MURDERED

The Night Baron
Please log in to read the full chapter

 

 

 

Aku menjerit sekuat hati aku.

 

Aku dapat merasakan tubuhku terus menjunam ke tingkat paling bawah, membelah tiupan angin yang menderu-deru.

 

Semakin hampir diriku ke tanah, semakin laju degupan jantung aku.

 

Perasaan ini… perasaan ini…

 

Adakah… adakah nyawa aku akan berakhir di sini?

 

Teriakan aku pun sudah tidak berguna lagi. Aku… aku… akan mati.

 

Bila-bila masa sahaja lantai itu akan menyapaku… dan…

 

Dan akan…

 

 

 

BUSHHHHHH!

 

 

 

Aku dapat merasakan tubuhku ditenggelami oleh air.

 

Aku cuba untuk bernafas, namun rongga hidung dan mulutku sudahpun dipenuhi dengan air. Aku kelemasan.

 

Terkapai-kapai tanganku ketika aku berusaha untuk mencari permukaan air.

 

Udara… udara… aku… aku perlu bernafas……

 

Perlahan-lahan… penglihatanku semakin malap.

 

Dan… gelap.

 

_____________________________________________________________________________________________________________________

 

Terasa ada suatu tekanan ingin keluar dari mulutku.

 

Aku memuntahkan sejumlah air yang ditelan secara tidak sengaja sebentar tadi. Aku membuka mataku. Pandanganku masih lagi berpinar-pinar. Tekak dan hidungku pula terasa amat pedih. Kepala aku terasa pening.

 

‘Aku… aku masih lagi hidup?’

 

“Krystal…” Tiba-tiba kedengaran suara orang teresak-esak di sisi aku.

 

Suara itu… suara Luna.

 

Dia memeluk tubuhku sambil menangis teresak-esak. “Krystal… kau tak apa-apa, kan?” sekarang aku mulai lemas di dalam pelukannya pula.

 

Luna, aku tak okey. Aku jatuh dari tingkat 5, lemas, dan nyaris-nyaris nak mati.

 

Namun aku tak terdaya nak membalas katanya seperti biasa. Bibirku terasa amat lemah untuk berkata-kata. Tekakku pula masih lagi terasa pedih untuk mengeluarkan suara.

 

“Luna, lepaskan dia,” terdengar satu suara. Aku pasti itu suara Siwon. “Bagi dia bernafas dulu.”

 

Luna perlahan-lahan melepaskan pelukan.

 

Bagus. Nasib baik. Aku perlukan udara. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskannya perlahan-lahan. Aku ulang perbuatan tersebut berkali-kali. Kemudian, barulah penglihatanku semakin lama semakin jelas.

 

Di hadapan mataku, wajah Luna, Siwon, Hakyeon, Jiyeon, Kris, Ken serta beberapa orang pengunjung hotel yang lain menyapa penglihatan aku.

 

Kini, baru aku menyedari bahawa kami sedang berada di sisi kolam renang.

 

Walaupun kepala aku masih terasa pening, aku cuba menggagahkan diri aku untuk bangun. Luna membantu aku.

 

“Krystal, macam mana boleh jadi macam ini?” soal Siwon. Dia memandang aku dengan riak muka yang serius.

 

Aku tidak membalas.

 

Aku hanya mendongakkan kepalaku ke atas, merenung sesuatu yang tidak pasti.

 

_____________________________________________________________________________________________________________________

 

Aku memerah bajuku yang basah lencun itu di singki bilik mandi. Setelah selesai memerah, aku memandang cermin di hadapan aku sambil memperbetulkan rambutku yang basah. Mindaku ligat berfikir mengenai tragedi yang menimpa diriku siang tadi.

 

Night Baron….

 

Macam mana dia boleh memasuki bilik aku dan Luna ini?

 

Aku pasti, sekarang dia sudah tiada lagi di bilik ini.

 

Dan yang paling penting…

 

Mengapa dia cuba untuk membunuh aku?

 

Tiba-tiba, ketukan bertalu-talu dari luar pintu bilik mandi itu mengejutkan aku.

 

“Krystal? Kau dah selesai ke?” kedengaran suara Luna dari luar.

 

“Sudah, kejap.” Balasku sambil mencapai semula pakaian yang telah diperah sebentar tadi lalu terus menuju keluar bilik mandi.

 

Pakaian-pakaian itu diletakkan di atas sofa bilik terbabit. Aku berasa fobia ingin menyidai pakaian-pakaian itu di balkoni.

 

Aku menghenyakkan punggungku di atas katil empuk bersaiz queen itu. Tidak lama selepas itu, Luna terus mengambil tempat di sebelah aku.

 

“Okey,” Luna bersuara. “Aku nak kau ceritakan kepada aku apa sebenarnya yang berlaku, dari A sampai Z.” katanya.

 

Aku memandang ke dalam matanya. “Sebelum itu aku nak tanya dulu,” aku berhenti sebelum menyambung, “Selepas kau keluar dari bilik ini siang tadi, kau ada nampak sesiapa masuk tak?” persoalan itu sering bermain di fikiran aku.

 

Luna mengerutkan dahinya. Dia menggeleng.

 

Atas dasar kepercayaan aku terhadap Luna, aku menceritakan segala perkara yang telah berlaku, sejurus selepas Luna keluar daripada bilik ini siang tadi sehinggalah kepada kejadian aku ditolak ke bawah itu terjadi.

 

“And, you end up drowning in the pool?” soal Luna. Aku mengangguk.

 

Luna mengepal-ngepal penumbuknya. "Apa masalah Night Baron itu? Kenapa nak bunuh kau pula?" ujarnya tidak berpuas hati. Aku mengangkat bahuku.

 

Syukurlah ada kolam renang di bawah. Ia mengurangkan kemungkinan untuk mati terhempuk di lantai. Tetapi, kalau tiada sesiapa yang menyelamatkan aku tadi, sudah tentu aku akan mati kelemasan pula.

 

Kesimpulannya, memang ada seseorang ingin membunuh aku.

 

Dan orang itu adalah Night Baron,

 

Organizer program Mystery Tour ini.

 

_____________________________________________________________________________________________________________________

 

“Wah, ramainya orang!” ujar Luna. Matanya meliar memerhati sekeliling cafeteria ini, mencari kelibat ayahnya yang mungkin sudahpun tiba terlebih dahulu.

 

“Yah, Park Luna!” kami berpaling kepada seseorang yang sedang melambai-lambai ke arah kami dari jauh.

 

“Di sini!” jerit Siwon yang sudahpun menduduki sebuah meja yang terletak di penjuru cafeteria ini. Kelihatan pasangan tunang Tao dan Yoona turut duduk di meja yang sama.

 

Tiba-tiba, aku tersentak. Otakku mula mengesan sesuatu perkara.

 

Night Baron merupakan organizer program ini. Dan organizer program ini merupakan salah seorang daripada mereka, iaitu peserta-peserta program ini.

 

Salah seorang daripada mereka cuba untuk membunuh aku.

 

Maka, aku harus lebih berwaspada.

 

Kami berjalan ke arah mereka. Luna berbisik kepada aku. “Cantik kan baju yang kak Yoona pakai?”

 

Aku mengerling ke arah Yoona. Dress

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
yeay... done writing this ff~ finally! *kesat peluh*

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Ff ni memang.memang jjang!gila daebak.impressive.sungguh syiok saya baca.arrgh,x thu camne nk puji lg.
sunshine234 #2
Chapter 5: Suka story ni tp actually plot dia mcm sama dgn detective conan, oh saya peminat conan so dah master sikit cite dia. Btw, nice writing and thanks for writing
chacannie
#3
Chapter 5: Wow! amazing giler fanfic ni!! x pernah lagi baca ff mcm ni..memang WOW!
rasa mcm detective conan pulak..
ingatkn ken yg jd night baron tu...perghh..bijak btul author-nim ni!!