Apalah Lay ni.

Lay, Si Penjual Jagung Bakar

Seminggu kemudian,

 

“Kenapa jagung aku ni tak tumbuh-tumbuh, tapi yang banyak pulak semut tengah main injit-injit kat tanah ni,” kata Lay. Dia berasa pelik kenapa jagung yang dia tanam tak tumbuh-tumbuh, mungkinkah jagung itu sudah mampus tertimbus dalam tanah? Ataupun memang jagung itu segan nak keluar kerana banyak sangat semut atas tanah.

 

“Lay, kau tengah buat apa tu?” tanya Baekhyun yang sedang menyidai kain pelekatnya kat luar rumah.

 

“Kenapa jagung aku tanam hari itu tak hidup-hidup lagi ek?”

 

“Mungkin jagung itu kekurangan kasih sayang kau kot?” Baekhyun sedang membuat andaian.

 

“Kasih sayang tengkorak ayam kau, semalam aku tahu kau makan tengkorak ayam aku lepas tu kau tanam kat belakang rumah kan,” Suho yang tiba-tiba datang menyampuk. Dia sedang membasuh kawah gulai kat luar rumah.

 

Hyung, buat apa basuh kawah gulai itu?” tanya Baekhyun.

 

“Saja, bosan, tak tahu nak buat apa. Kau tanam jagung macam mana Lay?” tanya Suho yang masih lagi mencuci kawah gulai yang dia ambil dari jiran sebelah yang baru lepas buat kenduri arwah. Rajin betul Suho ni, kalau mak cik jiran sebelah tengok dah lama dia ambik buat menantu, tapi malangnya jiran sebelah dah tak ada kerana baru lepas arwah.

 

Lay pun ceritakan dekat Suho dan Baekhyun tentang jagungnya itu. Baekhyun yang mendengarnya tergelak macam orang gila, “hahahaha, kau percaya lah si 3 maknae tu,” kata Baekhyun. Suho yang dah sakit perut akibat tergelak banyak sangat terus terjatuh dalam kawah. Jadilah gulai daging Suho.

 

“Meh, aku tunjukkan kat kau apa itu jagung yang sebenarnya,” kata Baekhyun. Suho masih lagi di dalam kawah. “Weh, tolong aku, macam mana nak keluar ni?” kata Suho yang sudah tersekat di dalam kawah.

 

Lay pun ikut Baekhyun dan Suho ke pasar tani. Kesian Lay.

 

“Inilah jagung yang sebenarnya,” kata Baekhyun yang menujukkan jagung mentah dekat Lay yang ada di pasar malam, eh pasar Tani. Lay mengangguk. Dan akhirnya setelah 18 tahun dia hidup, akhirnya, akhirnya, akhirnya, dia kenal jugak apa itu jagung. Terharu untuk Lay, semua kesat air mata jangan menangis lagi kerana babak sedih akan muncul tidak lama lagi.

 

“Terima sisih banyak-banyak Baekhyun, akhirnya hyung dapat tahu jugak apa itu jagung,” kata Lay yang sedang menangis terharu, mak cik yang jual jagung dah pandang dia pelik. ‘Kesian budak tu, dah besar panjang jagung pun tak tahu lagi,’ kata Mak Cik yang jual jagung dalam hatinya yang suci lagi musang. 

 

“Mak cik, jagung ini boleh tanam tak?” tanya Lay.

 

“Jagung itu hanya boleh di makan sahaja,” kata mak cik itu dengan senyuman segula mungkin.

 

“Kalau nak buat jagung bakar macam mana?”

 

“Belilah jagung ini, nanti balik kamu bakar kat rumah.”

 

“Kalau macam itu tak payah tanam jagung lah mak cik? Kiranya kalau kita beli banyak banyak lepas tu dah boleh jual lah kan, mak cik?” tanya Lay. Mak cik itu hanya mampu mengangguk saja. ‘Kesian mu nak, dah besar-besar pun tak pandai nak berfikir lagi, macam mana kamu hidup selama ini?’ monolog mak cik itu sambil mengesat air mata mengenangkan nasib Lay itu.

 

“Hehehehe, mak cik , kalau saya nak buka gerai jagung bakar, agaknya berapa yang perlu saya beli?” tanya Lay yang sedang mengunyah jagung mentah itu. Kenapa tawar sangat jagung ini.

 

“Ikut suka kamulah,” kata mak cik itu.

 

“Suho, Baekhyun, nak beli banyak mana jagung ni? Aku nak buka kedai jagung bakar lepas ni, agak-agaklah kan, berapa banyak diperlukan,” Lay menanya kepada Baekhyun dan Suho.

 

“Mungkin kau patut beli banyak-banyak terus, mana tahu kot-kot banyak yang nak beli jagung bakar kau,” kata Baekhyun. Lay pun mengambil cadangan idea bodoh Baekhyun dan Lay dah tak sabar nak bukak gerai jual jagung bakar. Sebelum itu, dia sebenarnya tak tahu apa itu jagung bakar jadi sekali lagi, dia kena rujuk 11 orang yang entah apa-apa. Lay membeli dua puluh guni jagung mak aii, banyaknya.

____________________________________________________________________________

 Lay sudah pun berada di rumah dan dia berada di dapur bersama-sama dengan guni jagung yang dibelinya tadi.

 

“Macam mana nak buat jagung bakar? Jagung bakar tu macam mana sebenarnya? Lupa pulak nak tanya mak cik itu,” kata Lay sambil berfikir.

 

Kebetulan ada seorang lelaki yang tinggi di dapur sedang belajar menibai roti canai. Gayanya tidak ubah seperti mak cik yang tak pandai nak menibai roti canai. Malangnya roti canai itu berterbangan dan mendarat diatas muka Lay yang hensem itu.

 

“Kris-ge tengah buat apa ni?” tanya Lay dengan mukanya yang masih lagi ditutup oleh roti canai.

 

“Tengah berlatih untuk pertandingan menibai roti canai terbaik kedai mamak,” kata Kris yang masih lagi menibai roti canai.

 

“Kris-ge, lupakan ajelah awak tak ada bakat dalam membuat roti canai,” kata Lay.  

 

“Apa-apa sahajalah yang hang bawak banyak sangat  jagung ni? Apa kehek?” tanya Kris apabila dia ternamapk banyak jagung guni.

 

“Oh, ni untuk jual, Kris ge tahu tak apa itu jagung bakar?”

 

“Jagung bakar, senang sahaja serahkan pada Chef Kriswan yang berkarismatik ini,” kata Kris dengan bangganya.

 

Lay mengangguk dan mengikut Kris ke belakang rumah.

 

“Mula-mula kita kena buat api dulu. Lay pergi cari kayu api, hyung nak pergi ambil mancis sekejap.” Kata Kris dan dia pun menghilangkan diri untuk mengambil mancis.

 

“Kayu api? Kayu itu mesti ada api ke? Kayu api tu apa? Semut?” soal Lay bertubi-tubi kepada dirinya sendiri. Kesian Lay, setelah 18 tahun hidup kayu api pun dia tak tahu lagi apa kebenda. Semoga ada yang sudi datang membantunya.

 

“Sakit haji Mat no,no,no, Hang Jebat no,no,no” Luhan sedang menyanyi dan menari lagu A-pink, No,No,No.

 

“Lu-ge, nasib baik Lu-ge ada dekat sini. Lay nak tanya ni, kayu api itu apa?” tanya Lay.

 

“Hish, ganggu aje aku baru nak berlatih untuk masuk audition Cube Entertainment. Sebenarnya kayu api itu ialah ranting-ranting kayu yang sudah mampus. So, bila kita letak api terus dia terbakar,” terang Luhan kepada Lay. Penerangan Luhan itu tidak begitu jelas. Luhan meneruskan lagi tarian A-pink itu, “This must be L.A.B.I, labah” kali ini dengan lagu lain pulak.

 

 Lay terus pergi mencari kayu api,” ranting kayu yang sudah mampus. Maksudnya, kita kena ambik ranting kayu itu dan tanam, terus dia mampus macam tu ke?” kata Lay dambil menaggaru kepalanya.

 

Ketika dia sedang berjalan, kebetulan dia terpijak ranting kayu dan berbunyi ‘bak’. Lay terus menundukkan kepalanya untuk melihat bunyi tersebut. Mukanya terkejut, seperti baru dapat tahu yang ada ambulans sedang dikejar oleh polis. Jangan pedulikan pepatah yang mengarut ini.  

 

“TIDAK!!! Aku dah pijak ranting kayu, adakah bermakna dia dah mampus?” jerit Lay.

 

Dia bertenang sekejap,” Oh, jadi ini lah maksud Lu-ge, kayu api. Kekekeke, jadi aku kena pijak semua lah ranting kayu yang ada ini untuk jadikan sebagai kayu api,” kata Lay sambil tersenyum yang menampakkan lagi kecacatan di pipinya itu.

 

Lay meneruskan misinya memijak semua jenis ranting kayu yang ada maka jadilah ranting kayu itu sepanjang pembaris dipatahkan jadi dua.

 

 

“Kris-ge, Lay dah jumpa banyak kayu api. Jom kita bakar tagung, eh tersasul pulak, jagung. Maknae punya pasal lah ni, tak pasal-pasal aku terikut pelat dia.”

 

Lay meletakkan semua kayu api yang dikutipnya dan dikumpulkan di satu tempat. Kris menghidupkan api, maka terjadilah Bunga api unggun api.

 

“Woah! Dah jadi macam berkhemah dah,” kata Lay dengan matanya yang bersinar-siar bak berlian Habib.

 

“Letaklah jagung itu dalam api,” kata Kris yang sedang mengibas api.

 

Lay pun mengambil sebatang jagung dan mencampakkanya terus ke dalam api, terkejut Kris dibuatnya. Ada iras-iras nak bunuh dia dah.

 

“Itulah jagung bakar, kau dah bakar,” kata Kris dengan selamba.

 

“Aku rasa nak bakar roti canai jugaklah atas ni,”Kata Kris. Dia pun pergi ke dapur untuk mengambil roti canainya yang dia buat tadi.

 

“Kenapa jagung aku hangit?” kata Lay.

__________________________________________________________________

Chen yang sedang minum petang di balkoni luar rumah itu terbau hangit. Hidungnya terangkat-angkat untuk mengenali apa jenis bau itu.

 

“Bau apa itu?” soal Chen seorang diri.  Dia ternampak Lay sedang menjerit-jerit macam orang gila depan unggun api itu.

 

“Apakah yang Lay hyung tengah buat itu? Adakah dia sedang berlatih menari depan api? Nak join jugaklah,” kata Chen dan terus turun untuk pergi ke belakang rumah.

 

“Weh Lay, itu tarian baru ke?” soal Chen apabila melihat Lay sedang melompat-lompat depan api.

 

“Chen,  tolong hyung kenapa jagung hyung dah hangit giler. Adakah ini jagung bakar?” tanya Lay.

 

“Kesian kau Lay, hidup dah 18 tahun, jagung bakar pun tak tahu apa benda lagi,” kata Chen sambil mengelenggkan kepalanya. Dia tumpang simpati melihat keadaan hyungnya yang bernama Lay, setitis air liur jatuh ke tanah jua kerana simpatinya yang tak terhingga.

 

“Lay hyung, jagung bakar bukannya pergi bakar jagung. Kita mestilah panggang jagung itu atas arang itulah namanya jagung bakar,” kata Chen.

 

Jadi Chen pun menerangkan kepada Lay tentang jagung bakar yang sebenarnya. Maka Lay pun fahamlah, apa itu jagung bakar. Kesian Lay, ini semua salah Kris yang sebenarnya nak bakar roti canai dia itu.

 

“Jadi, kau kata, kau nak jual jagung bakar?” tanya Chen. Lay mengangguk.

 

“Chen, hyung nak kena buka gerai kat mana ni?” tanya Lay.

 

“Apa kata kita buka gerai jagung bakar depan rumah kita ni, konfim ramai yang nak beli,” cadang Chen. Kris ada di situ terus menyampuk, “alang-alang begitu, apa kata kita bukak jugak gerai roti canai.”

 

Chen buat-buat tak dengar sahaja. Malas nak ambil tahu tentang Kris canai itu.

____________________________________________________________________

Hasil daripada idea Chen, jadi Lay dan yang lain pun buka lah gerai jagung bakar di depan rumahnya.

 

Lay menjual jagung bakar, Baekhyun tolong bakarkan jagung, tetapi kali ini di atas arang. Chanyeol pulak, sedang menyusun meja untuk gerai baru Lay itu. D.O tukang buat air untuk gerai jagung Lay, dia menjual air jagung. Tidak dilupakan, si Xiumin dan Kris yang masih lagi taksub dengan roti canai sedang mengibaikan roti canainya di tepi jagung bakar Lay. Kesian pula tengok Xiumin dan Kris.

 

“Jagung bakar, jagung bakar, mari beli, manis, sedap dan lazat,” laung Lay kepada orang yang lalu lalang. Tetapi, waktu tak ada orang pun dia melaung jugak. Chanyeol memandangnya dengan penuh kasihan sekali lagi.

 

Tiba-tiba datang tiga orang gadis yang tinggi ke gerai diorang. Dan pakaian mereka sangatlah pelik, seorang perempuan pakai scarf, seorang lagi pakai rambut warna warni dan seorang lagi pakai rambut palsu panjang. Dan paling penting sekali, mereka berjalan seperti nak jatuh, maklumlah high heels diorang tinggi sangat.

 

“Thaya nak teli tagung takar 3, tehek,” kata perempuan rambut warna warni itu.

 

“Macam kenal aje suara itu,” kata Baekhyun yang sedang sibuk bakar jagung.

 

“Nape abang cakap macam itu, kitaorang baru sahaja lalu kawasan ini, sebabnya baru lepas habis kelas memasak,” kata perempuan yang pakai scarf itu dengan suara yang sedikit garau. Terkejut Kris yang sedang menibai roti canai.

 

“Nah, jagung bakar 3 siap,” kata Lay sambil menghulurkan kepada diorang bertiga jagung bakar.

 

Perempuan yang berambut palsu panjang  itu memberi duit kepada Lay. Dan mereka bertiga beredar. Chanyeol memandang pelik, macam kenal aje tiga orang itu.

 

“Kenapa duit diorang ni pelik?” tanya Lay apabila dia mendapati duit itu bukanlah mata wang Negara yang betul.

 

Chanyeol melihat duit yang dikatakan oleh Lay, dan di disitu ada nota bertulis,

Terima kasih atas jagung bakar yang sedap,
Jasamu dihargai,

Daripada 3 maknae.

 

Tahulah diorang yang tiga orang pembeli jagung tadi ialah Tao, Kai dan Sehun, patutlah ada  yang pelat. Dan paling penting, diorang tak pandai nak jalan dengan high heels. Kesian Lay, kena tipu hidup-hidup.

 

Akhirnya, jualan jagung Lay habis jugak, kerana masih ada pelanggan yang datang. Lay berasa sangat gembira dengan hasil jualan jagung bakarnya itu, tapi dia masih ingat lagi tujuan utama dia jual jagung bakar itu.

 

“Dalam cerita dongeng Corn is Unicorn itu kata, kalau jualan jagung bakar kita laris, sepatutnya akan ada kuda menjadi unicorn, tetapi kenapa……ARHHHH,” tiba-tiba Lay menjerit. Terkejut diorang semua.

 

“Kenapa?” tanya Baekhyun.

 

“Aku mana ada kuda nak bagi dia makan jagung bakar, apa maknanya aku jual jagung bakar,” kata Lay kesedihan.

 

Diorang hanya mampu melihat Lay menangis sahaja, kerana percaya pada kisah dongeng yang bodoh itu. Tak sangka Lay sangup jual jagung bakar kerana nak tengok unicorn. Lay,Lay, bilalah nak cerdik sikit.

 

Sementara itu, Kris dan Xiumin masih lagi ingin menarik perhatian orang untuk beli roti canai dia, D.O terpaksa masuk campur kerana roti canai diorang tidak laku. D.O dengan tekunnya sedang mengibai roti canai, Kris pulak sedang bakar roti canai dan Xiumin sedang mengunyah roti canai. Apa punya gerai pulak itu?

___________________________________________________________________________

Dan paling penting, misteri hingga sekarang ialah, buku kisah dongeng yang dijumpai oleh Lay dalam stor, kerana tiada siapa yang tahu, dari mana buku itu datang.

 

Luhan yang ternampak ada buku bawah katilnya itu terus mengambil dan membacanya. Kisah itu akan bertukar setiap kali dengan orang yang berbeza.

 

“Cerita Rusa yang hilang Perigi, peliknya tajuk, tak pelah aku baca ajelah,” kata Luhan yang memulakan bacaan buku itu. Harap Luhan tak terpengaruh dengan buku itu seperti Lay.

TAMAT!

Ask me at ask.fm

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mytwin306vixxN #1
Chapter 2: Kreatif btul la penulis ni..bleh lak gabung nama diorang ngan makanan..erm..ape agknye yg terjadi pada Luhan bile die bace buku tu?
misz_dina #2
Chapter 2: Daebak plus jjang!mesti comel 3 org maknae tu jd pompuan.
Dragneel09 #3
Chapter 2: Jalgung bakar....i like...lbh2 lg kalu lay yg jual
jordanJOONGKI
#4
Chapter 2: Berliur aku bc tntng jagng bkr..... hahaha
chnylvrus #5
Chapter 2: hahahaha mak nyah!!
/3 maknae:ehem²/apa?/3 maknae:ko kta ktrg ap?/thihihi..err..MAK NYAHH!!!*cabut lari*/ 3 maknae:woitt jgn lri!!
haa bgtu la kshnya..gmpk x komen ni?? gmpk an..biasa laa tu/smirk/
okk srry tlg abaikn klw x suka..btw mmng klakar gila fanfic ni truskn bwt lg ehh author nim heeexD
kuchens
#6
Chapter 2: Seriously sy suka gler dgn ff nih!! XD
mpreggoland
#7
Chapter 2: lawak giler ah citer ni dan best! daebak! gelak terbahak2 tahap terguling2 dah sy ni hehe XD
kkamjonghunnie
#8
Chapter 2: Comellah citer nih. Lawak giler. Ahahaha. Sehun,Kai dgn Tao jdi girls? Ahaha lol xD