::1::

My Second chance

"Tolong.......lepaskan Sora.."

Kata-kata itu masih lagi terngiang di kepala Yifan, air mata yang selama ini di tahan akhirnya berjujuran jua, atas sebab permergian isterinya yang kini telah pergi untuk selamanya, Yifan hanya hanya menatap  pusara milik Sora dengan perasaan sedih, menyesal, kecewa atas apa yang berlaku sebelum ini, sekiranya masa boleh di putar kembali, Yifan berharap sangat agar dia dapat memberi layanan baik terhadap gadis itu, tetapi semua itu telah terlambat, masa tidak boleh di putar kembali, yang pergi tidak akan kembali, segalanya telah terlambat,perasaan menyesal tidak boleh mengubah apa-apa, yang tinggal sekarang ini hanya peluang kedua, peluang untuk Yifan perbaiki kesalahannya.

"Yifan"

Panggil Pn.Wu kepada puteranya sambil mendokong seorang bayi yang sedang tidur di dalam dakapannya.

"Dahlah tu, jom balik jangan ikutkan perasaan kamu sangat.."

Kata Pn.Wu menggoyangkan bahu Yifan, Yifan langsung tidak menolehkan kepalanya ke arah Pn.Wu, air matanya berjujuran dengan laju serta diikuti dengan titisan air hujan yang membasahi tubuhnya, Minseok yang baru sampai ke tanah perkuburan terus mengambil payung dan terus memayungkan Yifan.

"Dahlah tu, kau tak kesian ke kat anak kau, Umma kau,bila tengok perangai kau macam ni? kau jangan terlalu ikutkan perasaan menyesal kau tu sangat, kesian kat anak kau bila tengok Appa dia sedih macam ni?"

Pujuk Minseok sambil menggosok belakang Yifan, Yifan hanya menurut kata-kata Minseok, lalu berdiri dan berjalan meninggalkan pusara milik Sora.


 

"Irene? boleh tak?"

"Tak sedaplah, cuba nama lain.."

"Hmm...Hyera, okey tak?"

"Hmm...aku nak nama Hana sedap sikit.."

Perbincangan Pn.Wu dengan rakan karibnya,membuatkan Yifan menolehkan kepalanya ke arah dua orang perempuan tersebut, Yifan hanya mengerutkan dahi sambil berjalan menuju ke arah Pn.Wu dan kawannya.

"Yifan, nama apa yang paling cantik yang pernah kamu dengar?"

Soal Pn.Wu sambil melihat ke arah Yifan.

" Sora..,itulah nama yang paling cantik yang pernah Yifan dengar.."

Kata Yifan sambil berjalan menuju ke tingkat atas, Pn.Wu dan kawannya hanya melihat Yifan sambil tersenyum tawar.

"Kalau macam ni lah gayanya, susahlah dia nak cari pengganti kepada isteri dia."

Kata kawan kepada Pn.Wu.

"Nampaknya macam tu la.."

Kata Pn.Wu sambil menggeleng.


 

Yifan melihat foto perkahwinannya bersama isterinya yang tercinta, sambil menahan rasa sebak di dada, dia membelai lembut wajah isterinya yang berada di dalam gambar itu dengan penuh kasih sayang dan cinta yang tak terungkap, lalu dia meletakkan gambar itu ke tempat asalnya semula, lalu matanya mula tercacap pada bayi kecil yang sedang tidur dengan lenanya, dia membelai lembut bulu mata panjang milik puterinya, dia tersenyum tawar sambil membelai lembut rambut nipis milik puterinya, dan dia meletakkan jarinya di telapak tangan puterinya itu, lalu puterinya menggenggam erat jarinya seperti tidak mahu melepaskannya.

"Sora mimpi apa tu?"

Bisik Yifan ke telinga bayi yag sedang tidur lena itu, bayi itu menguap kecil, lalu Yifan meletakkan dua jarinya untuk menutup mulut kecil puterinya yang sedang menguap.

"Comelnyalah dia ni, Sora...Appa janji Appa takkan tinggalkan Sora, Appa akan jaga Sora sebaik yang boleh, Appa janji.."

Kata Yifan mencium dahi anaknya.

(5 TAHUN KEMUDIAN)

Yifan bangun dari tidurnya, apabila cahaya mentari mula memasuki biliknya, lalu perlahan-lahan menggosok matanya, Tiba-tiba dia terdengar seseorang sedang membuka pintu biliknya.

'Ini mesti si 'kenit' tu'

Bisik hati Yifan berpura-pura tidur, Sora yang baru memasuki bilik Yifan terus berjalan menuju ke arah katil ayahnya, dan memanjat katil tersebut, lalu duduk di sebelah Yifan.

"Appa~"

Kejut Sora sambil menggoyangkan lengan Yifan.

"Appa~bangun!sarapan!nanti Nenek marah kalau lambat sarapan!"

Kata Sora sambil melompat di atas katil Yifan.

"Shhhhh!!"

Kata Yifan sambil sambung tidurnya kembali, Sora mengembungkan pipinya dan terus berhenti melompat dan terus duduk di sebelah Yifan.

"Kiss Appa dulu, baru Appa bangun."

Kata Yifan yang masih sedang menutup mata, Sora terus mencium pipi Yifan,Yifan tersenyum lalu bangun dari tidurnya.

"Wah! ada puteri dah selamatkan saya!"

Kata Yifan dan terus mendokong Sora keluar dari bilik untuk menuju ke tingkat bawah, Sora hanya ketawa riang apabilan di perlakukan sebegitu.


 

AUTHOR NOTE:

Mcm mne? ok tak?

terima kasih kepada sesiapa yang subscribed upvoted and comment pada citer ni ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Sorry ssbdh lme x update! Kepada sesiapa yg komen! Jasamu akan di kenang (≧∇≦)/

Comments

You must be logged in to comment
Dragneel09 #1
Aithor nim update lah saya dah rindu cerita ni ^^
sunshine_blue
#2
Chapter 9: excuse me,maaf ye...siape sunshine_blue sebenarnye?maaf ye
starlightkim_
#3
Chapter 9: Authornim,daebaklah citer ni..updatelah cpt..please???~~~~~~
starlightkim_
#4
Authornim..cerita ni daripda sequel cerita author yg mana satu??puas sayacari ff ni..akhirnya jumpa juga..
khunfanny_94 #5
Chapter 9: Keep updating!!Daebak!
Qai_titan98 #6
Chapter 8: Oww..my mark XD jahat pulak mark aku time ni haishh...sblm ni bce separuh je,alang2 dh ade free time ni sy terus bace smpi hbs. HUhuhu..tak sabar nk tggu moment kris ngan xiao mei. Authornim nnti jgn buat mark terus jd jahat,tak sesuai ngan muke die yg hensem tu hahaha XD
GreenDecember #7
Chapter 8: YEhet! Author nim dah update. tq banyak2 author nim...
Mark kejam...kesian dekat Xiao Mei...
Please I want Xiao Mei and Kris moments pulak!! >_<
rainbow29 #8
Chapter 7: Chapter 6: woaahhh!! Daebak daebakk