Tao Vs Sehun

Tao Dalam Kisah Dongeng

 

Tao dan Sehun, dua nama yang sangat unik apabila digabungkan menjadi seperti makanan yang enak dimakan iaitu Taohu . Tapi, relaitinya, adakah dua orang ini sangat rapat seperti makanan tadi? Jawapannya memang taklah kerana Taogeh dan Bihun ini tak dapat digoreng bersama kerana mereka ibarat durian dan rambutan. Apakah? Ya, ini kerana mereka berdua selalu bergaduh tak kira tempat, dalam tandas, dalam bilik, di ruang tamu, dapur dan setiap sudut di atas dunia ini jika mereka berdua bersama. Dan benda yang paling pelik sekali apabila hyung-hyung yang lain meletakkan line maknae ini dalam satu bilik, maka mangsa yang sememangnya hidup dia layak menjadi pemangsa  ialah tak lain dan tak bukan si sayur Kailan iaitu Kai Jongin.

 

 “ARHHHH, kau ambik bantal gambar ponytail aku. Tu bantal Lay hyung bagi sebab dia ingatkan ponytail itu ialah unicorn,” marah Sehun pada Tao apabila dia tidak menjumpai bantal gambar ponytail kesayangannya itu.

 

“Bisinglah banana ni, aku tak ambiklah kau punya Pegasus hodoh itu,” Tao menjawab bailk apabila tidurnya diganggu dek suara Sehun yang nyaring.

 

“Oh, habis tu yang kau peluk tu apa?” tanya Sehun apabila dia nampak Tao sedang memeluk bantal gambar ponytail dia.

 

“Ini Lay-ge bagi jugaklah kat aku,” marah Tao dan memeluk erat bantal gambar ponytail yang hodoh itu.

 

Pandangan mata masing-masing sudah mengeluarkan panahan elektrik, masing-masing mengharap agar mata mereka itu mampu memanah orang di hadapannya hingga rentung.

 

“LAY-HYUNG!!!,” serentak Tao dan Sehun menjerit memanggil nama Lay menyebabkan Lay yang sedang minum kopi cicah maggi itu tercekik.

 

“Akk, Akk,,”Bunyi Lay yang tercekik maggi itu seperti burung gagak dan dia amatlah memerlukan bantuan sekarang ini. Mujur ada Chanyeol di dapur itu, Chanyeol terus memberi Lay jagung bakar untuk menghilang tercekiknya itu, akhirnya Lay selamat jugak. Lega Lay.

 

“Macam ada orang panggil nama aku aje tadi?” tanya Lay seorang diri.

 

“LAY-HYUNG!!!,” Tao dan Sehun menjerit nama Lay ketika menuruni anak tangga.

 

Kali ini Lay tersedak air kopi pulak. Kesian Lay, ini semua salah Taohun.

 

“Korang nak bunuh hyung korang ke?” tiba-tiba Chanyeol marah mereka berdua. Sehun dan Tao terus senyap apabila dimarah oleh Chanyeol.

 

Chanyeol menyambung balik sesi ceramah dia,” kita hidup ini sebagai manusia sebenarnya kan kalau korang nak sangat bunuh Lay hyung itu apa kata ajak hyung sekali, HAHAHAHA.” Ceramah Chanyeol sudah bertukar menjadi lawak jenaka yang entah apa-apa. Chanyeol terus beredar pergi dari situ.

 

“Ingat lawak ke?” kata Sehun.

 

“Lay-ge, ini bantal Tao kan? Lay-ge bagi hari itu kan?” kata Tao sambil menujukkan bantalnya pada Lay.

 

“Lay hyung, itu bantal Sehunnie kan? Lay hyung bagi bantal ponytail ini kat Sehunnie time Lay hyung menangis sebab kena gigit dekat kuda waktu perlumbaan kuda tahun lepas kan?”

 

Bertalu-talu soalan dari Tao dan Sehun menyebabkan Lay menjadi pening. Dia sebenarnya tak ingat pun sejak bila dia beli bantal itu, dengan itu Lay pun pengsan terus di dapur itu.

 

Pertengkaran diantara Sehun dan Tao kembali rancak, mereka berdua yang sememangnya sudah berada di dapur terus mengambil senduk, pinggan dan kuali. Mereka membalingnya menyebabkan semua benda itu berterbangan.

 

D.O yang ingin ke dapur untuk minum air terkejut apabila melihat senduk kesayangannya itu berterbangan.

 

“YAHH!!” marah D.O dengan high note menyebabkan mereka berdua terdiam.

 

“Korang berdua masuk tidur sekarang, esok kemas dapur ini,” D.O memebebel seperti seorang emak kepada dua orang maknae itu.

 

Dengan langkah lemah longlai, Sehun dan Tao mendaki anak tangga untuk ke bilik mereka. Mungkin penat bergaduh kot. Dalam perjalanan ke bilik mereka, Tao sempat lagi memukul bahu Sehun dan Sehun jugak sempat lagi menyepak kaki Tao.

_____________________________________________________________________

Suho mengumpulakan 9 orang ahli Exo yang lain untuk membuat mesyuarat tergempak bagi membincangkan masalah Tao dan Sehun. Mereka sudah bosan tengok free show WWE.

 

“Huh! Awak tengok tu, maknae kesayangan awak  teruk betul perangai,” perli Kris kepada Luhan.

 

Luhan memeluk tubuh dan membuat jelingan maut kepada Kris. “ Maknae panda kungfu awak itu lagi teruk okey!” jawab Luhan.

 

Pertengkaran mulut antara Kris dan Luhan tercetus apabila Kris membela maknae kesayangannya Tao dan Luhan membela maknae kesayangan dia Sehun.

 

Mujurlah Suho sudah sediakan saltape awal-awal lagi, senang dia nak tapekan mulut orang yang tak tahu duduk diam. Suho dengan bantuan Chanyeol telah mentapekan mulut Luhan dan Kris, senyap pun.

 

“Tadikan hyung, waktu Kai jalan-jalan dengan Taemin Mint Mentos, Kai ternampak satu risalah iklan pelik ini kat dalam tong sampah,” kata Kai menujukkan risalah yang sudah hancur dan berlubang digigit tikus mondok di kawasan tong sampah itu.  

 

“Pasal apa?” tanya Xiumin.

 

“Dia kata nenek sihir ini akan membantu menyelesaikan semua jenis masalah yang kita hadapi dengan hanya menelefon dia sahaja,” kata Kai yang sedang membaca risalah itu dengan tergagap.

 

“So, telefon ajelah,” kata Suho memeluk tubuh.

 

“Hyunglah yang call, telefon Baek dah tak ada kredit,” kata Baekhyun.

 

Pergaduhan pasal kredit telefon mula tercetus di ruang tamu rumah banglo itu. Lay yang baik hati terus menelefon dan yang lain mula diam, lega hati mereka.

 

Hello, Old MacDonald had the farm, E-I-E-I-O, and on his farm he had some duck, quack quack here, quack quack there, E-I-E-I-O,” Lay menyanyi ketika menghubungi restoren McDonald. Suho terus terjatuh di atas karpet bila mengetahui Lay sedang membuat pesanan makanan.

 

“Ya, bagi saya French fries bukan besar, French fries yang bukan jugak kecil, French fries yang bukan sederhana jugak. Ya, saya tak makan lembu, saya tak makan ayam, saya cuma makan daging dia sahaja,” perbualan antara Lay dan operator McDonald itu menyebabkan yang lain hampir gila. Tak tahulah apa nasib operator itu melayan Lay.

 

“Selesaikan masalah ini dengan betul,” marah D.O.

 

Chanyeol yang sudah malas bertekak itu terus mengambil phone dan mendialkan nombor nenek sihir itu.

 

Perbualan antara Nenek Sihir dan Exo.

 

"Yo Man, I’m nenek to the sihir."

 

"Yo Nenek, I’m Chan to the yeol~~"

 

“Mereka berdua tengah buat pertandingan rap ke?” tanya Kai kepada Baekhyun.

 

"Bagaimana saya boleh tolong, yo~~"

 

"I like your style nenek, yo~~"

 

"Of course I like you too~~ Yeol~~"

 

Kai dan D.O termuntah saat mendengar nenek dan Chanyeol sedang berlovey dovey. Suho merampas telefon dari Chanyeol.

 

"Nenek to the Sihir,, boleh tolong kami tak? Sebenarnya kami ada masalah di mana ada dua orang adik kami yang selalu bertengkar setiap hari, apa resolusinya?" ujar Suho di hujung talian.

 

"Ceh kamu ni, apa resolusinya? Pandai bahasa kamu yer. Senang sahaja, nanti esok nenek buat delivery potion dekat rumah kamu. Nanti bank-in duitnya ya…"

 

"Tak ada masalah nenek, potion apa yang nenek nak bagi?"

 

"Potion yang menyebabkan diorang tak bergaduh. Nanti nenek hantar panduan penggunaan potion itu. ok, bye-bye, nenek nak pi sediakan potion."

 

Talian dimatikan.

 

“Boleh percaya ke dengan nenek ni?” tanya Kris dengan nada keraguan.

 

“Tengok ajelah esok,” kata Suho yang sudah mengantuk dan penat.

 

“Lambatnya McD aku nak sampai,” kata Lay yang sudah pun berada di depan pintu rumah.

 

“Yah Lay! Tutup pintu tu, malam-malam buta begini sangatlah bahaya,” bebel D.O yang tidak ubah seperti seorang ibu yang tak ada tali.


___________________________________________________________________

Bersambung...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Memandai je chanyeol buat wish.padahal org x ckp pape pon lg.ish3.ape pon,citer ni tetap daebak.
Mytwin306vixxN #2
Chapter 4: Adoii...chanyeol ni! Memandai je wat permintaan sendiri...diorang tak mintak pape lgi da wat permintaan..(erm..chanyeol pandai baca jawi?..xD)
Dragneel09 #3
Chapter 4: Apalah masalah si Aladdin chanyeol ni? Orang xbuat wish pun...dia pandai mandai aje...XD!!!
jjongkeylover
#4
Chapter 4: Hahaha...chen ada sayap..xDDD
Baekhyun TongGas XDDD *gelak sampai jatuh katil*
JIMPXS
#5
Chapter 2: apa yang aku baca ni? LOL LOLOLOLOLOLOLOL
Jungsoomine #6
Chapter 3: Haha... pecah perut gelak... cerita ni mmg bestlah author-nim... But wait... Aladin xde! Ke manakah Chanyeol pergi ???