Apa Semua Ini?

Tao Dalam Kisah Dongeng

“Mak!! Mak Bawang putih, Jack Kai dah balik,” laung Kai dari jauh, Kai sangat gembira apabila dia dapat menjual seekor Kerbau di pekan tadi.

 

“Oh my son Jack Kai sudah balik,” kata Luhan Bawang Putih dengan gembira sekali.

 

Tao dan Sehun yang melihat drama mak dan anak itu terus berguling-guling atas tanah kerana mereka sudah tidak tahan nak gelak.

 

“HAAHAHAHAAHAHHA,” Tao dan Sehun berpeluk bahu antara satu sama lain sambil ketawa gila bersama kerana mereka tidak dapat menerima kisah yang ada di depan mata mereka.

 

“Apalah Luhan ge nie, boleh dia kata Kai yang kulit gelap itu anak dia, hahahaha,” Sehun ketawa sambil menupuk-nepuk tanah tempat dia berguling tadi.

 

“Dah lah nama Lu-ge itu bawang putih, takkan anaknya bawang hangit kot, kakakakahh,” Tao yang sedang syok ketawa tidak sedar yang ada serangga sudah masuk ke dalam mulutnya menyebabkan dia ketawa bunyi pelik.

 

“Mak, siapa dua orang penyibuk ini?” tanya Kai kepada Luhan Bawang Putih.

 

“Entahlah, sesat dari mana pun tak tahu,” kata Luhan.

 

“Jap, kalau Kai nie anak Luhan, jadi D.O ni siapa?” soal Sehun.

 

“Sehun, itu pun tak boleh nak fikir ke? D.O ada nenek nama Xiumin Bawang Merah, maka si Luhan Bawang Putih nie mak tiri dia, jadi Mat Jening yang kita jumpa tadi mesti Datuk D.O, jadi si Kai nie secara tak langsungnya ayah D.O, bukan begitu?” kata Tao.

 

‘Pakk’, bunyi Sehun mengetuk kepala Tao dengan buah kelapa.

 

“Kau mengarut apa nie?” marah Sehun.

 

“Macam nie cerita dia,” tiba-tiba datang satu suara muncul, semua orang memandang ke arah suara tersebut, terkejut beruk semua orang apabila dia ternampak Suho White tiba-tiba muncul secara tiba-tiba.

 

“SUHO-HYUNG,” kata Tao dan terus memeluk Suho.

 

“TOLONG!! Ada manusia bermuka panda memeluk Beta, Rakyat Jelata Beta, anda di mana, silalah pancung lelaki pelik ini,” laung Suho White dengan penuh dramatic.

 

“Apakah?” sekali lagi, Sehun dengan tagline dia.

 

“Suho hyung, kenapa kamu pakai gaun perempuan?” tanya Sehun.

 

“Aku nie Suho Whitelah, apa yang korang semua nie tanya aku soalan yang pelik.” Marah Suho White.

 

“Meh sini, biar Bawang Putih cerita kan perkara yang sebenar. Macam ni, Bawang Putih dan Bawang Merah ni adik beradik tiri yang sangat baik. Sautu hari, Luhan Bawang Putih pun berkahwin dengan lelaki paling kacak dalam pekan ini, maka dapatlah anak nama Jack Kai. Si Xiumin Bawang Merah pulak berkahwin dengan Lay Mat Jening, dan dapat anak nama apa pun tak ingatlah, tapi yang aku ingat dia ada cucu nama D.O riding hood. Itulah kisahnya, Suho White ini, kami tak tahu dari mana?” Luhan menerangkan kepada Tao dan Sehun salasilah keluarganya yang sebenar.

 

 Tao dan Sehun hanya mampu mengganguk sahaja, kerana mereka tidak percaya yang Lay Mat Jenin mereka berjumpa sebentar tadi rupanya ahli keluarga ini.

 

 

“Jack Kai, mana duit, tadi kan mak suruh jual Kerbau dekat pekan,” kata Luhan menghulurkan tangan kepada Kai supaya Kai memberikan dia duit.

 

“Mak, tadi waktu Kai dekat Pekan, ada seorang lelaki tua nak beli Kerbau ni, jadi dia pun mintak tukar dengan kacang ni, dia kata kalau kita tanam kacang ni kita akan jadi kaya,” terang Kai kepada Luhan Bawang Putih sambil menujukkan sebiji benih.

 

Mata Luhan terus bersinar dan menampakkan wang ringgit,” kekekeke, aku kaya,” kata Luhan sambil ‘smirk’.

 

 

“Bukan ke kalau cerita Jack the kacang tu, mak dia marah kan sebab anaknya tak berfikir panjang?” omel Tao seorang diri.

 

 

“Apa, lagi jom tanam kacang,” kata Kai dengan gembira.

 

“Macam mana nak gali tanah nie?” tanya Xiumin Bawang Merah.

 

“Nenek Umin, jom gunakan kasut Suho White tu, macam boleh gali aje,” kata D.O Riding hood menujukkan ke arah kasut yang Suho White pakai. Diorang semua merampas kasut Suho White dan menggunakannya untuk menggali lubang. Akhirnya, biji kacang tadi siap di tanam.

 

Tak sampai beberapa minit, tembikai yang sangat besar tumbuh di depan mata mereka. Terkejut semua orang.

 

“OH MY GULAI!! Besarnya tembikai ini, kalau makan ajak sekampung belum tentu habis,” kata Tao dengan terkejut.

 

“Jom makan,” kata Sehun dan menuju ke arah tembikai itu untuk dibelah dan di makan.

 

 

“Tak guna punya anak, tadi kata biji kacang, apasal yang tumbuhnya ialah buah timun,” marah Luhan.

 

“Nenek tiri Luhan Bawang Putih, ini buah tembikai lah, bukan timun,” kata D.O Riding Hood membetulkan ayat Luhan.

 

“Daripada korang bergaduh lebih baik korang belah buah ni daan makan,” kata Tao memeberi cadangan kepada mereka semua.

 

 

Sehun memegang kapak yang besar itu untuk membelah buah tembikai. Dia dengan penuh cool dan macho, erkk, terus membelah buah tembikai tersebut dan keluarlah benda yang bercahaya. Apakah itu?

 

“Apa ni, cahayanya sangat bersinar,” kata Tao dengan penuh dramatic sambil mentup matanya.

 

“Hai semua, saya Kris Peter Pan, saya datang dari buah tembikai yang ditanam tadi,” kata Kris Peter Pan memperkenalkan dirinya.

 

Terlopong semua mulut orang di situ kerana mereka tak sangka rupanya buah tembikai itu tidak ada isi langsung.

 

“Baru nak makan buah tembikai,” kata Tao dengan sedih.

 

“Kris Pan, apa fungsi awak sebenarnya,” tanya Luhan Bawang Putih.

 

“Memandangkan nama saya Pan, saya boleh memasak rooti canai dengan Pan yang saya pegang sekarang ni,” kata Kris Pan sambil senyum dan menujukkan pan kuali yang dipegangnya itu.

 

Makin peliklah cerita ini,’ kata Tao dalam hati.

_______________________________________________________________________________________

“Beta si Baekhyun Tanggang ingin meminang ikan duyung di lautan sana, apakah masih ada lagi buat beta?” tanya Baekhyun Tanggang yang sedang berlayar di tengah lautan itu.

 

“Entahlah, yang hamba namapak ikan josh aje di lautan sana Tuanku,” kata anak kapal Tanggang itu yang namanya Ikan Jerung.

 

“Tak apa Beta nak balik jumpa dengan Mak Beta dulu iaitu Xiumin Bawang Merah dan Ayah Beta yang namanya Mat Jening,” kata Baekhyun meletakkan kedua belah tangannya di belakang. Gayanya tak ubah seperti Palembang zaman perang dahulu kala.

 

“Tuan Hamba, maaf jika patik bertanya, Adinda dah lupa kah yang adinda masih ada anak?” tanya anak Kapal itu dengan bahasa istananya tunggang langgang macam tiang runtuh.

 

“Betik, eh salah Beta, tak sangka yang Beta ada anak nama D.O Riding Hood, kenapakah nama dia mat salleh sangat? Beta tak sukalah,” kata Baekhyun tanggang.

 

“Itulah, Batik rasa,maksud Patik, Patik rasa kita harus menghawinkan anak Kakanda dengan anak Tuanku,” kata anak kapal itu. Percakapan bahasa istana yang digunakan anak kapal tadi menyebabkan Baekhyun Tanggang mengerut dahinya seribu kerutan kerana dia tidak dapat memahami ayat anak kapal tadi.

 

 

“Kita sudah nak sampai!!” Laung kapten kapal.

 

Baekhyun Tanggang yang mendengarnya itu terus mengambil sauh dari kapal dan memusingkan sauh tersebut ke semua arah menyebabkan kapal itu bergoyang dan menjadi tidak stabil.

 

“Bengong punya raja,” Kapten Kapal hanya mampu menyumpah Baekhyun Tanggang itu dengan habis sumpah seranah dah. Ada ke patut dia pergi pusingkan sauh kapal itu ke semua tempat. Disebabkan hal itu, maka terbaliklah kapal yang dinaiki oleh Raja Baekhyun Tanggang.

 

Mujurlah ada Mermaid Chen yang datang menolong Baekhyun Tanggang itu.

 

 

Baekhyun sudah pun tersedar, dia tidak sangka yang dia berjumpa dengan ikan duyung tadi. Dia memandang di sekelilingnya dan dia terkejut apabila melihat unta manusia.

 

“Bukankah awak ikan duyung yang selamatkan saya tadi?” tanya Baekhyun.

 

“Yup, saya Chen Ikan duyung, tapi saya sudah disumpah jadi manusia saat kapal awak tadi terbalik, saya sendiri pun tak tahu kenapa,”kata Chen Ikan Duyung.

 

Baekhyun hanya mampu mengangguk sahaja.

 

“Jom, saya bawak awak jumpa dengan keluarga saya,” kata Baekhyun yang mengajak Chen Ikan Duyung.

__________________________________________________________________________________

 

“Korang semua nak bermalam dekat mana ni?” tanya Xiumin Bawang Merah kepada Tao, Sehun dan Suho White.

 

“Entahlah, kami sendiri pun tak tahu kami dekat mana lagi,” kata Sehun yang sedang menguapas kulit bawang putih depan mata Kai.

 

“Hentiklanlah maknae, matanya takkan berair kena bawang putih,” marah Tao kepada Sehun yang tak ada adab itu.

 

“Kris Pan, awak nie memang tak tahu nak masak sebenarnya kan?” Luhan sedang marah Kris Pan yang datang menyibuk ketika dia sedang masak makan malam itu.

 

“Dok,Dok, Dok,” kedengaran pintu rumah diketuk. Tao terus bergegas buka pintu, dan dia terkejut melihat Baekhyun dan Chen di depan matanya.

 

“BaekChen, korang dari mana?” Kata Tao yang hendak menangis.

 

“Siapa ni?” tanya Chen dan Bekhyun serentak.

 

“OMO, anak derhaka ku si Tanggang langar lari sudah balik,” kata Xiumin Bawang Merah.

 

“Mak, tak baiklah cakap macam itu,” kata Baekhyun.

 

Maka seluruh keluarga sudah pun bersatu semula, kecuali, “Mak, mana ayah?” tanya Baekhyun.

 

“Entahlah, tengah tidur atas pokok kelapa lagi kot,” kata Xiumin sambil mengunyak biji kelapa sawit yang diberi oleh D.O tadi.

 

 

Suho White yang terpandang Chen Ikan Duyung pertama sekali telah pun jatuh cinta pandang pertama menyebabkan si Kris Pan naik cemburu. Maka tidak sewenangnya dia pun membalingkan semua pan kualinya itu ke arah Chen.

 

Kai the Jack pulak masih sibuk mencari Kerbau yang dia jual dekat Mak cik tua di pekan.

 

Mat Jening Lay masih lagi tidur di atas pokok kelapa.

 

Baekhyun dan D.O hidup bahagia sebagai ayah dan anak.

 

Tao dan Sehun hanya mampu menganga sahaja melihat drama di depan mata dia.

_____________________________________________________________________

Semua penghuni rumah itu sudah pun tersedar dari mimpi panjang yang pelik.

 

Tao dan Sehun masih lagi blank apabila teringat mimpi mereka malam tadi.

 

“Luhan ada anak nama Kai,” bebel Sehun seorang diri.

 

“Baekhyun Tanggang…” kali ini Tao pulak.

 

 

Sejak peristiwa mimpi itu, tiada siapa dalam rumah itu bersuara kerana masih lagi trauma dengan mimpi yang mereka hadapi.

 

Mungkin kisah ini tiada apa-apa pengajaran buat Tao dan Sehun, jadi situasi seperti biasa sering berlaku di mana Tao dan Sehun akan sentiasa bergaduh jugak.

 

Kris pulak, dia masih lagi menjuahkan diri dari Suho kerana tak sanggup mengingati scene Suho White itu.

 

Chen masih lagi trauma untuk mandi kerana dia takut air sejak dari mimpi itu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Memandai je chanyeol buat wish.padahal org x ckp pape pon lg.ish3.ape pon,citer ni tetap daebak.
Mytwin306vixxN #2
Chapter 4: Adoii...chanyeol ni! Memandai je wat permintaan sendiri...diorang tak mintak pape lgi da wat permintaan..(erm..chanyeol pandai baca jawi?..xD)
Dragneel09 #3
Chapter 4: Apalah masalah si Aladdin chanyeol ni? Orang xbuat wish pun...dia pandai mandai aje...XD!!!
jjongkeylover
#4
Chapter 4: Hahaha...chen ada sayap..xDDD
Baekhyun TongGas XDDD *gelak sampai jatuh katil*
JIMPXS
#5
Chapter 2: apa yang aku baca ni? LOL LOLOLOLOLOLOLOL
Jungsoomine #6
Chapter 3: Haha... pecah perut gelak... cerita ni mmg bestlah author-nim... But wait... Aladin xde! Ke manakah Chanyeol pergi ???