Jagung???

Lay, Si Penjual Jagung Bakar

      Pada zaman dahulu, di sebuah zaman yang penuh terdahulu, kerana ianya dahulu, maka ianya terjadilah waktu dahulu, sebelum datangnya zaman sekarang, tinggallah seorang budak lelaki yang bernama Shou dan ibunya bernama Hao. Kerana ibunya sakit, maka dia pun terpaksalah mengambil alih tugas ibunya menjaga kuda. Disebabkan kudanya itu tidak membawa apa-apa hasil untuk diorang menyara kehidupan, maka si ibu ini menyuruh si Shou menanam jagung ditepi rumahnya itu. Si Shao yang tak tahu sangat pasal berkebun pun menanamlah jagungnya, tapi malangnya jagung itu tidak dapat tumbuh, jadi dia pun bertanya kepada ibunya,

 

“Ibu, kenapa jagung kita tak tumbuh?”

 

“Mungkin kamu tak jaganya dengan betul. Apa kata kamu siramnya tiap hari,” kata Ibunya Hao sambil terbatuk-batuk.   

 

      Maka si Shao pun mengikuti apa yang ibunya cakap. Disebabkan itu, jagung pun tumbuhlah. Ibu Shao menyuruhnya menjual jagung itu di pekan menggunakan kuda yang diorang ada. Jadi si Shao pun mengikuti apa yang ibunya bagitahu.

 

    Di pekan itu, Shao sudah menjaja habis semua tempat, tapi tiada siapa yang mahu beli dia punya jagung, disebabkan terlalu penat maka dia pun berehat di tepi pusat pembakaran sampah. Ada satu batang jagung terjatuh dan bergolek ke arah api, jadi jagung itu pun terbakar, si kuda yang nampak jagung terbakar itu pun makanlah jagung itu dan kuda itu berkata, “hmmphh, best gila jagung bakar ini hingga menjilat kaki aku,” kata Kuda Shou sambil buat thumbs up. Shou mendapat idea untuk menjual jagung bakar jadi dia pun buka gerai ditepi itu dan menjual jagung bakar.

 

   Semua penduduk pekan amat sukakan jagung bakar Shao, jadi setiap hari penduduk akan datang ke gerai dia. Tak dilupakan juga si kuda yang banyak makan jagung bakar itu pun bertukar menjadi unicorn. Shou amat terkejut kerana kudanya menjadi unicorn maka dia pun membuat kesimpulan bahawa kuda akan bertukar menjadi unicorn jika makan jagung bakar banyak-banyak jadi juallah jagung bakar. Sekian tamat, kisah Dongeng yang bertajuk Corn is Unicorn.

 

 

“Huhuhuhuk.” Lay sedang menangis sambil mengesat hingus dan air matanya menggunakan anak patung rusa si Luhan. Dia baru saja selesai membaca kisah dongeng yang sangat pelik, bertajuk ‘Corn is Unicorn’.

 

“Woi!! Kau baca cerita apa itu sampai menangis-nangis?” tanya Luhan dan dia pun merampas semula anak patung rusa dia.

 

Gege, cuba baca cerita ini, tak sangka kalau kita jual jagung bakar kita akan jumpa dengan unicorn, Lay pun nak buat jugaklah,” kata Lay sambil memeluk buku cerita dongeng yang dia jumpa dekat stor rumah. Buku kepunyaan siapa dia pun tak tahulah dan semua penghuni rumah itu pun tak tahu juga dari mana buku kisah pelik itu datang.

 

“Jangan percaya cerita bodoh itu Lay, dah turun dari katil aku sekarang aku nak tidur,” kata Luhan dan menendang Lay dari katilnya itu terjatuhlah  Lay bersama dengan buku tadi.

 

“Apalah Lu-ge ni, nak mintak tolong sikit pun tak boleh, aku nak pergi cari jagunglah dulu, tapi kat mana ada jagung? Jagung tu apa sebenarnya? Janggut ke? Macam pelik aje kalau tanam jaggut.Nak tanya Suho lah.” Lantas Lay pun keluarlah dari bilik itu dan meninggalkan buku tersebut dibawah katil.

 

“Sumo, Sumo, kau kat mana, eh salah, Suho, Suho? Kau kat mana,” laung Lay yang sedang mencari Suho di ruang tamu.

 

“Bisinglah, Suho ada kat luar sekarang dengan Baekhyun dan Kris,” kata Xiumin dan dia pun sambung balik tidur di sofa ruang tamu itu.

 

“Kenapa semua orang dalam rumah ini suka tidur? Tidur itu apa?” Dia cakap dia tanya balik pula  apalah Lay ni, teruk benar ingatan dia.

 

“Kalau macam itu, tanya Chanyeol lah.” Lay pun terus kebilik Chanyeol, kelihatan Chanyeol sedang tersenyum seorang-seorang, entah apa yang dia fikirkan.

 

“Chanyeol, jagung itu apa?” tanya Lay.

 

“Oh! Jagung itu, macam mana nak cakap ya? Ha! Yang warna hijau itu, kalau Lay nak nanti Chanyeol tunjukkan dekat pasar raya nanti,” kata Chanyeol yang masih lagi senyum.

 

“Chanyeol, bawalah Lay pergi pasaraya, Lay pun nak tahu jugak apa itu jagung, lepas itu Lay nak tanam kat belakang rumah.” Lay mengajak Chanyeol ke pasaraya Giant untuk membeli jagung, tapi betul ke si Chanyeol ini tahu apa itu jagung.

 

 

“Chanyeol, jagung ada jual kat bahagian mana? Besarlah pulak pasaraya ini, kita patut pergi kedai runcit Mak Timah aje tadi,” kata Lay seperti orang yang baru sahaja masuk ke pasaraya. Sebenarnya dia jarang pergi ke pasaraya kerana dia tidak pernah membeli barang dapur.

 

“Kedai runcit tak  ada jual jagung lah,” balas Chanyeol sambil menolak troli. Macam nak shopping banyak aje gaya si Chanyeol ini siap ambik troli lagi.

 

“Chanyeol buat apa bawak troli? Kita nak beli jagung aje? Jagung tu besar ke?” tanya Lay. Pertanyaan Lay seolah-olah dia itu budak 8 tahun, walaupun umur sebenarnya ialah 18 tahun okey. Diulangi, 18 tahun, tapi tak tahu apa itu jagung. Teruk benar diorang ini.

 

“Alah, tengok ajelah,” kata Chanyeol meneruskan perjalanan mereka menuju ke bahagian sayur. 

 

“Akhirnya, jumpa jugaklah,” kata Chanyeol dan dia terus mengambil satu ikat sayur hijau itu.

 

“Itu ke jagung?” tanya Lay.

 

“A’ah ini memang jagung, Lay nak banyak mana?”

 

“Nak beli akar dia aje boleh tak? Lepas tu nak tanam kat belakang rumah.”

 

“Nanti biar aku tanya kat tuan kedai dulu, boleh tak nak beli akar aje,” kata Chanyeol dan menuju ke arah pekerja di kedai Giant itu.

 

“Akak, nak beli akar jagung ini boleh tak?” tanya Chanyeol sambil menujukkan sayur yang dia bawa itu.

 

“Akar jagung? Apa yang adik merepek ini? Itu kangkunglah, bukannya jagung,” kata pekerja wanita itu. Kebetulan Lay tak ikut Chanyeol pergi menanya pekerja itu.

 

“Alah nak dekat aje bunyinya kan? Tapi nak beli akarnya saja? Boleh tak?” Chanyeol merayu dengan pekerja wanita tersebut supaya dia dapat beli akar kayu sayur kangkung yang baginya ialah jagung.

 

Malangnya, pekerja wanita itu tidak membenarkan diorang membeli akar sahaja, jadi nak tak nak terpaksalah diorang beli satu ikat jagung kangkung.

 

“Lay nak beli apa lagi? Jagung sahaja ke?” tanya Chanyeol yang sudah pun meletakkan kangkung tadi di dalam troli.

 

“Jap, dalam cerita itu kata kita kena siram jagung dengan air, tapi air apa eh?” Lay sedang mengingati balik kisah dongeng yang dia baru sahaja habis baca itu. “Chanyeol, jom kita ke bahagian jual air, Lay tak ingat lah nak air apa.”

 

Chanyeol hanya mengangguk dan membawa Lay ke Bahagian jual minuman.

 

“Chanyeol tahu tak yang jagung suka minum air apa? Nanti kita kena siram dia, kita nak siram guna air apa?” bertalu-talu pertanyaan Lay kepada Chanyeol menyebabkan Chanyeol agak sedikit bingung, tapi kalu benggong itu pun dia jugak.

 

“Hmmm, air apa eh? Dah nama jagung takkan dia minum air strawberi tapi takkan dia minum air jagung pulak entah, tak tahu, jom tanya Kris hyung,” kata Chanyeol yang sudah pun mendialkan nombor Kris.

 

“Hello,” kedengaran suara Kris di hujung talian.

 

“Kris hyung, ini saya, Chanyeol dan Lay, kami sekarang berada di Pasar tani, Lay nak beli jagung lepas tu dia nak tanam belakang rumah, tapi nanti nak siram pokok jagung ini, kita kena guna air apa?” kata Chanyeol.

 

“Air sprite kot, rasanya itu feveret jagung, okey lah, hyung ada hal ini, bye-bye.” Terus talian dimatikan.

 

“Air sprite?” Lay mula menggaru kakinya yang memang gatal dari tadi. Di rak itu, terdapat bermacam jenis air sprite, pening kepala diorang berdua nak cari air sprite yang mana satu.

 

“Lay, meh sini, saya ada jumpa air sprite gambar doraemon yang ada banyak perasa, mungkin ini kot yang jagung suka,” kata Chanyeol ketika memangil Lay datang ke rak yang dipenuhi dengan air gambar Doraemon itu. Sebenarnya itu buka sprite, tapi jenama air SPRITZER. Tak pandai mengeja jugaklah si Chanyeol ini.

 

“Mungkin kita patut ambik semua perasa yang ada,” cadang Lay. Jadi diorang semua pun mengambillah semua perasa yang ada di rak itu, oren, strawberry dan lain-lain.

 

“Jomlah kita bayar nanti tak cukup duit pulak,” ujar Chanyeol yang sudah pun menolak troli ke kaunter bayaran. Diorang semua sudah pun berada di kaunter bayaran.

 

“Semuannya berharga RM 50.50,” kata pekerja lelaki Pasaraya Giant itu.

 

“Weh, macam mana ni? Aku ada bawak RM50 aje 50 sen nak celup kat mana?” Lay sudah pun mengeluarkan note RM 50 dalam poket seluar dia.

 

“Abang, boleh tak bagi kitaorang diskaun 50 sen, sebabnya kitaorang ada RM500, hahahaha,” kata Chanyeol. Pekerja itu memandang dia pelik.

 

“Sebenarnya, kitaorang ada Rm50 aje, macam mana nie?” kata Lay tentang perkara sebenar.

 

“Apa kata awak buang aje satu botol air, nanti boleh kurangkan harga,” cadang pekerja itu.

 

“Tak boleh, nanti tak hiduplah jagung ini kerana tak cukup perasa air, apa kata kita buang aje jagung dan kita ambik akar, mesti dapat diskaun,” kata Lay dengan beria-ria sekali. Dia sangat risau kalau jagung dia tidak hidup disebabkan tidak cukup air berperasa itu.

 

“Hmm, okeylah saya bagi diskuan ajelah,” kata pekerja itu yang dah malas nak layan dua orang budak pelik depan dia.

 

“Fuhh, nasib baik dia bagi diskaun,” kata Chanyeol dengan leganya.

 

“Jom lah balik, tak sabar dah nak tanam jagung,” kata Lay.

 

 

Lay sudah pun berada di belakang rumah, dia sedang bertungkus lumus untuk menanam jagung, tapi dia sebenarnya tak tahu apa itu menanam.

 

“Mesti minta tolong dengan Sehun, Tao dan Kai ni,”kata Lay dan dia pun terus ke bilik 3 orang magnae itu.

 

“Kailan masak bihun bersama dengan taofu, korang boleh tak tolong hyung?” tanya Lay yang sudah pun berada di depan pintu bilik mereka.

 

“Tolong apa?” tanya Tao yang sedang baca komik, manakala Sehun dan Kai pulak sedang baring, pemalas betul penghuni rumah ini.

 

“Korang tahu tak menanam itu macam mana?”

 

“Hahaha, itu benda paling senang lah hyung,” kata Kai yang sedang mengunyah pop corn.

 

“Kalau begitu, korang bertiga tolong hyung, jom kita ke belakang rumah,” ajak Lay.

 

 

Kai,Sehun dan Tao sudah ketawa macam orang gila kat belakang rumah, “ HAHAHAHAHAHAHAHA, hyung ini jagung ke?” tanya Kai sambil ketawa dengan terbahak-bahak.

 

“Agak-agaklah, dah macam jankun dah aku tengok Lay hyung,” kata Tao.

 

“Lay hyung, ini kankang, bukan jagung,” kata Sehun sambil memegang sayur kangkung tadi.

 

“Kangkunglah maknae, sebut itu elok-elok sikit,” kata Tao membaiki ayat Sehun.

 

“Tapi Chanyeol cakap kat hyung, ini lah jagung dia tak ada cakap pun kangkung.” Innocent giler Lay ni.

 

“Jom ikut kitaorang pergi beli jagung yang betul,” cadang Kai. Si Lay pun ikutlah Kai, Tao dan Sehun ke pasaraya Tesco pulak. Sekali lagi, dia kena pergi.

 

***********************************************************

Di pasaraya Tesco.

 

“Kat mana bahagian jagung diorang letak eh?” tanya Sehun.

 

“Rasanya kat bahagian hardware,” kata Kai dengan selamba.

 

“Bukan ke jagung kat bahagian masakan panas,” kata Tao pulak.

 

“Sehun, masuk dalam troli ni, biar aku tolak kau,” kata Kai, tiba-tiba dia tak ada mood nak pergi cari jagung untuk Lay.

 

“Jagung aku macam mana? Apa itu jagung sebenarnya?” soal Lay secara bertubi-tubi kat mereka bertiga.

 

“Ish, yelah, jom kita pergi kat tempat ada jual nugget, kat situ rasanya ada jual jagung,” kata Tao dengan sedikit annoying.  

 

Mereka semua menuju ke bahagian makanan sejuk beku, dimana Tao sudah pun menjumpai jagung segera yang dibekukan.

 

“Ini lah jagung, Lay hyung,” kata Tao mengambil satu plastik jagung segera itu.

 

“Oh, jadi macam mana nak tanam?” soal Lay.

 

“Nanti balik rumah kitaorang tunjukkan demonstrasi, tapi mana pulak si Kai dan Sehun menghilangkan diri,” tanya Tao apabila dia perasan yang Sehun dan Kai sudah lama tak ada.

 

 

“Apa benda ini sebenarnya? Mihun cap burung merak? Ahahaks, Sehun aku tak sangka kau sebenarnya dijual, dahlah siap berlabel jenama merak lagi,” kata Kai yang ternampak Mihun cap burung merak itu.

 

“Apa benda ini? Lemang segera nona, hahahaha, Nona bangun pagi siram pokok bunga ke? Tak sangka aku dia dah majukan perniagaan dengan menjual Lemang segera, jom beli,” kata Sehun.

 

“Kau tahu kan feveret Suho hyung ialah rendang ayam,” kata Kai.

 

“Weh Kai, kau tak nak beli kicap ke? Aku nampak kicap kat rumah dah nak habis, mesti kau telan hari-hari kan? Maklumlah, kau kan suka benda gelap,” sindir Sehun.

 

“Woi, kat sini rupanya korang, dahlah tu, jom kita pergi bayar,” kata Tao yang sudah ternampak diorang sedang mengarut entah apa kebenda dekat pasaraya itu.

 

Dalam perjalanan menuju ke kaunter bayaran, Lay dengan tidak sengaja ternampak jagung di dalam tin. “Wei korang, ini pun jagung jugak,” kata Lay sambil menujukkan ke arah rak tin jagung itu.

 

“Beli ajelah,” kata Sehun acuh tak acuh.  Jadi si Lay ni pun belilah juga jagung di dalam tin itu. Harap lepas ini diorang tak jumpa dengan penjual jagung rebus di tepi jalan.

 

 

“Macam mana nak menanam?” tanya Lay. Mereka semua sudah pun sampai di rumah dan bersiap sedia untuk menanam jagung.

 

“Mula-mula kita kena gali lubang dulu,” kata Kai. Dia segera mengali lubang menggunakan cangkul, Sehun, Tao dan Lay hanya melihat sahaja.

 

“Memang sesuai betul kerja ni dengan Kai, dah ada iras pekebun dekat sekolah,” bisik Tao dekat Sehun. Sehun hanya menahan diri dari ketawa kerana Kai menyusahkan dirinya untuk menggali tanah, dahlah mukanya sedang bersemangat, memang serius betul lah Kai ni.

 

“Oh, jadi kita kenalah letakkan jagung ini dalam lubang kan? Tanya Lay. Kai hanya mengangguk sahaja.  Lay terus meletakkan jagung segera itu bersama dengan plastik dan tidak dilupakan juga tin jagung pun dia letakkan bersama. Terus terbahak ketawa 3 orang line maknae itu, “HAHAHAHAHAHAHA.”

 

“Lay hyung, awak nak tanam jagung ke? Nak tanam harta karun? Cara Lay hyung buat dah macam lanun yang ingin menyorokkan harta emasnya di pulau,” kata Sehun sambil menahan ketawanya.

 

“Hyung, buanglah dulu plastik itu  lepas tu baru lah letak jagung dalam lubang.” Kata Kai.

 

Lay pun mengikuti apa yang si Kai tu cakap, tidak dilupakan jugak jagung dalam tin pun dia tanam sekali, tapi bukan dengan tinlah.

 

 “Lepas tu, kita kena siram setiap hari, so dalam seminggu mesti tumbuh kot,” kata Kai.

 

“Sekejap, nak siram dia dengan air berperasa yang hyung beli dekat kedai sekali dengan Chanyeol. Lay pun menyiram jagungnya dengan  perasa strawberry untuk hari ini. Mungkin esok perasa lain pulak. Kita tunggu ajelah, hidup ke tak jagung itu?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

(To Be Continued)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mytwin306vixxN #1
Chapter 2: Kreatif btul la penulis ni..bleh lak gabung nama diorang ngan makanan..erm..ape agknye yg terjadi pada Luhan bile die bace buku tu?
misz_dina #2
Chapter 2: Daebak plus jjang!mesti comel 3 org maknae tu jd pompuan.
Dragneel09 #3
Chapter 2: Jalgung bakar....i like...lbh2 lg kalu lay yg jual
jordanJOONGKI
#4
Chapter 2: Berliur aku bc tntng jagng bkr..... hahaha
chnylvrus #5
Chapter 2: hahahaha mak nyah!!
/3 maknae:ehem²/apa?/3 maknae:ko kta ktrg ap?/thihihi..err..MAK NYAHH!!!*cabut lari*/ 3 maknae:woitt jgn lri!!
haa bgtu la kshnya..gmpk x komen ni?? gmpk an..biasa laa tu/smirk/
okk srry tlg abaikn klw x suka..btw mmng klakar gila fanfic ni truskn bwt lg ehh author nim heeexD
kuchens
#6
Chapter 2: Seriously sy suka gler dgn ff nih!! XD
mpreggoland
#7
Chapter 2: lawak giler ah citer ni dan best! daebak! gelak terbahak2 tahap terguling2 dah sy ni hehe XD
kkamjonghunnie
#8
Chapter 2: Comellah citer nih. Lawak giler. Ahahaha. Sehun,Kai dgn Tao jdi girls? Ahaha lol xD