7
Chapter 3: arghhh keep update authornim daebakk
parkyura98
#8
Chapter 2: Wahhhhh!! citer ni best! tolong updateeeeee ><
Mrs_Hana02
#9
Chapter 1: Wonderful~ apa yang jungkook nampak? O.o