Betul Ke Potion Ini?

Tao Dalam Kisah Dongeng

Ting tong, tang ting, tong tong~~

 

Bunyi loceng pintu rumah . Baekhyun yang mendengarnya bergegas membuka pintu rumah.

 

“Huh, tak ada orang pun?” kata Baekhyun kehairanan. Baekhyun ternampak ada satu botol air mineral di depan pintu rumah bersama dengan sekeping nota. Dia segera memanggil hyung-hyungnya.

 

“Korang! Potion semalam dah sampai,” laung Baekhyun.

 

Semua bergegas turun menuju ke arah Baekhyun.

 

“Ada apa Baek?” tanya Suho yang sudah lama tercenggang di situ.

 

“Tu, potion yang korang order semalam dah sampai,” kata Baekhyun menujukkan ke arah botol mineral berlabel SPRITZER tetapi airnya berwarna hitam.

 

“Woi, macam air longkang aje,” kata Chen lalu mengambil botol tersebut.

 

“Cuba baca panduan dia,” kata Chanyeol.

 

“Bahasa apakah ini? Dahlah ada banyak bulat-bulat, arhhhhh,” Chen yang ‘shock culture’ dengan tulisan yang tak pernah dilihat seumur hidupnya itu terkejut sehingga dia menjadi keras seperti ais.

 

Chanyeol terus mengambil panduan itu untuk di baca. “Oh, tulisan jawi, dia kata…ummm,uummm, alif, ba, ta ,sa, jin, ha,” Chanyeol tidak sempat meghabiskan bacaan alif ba ta nya kerana Kris memukul lembut belakang badannya menyebabkan dia terkejut dan kertas itu terjatuh.

 

“Chanyeol baby, tolong jangan merepek yer,” kata Kris yang masih lagi mengusap belakang badan Chanyeol. Meremang bulu roma Chanyeol bila Kris berkelakuan baik dengan dia hari ini. Macam ada udang disebalik aiskrim aje. Chanyeol pepatah mu amatlah tidak kena dengan situasi.

 

“Ini tulisan bahasa Hindu lah Chanyeol,” kata Lay yang mengutip kertas terjatuh tadi.

 

“Biar Lay yang bacakan, okey? Dia kata Namaste, parade, paragam, Mohabbtein, Kuch-kuch Hota Hai, Dil To Paga Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham,”Lay membaca panduan itu dengan tekun. Semua mendengarnya berasa pelik kerana panduan yang Lay baca itu seperti tajuk filem Hindustan aje. Memang pun.

 

Luhan terus merampas kertas dari tangan Lay, “apalah Lay ni, ni bahasa Thailand lah, biar Lu-ge yang baca.”

 

“Sawadikap, masuk ikut pintu, keluar ikut tingkap, menu kapram, mee~~,” Luhan membaca dengan slang Thailand, yang lain sudah terlopong kerana tak tahu apa benda yang Luhan baca.

 

“Bahasa Thailand ada masuk ikut pintu, keluar ikut tingkap ke?” tanya Xiumin kepada Suho dengan kehairanan.

 

“Dahlah tu, korang semua memang tak reti nak baca kan?” kata D.O.

 

“Rasanya kita kena letak aje air ini dalam makanan diorang kot,” cadang Xiumin yang nampak bijak sedikit daripada orang lain. Bijak sikit aje, tak banyak pun.

 

“Jomlah korang, kita masak makan malam untuk diorang. Jom buat cepat sebelum maknae line itu balik,” kata Luhan dan mereka semua ke dapur meninggalkan Chen yang masih lagi membeku di depan pintu rumah itu.

 

 

D.O masak sup dan meletakkan air potion tadi, Kris masak nasi menggunakan air potion tadi juga, dan yang lain pun masak lauk lain menggunakan air potion tadi. Tanpa sedar, air potion itu sudah habis menyebabkan mereka semua sudah pun lupa tentang kewujudan air potion tadi.

 

“Kami dah balik,” Laung 3 orang maknae.

 

“Kenapa dengan Chen hyung nie?” tanya Kai apabila ternampak Chen kaku disitu dengan mulut yang ternganga di hadapan pintu.

 

Sehun yang ingin menuju ke dapur itu terpijak kaki Chen menyebabkan Chane sedar dari ‘shock culture’nya itu. fuh, nasib baiklah, kalau tak tentu sudah jadi statue kat situ terus.

 

“Korang semua jom makan,” D.O mengajak kesemuannya datang ke meja makan untuk makan malam.

 

“Ini tempat duduk aku lah,” kata Tao menarik kerusi itu dari tangan Sehun. Sehun memegang kemas kerusi itu kerana tidak mahu kalah dengan Tao.

 

“Tak ada pun tulis nama ini kerusi kau,” kata Sehun. Pergaduhan merebut kerusi sudah tercetus.

 

“Tao mari duduk sebelah hyung, nanti hyung tolong suapkan Tao makan,” Suho mengajak Tao duduk di sebelahnya. Tao yang mendengar Suho ingin menyuap dia terus ke sana, “ Wohoo, kau jangan jeles magnet Sehun, aku akan disuapkan oleh Suho hyung,” kata Tao dengan gembira.

 

“Eeewwww, tolonglah, aku dah cukup matang dan besar, tak mainlah suap-suap,” kata Sehun menjengkelkan.

 

“Diamlah pelat.”

 

“Dah, dah lah korang, tak baik bergaduh depan rezeki, ish, ish, ish,” Xiumin memberi ceramah kepada yang lain.

 

Mereka semua menjamu selera dengan dengan enak sekali sampai terlupa satu fakta yang amat penting. Ya, fakta bahawa makanan tadi semuannya sudah diamsak dengan menggunakan potion yang tidak diketahui namanya. Inilah dikatakan senjata makan diri sendiri.

 

 

“Kenapa mengantuk sangat ni?” kata Luhan yang sudah tidak dapat buka mata. Dia terus terlelap dekat ruang tamu itu.

 

Semua penghuni rumah itu pun sama seperti Luhan, mereka semua tertidur tanpa sedar.  D.O tertidur di dapur, Chen di dalam bilik air, Lay di tangga, Sehun dan Tao tertidur dekat dengan meja makan dan yang lain sebagainya.

__________________________________________________________________________________________________

 

“Arhh, kenapa kita kat dalam hutan?” Tao melaung sekuat mungkin di dalam hutan yang tidak dikenali itu.

 

Sehun yang berada di situ pun turut terkejut. “ARRHHH,” Sehun pun terikut menjerit sekali.

 

“Sehun…” Tao memekik nama Sehun.

 

“Tao…,” Sehun memekik nama Tao.

 

“Sehun…”

 

“Tao…”

 

“Nasi ayam…”

 

“Taogeh goreng…”

 

“Ikan bakar…”

 

“Itik golek…”

 

“Angsa Panggang…”

 

“Pulut Kuning…”

 

Sehun yang rasa annoying terus memukul kepala Tao.

 

“Aouccch,” kata Tao sambil mengosokkan kepalanya.

 

“Kau ingat ini restoren makanan ke nak melaung macam itu,” kata Sehun.

 

“Habislah kita berdua, kenapa kita berdua dekat dalam hutan,” kata Tao yang sudah takut lalu memeluk lengan Sehun.

 

“Woi, takyah nak pegang aku lah, lemas aku,” marah Sehun.

 

“Tak hinginlah aku pegang kau,” kata Tao dengan memekik depan muka Sehun.

 

Kebisingan mereka berdua telah menganggu Mat Jenin Lay yang sedang tidur di atas pokok kelapa menyebabkan Mat Jenin Lay terjatuh dari pokok kelapa.

 

“Bunyi apa itu? Jom ke sana,” Tao mengajak Sehun ke arah bunyi Mat Jenin Lay terjatuh.

 

 

“Tak sangka aku, tengah hutan begini pun ada pokok kelapa yang sesat seorang diri,” kata Sehun sambil mengelengkan kepala tidak percaya dengan apa yang dia nampak.

 

“Ini pokok kelapa sawitlah, “ tiba-tiba datang suara mencelah iaitu Mat Jenin Lay.

 

“Lay hyung,” panggil Tao dan Sehun dengan gembira kerana terjumpa dengan orang yang dia kenali.

 

“Apa yang korang panggil aku? Nama aku Mat Jenin, kerja harian aku ialah tidur di atas pokok kelapa sawitini sambil berangan jadi CEO SMENT,” kata Mat Jening Lay sambil menujukkan ke arah pokok kelapa sawit

 

“Apa-apa ajelah Mat Kening atau Mat Lupa, yang penting ini kelapa bukan kelapa sawit,” kata Sehun mempertahankan statementnya.

 

“Arhh, mengantuknya, nak sambung baliklah tidur,” kata Mat jening Lay sambil memanjat pokok kelapa itu seperti monyet.

 

“Mat Jening! Lay! Lay!,” laung Tao ke arah pokok itu.

 

“ZZzzzzz…”

 

“Apakah?” tanya Sehun.

 

Tiba-tiba lalu seorang perempuan memakai Red riding hood dengan membawa bakul sambil menyanyi riang.

 

“Lalalalalala….”

 

“Tak sabanrnya nak bagi buah kelapa sawit ini dekat nenek,” kata D.O riding hood.

 

“Bukankah itu D.O hyung?” kata Sehun menujukkan kea rah D.O

 

“D.O, D.O,D.O,” Tao dan Sehun melaung memanggil nama D.O dengan serentak.

 

D.O riding hood terus berpaling, “Siapa korang,” tanya D.O riding hood dengan terkejut.

 

“D.O ini thayalah, Thehun…”

 

“Korang berdua mesti nak curi biji kelapa sawit aku nak bagi dekat dengan nenek aku kan?” kata D.O Riding Hood, D.O terus membalingkan biji kelapa sawit itu ke arah Sehun dan Tao, dan dia segera melarikan diri.

 

Tao dan Sehun mengejar D.O Riding Hood hinggan ke rumah nenek D.O.

 

 

“Nenek Bawang Merah, Nenek Bawang Putih,” laung D.O sambil mengetuk pintu rumah itu. Tak tahulah pulak yang selama ini rupanya nenek Riding Hood itu ialah Bawang Putih dan Bawang Merah.

 

“Bisinglah cucu tiri aku ni,” kata Bawang Putih Luhan membuka pintu.

 

“LUHAN-GE,” serentak Tao dan Sehun menjerit bila ternampak Bawang Putih.

 

“Siapa kamu berdua, gua tak kenal sama Lu,” kata Bawang Putih Luhan sambil berpeluk tubuh.

 

“Hahahahaha,” Tao sudah mula tergelak bila tengok Luhan begitu.

 

“Tak sangka Luhan jadi nenek dekat sini, perlukah kita ambil gambar?” kata Sehun meraba-raba badannya untuk mencari smartphonenya.

 

“Alamak, phone aku tak ada lah.”

 

“Siapa yang datang tu?” tanya Bawang Merah Xiumin.

 

“Nenek Umin, tengok ni, ada dua makhluk pelik kejar D.O tadi,” kata D.O menujukkan ke arah Tao dan Sehun.

 

“Biar nenek bakor aje dua orang ni,” kata Nenek Bawang merah Xiumin.

____________________________________________

(To Be Continued)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 4: Memandai je chanyeol buat wish.padahal org x ckp pape pon lg.ish3.ape pon,citer ni tetap daebak.
Mytwin306vixxN #2
Chapter 4: Adoii...chanyeol ni! Memandai je wat permintaan sendiri...diorang tak mintak pape lgi da wat permintaan..(erm..chanyeol pandai baca jawi?..xD)
Dragneel09 #3
Chapter 4: Apalah masalah si Aladdin chanyeol ni? Orang xbuat wish pun...dia pandai mandai aje...XD!!!
jjongkeylover
#4
Chapter 4: Hahaha...chen ada sayap..xDDD
Baekhyun TongGas XDDD *gelak sampai jatuh katil*
JIMPXS
#5
Chapter 2: apa yang aku baca ni? LOL LOLOLOLOLOLOLOL
Jungsoomine #6
Chapter 3: Haha... pecah perut gelak... cerita ni mmg bestlah author-nim... But wait... Aladin xde! Ke manakah Chanyeol pergi ???