FINALE

The Night Baron
Please log in to read the full chapter

 

 

 

“Everyone in this tour had a motive to kill, Mr. Inspector.”

 

“Including you, Miss Yoona.”

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

 

“Kak Yoona?” aku menegur Yoona yang asyik termenung sedari tadi. Ternyata ayat-ayat Hyuna itu telah berjaya menguncikan mulut Yoona sama sekali.

 

“Err.. ya?” balasnya.

 

Aku memandang matanya, dalam. Cuba menilik apa yang bermain di benak fikirannya sekarang.

 

Inspektor Ryeowook cuba menyoal Yoona. “Apa yang dimaksudkan oleh cik Hyuna sebentar tadi?” dia memandang kami dengan wajah yang serius.

 

“Err… saya tak tahu.” Balas Yoona.

 

“Kak Yoona bukan suspek kita,” aku cuba menjelaskan kepada Inspektor Ryeowook. “Kak Yoona ada alibi yang kukuh. Dia berada di biliknya sendiri pada waktu kejadian, buktinya rekod wake-up call yang saya, Luna dan Encik Siwon tanya di kaunter pertanyaan tadi.” Terangku panjang lebar, cuba membela Yoona.

 

“Tak mungkin dia boleh berada di bilik Encik Kris dan menolak Encik Kris dari balkoni kalau kak Yoona berada di biliknya sendiri.” Sambungku.

 

Inspektor Ryeowook hanya mendiamkan diri. Dia tidak memberi sebarang respons terhadap pernyataan aku tadi.

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

 

Luna memandang sayu wajah ayahnya yang terbaring lesu di atas sofa itu. Dia tidak menjangkakan ayahnya akan diserang oleh Night Baron itu.

 

Sementara aku, Yoona dan Inspektor Ryeowook pergi ke bilik-bilik suspek. Luna masih berada di bilik ayahnya, menjaga dan melihat-lihat keadaan ayahnya.

 

“Ayah… kalaulah ayah dengar.., apa yang patut Luna buat..?” rintihnya sendiri.

 

“Apa yang patut Luna buat, kalau penjenayah itu sebenarnya orang yang Luna pujai?”

 

Tiba-tiba, jari-jemarinya Siwon bergerak. Kemudian, dia mengaduh buat seketika.

 

“Aduh… kenapa sakit kepala ini?” dia bersuara sambil tangannya cuba mencapai kepalanya.

 

“Ayah!” Luna berasa gembira. “Ayah dah sedar!”

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

 

Kini, kami berada di hadapan bilik Yoona dan Tao. Ya, bilik yang dikongsi oleh pasangan tunang ini.

 

Inspektor Ryeowook mengetuk pintu bilik. Seketika kemudian, pintu bilik dibuka. Tao yang membukakan pintu itu.

 

“Ya, ada apa?”

 

“Kami datang untuk menjalankan pemeriksaan,” ujar Inspektor Ryeowook.

 

“Silakan,” jemput Tao.

 

Sekejap. Otak aku mula bergerak seketika.

 

Bercakap mengenai Tao, secara tiba-tiba aku dapat mengesan sesuatu yang tidak kena.

 

Ingatan aku kembali kepada kejadian kami terserempak dengan Night Baron di hadapan pintu lif itu tadi.

 

Skill martial art Luna dengan mudah dapat dielakkan oleh Night Baron itu. Bermakna, Night Baron itu mestilah seseorang yang handal dalam martial art juga, seperti Luna.

 

Selain daripada Luna, hanya ada seorang sahaja yang ada kelebihan itu. Iaitu…

 

Aku membeliakkan mataku.

 

Jadi… takkanlah…

 

Takkanlah…

 

Aku menggigit bibirku. Patutlah Luna tidak mengejar Night Baron itu tadi dan membiarkan dia melepaskan diri!

 

Luna…..

 

“Boleh saya lihat balkoni?” soal Inspektor Ryeowook. Tao hanya mengangguk.

 

Dan aku turut mengesan tindakan pelik Inspektor Ryeowook.

 

Mengapa dia mesti melihat balkoni di setiap bilik?

 

Apa yang diperhatikan di tingkat bawah itu?

 

Inspektor Ryeowook tiba ke balkoni dan mencerunkan matanya ke bawah.

 

Dan..

 

Dia membeliakkan matanya.

 

Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya di bawah.

 

Seketika kemudian, seorang pegawai polis masuk ke dalam bilik ini dalam keadaan tercungap-cungap.

 

“Inspektor Ryeowook!”

 

“Ya?”

 

“Encik Siwon dah sedar dari pengsan!”

 

__________________________________________________________________________________________________________________________

 

Kelihatan Inspektor Ryeowook dan Siwon sedang berbincang-bincang mengenai sesuatu. Kondisi Siwon sudah semakin stabil, aku rasa. Aku hanya dapat memerhatikan mereka dari jauh.

 

Luna, yang sedari tadi menjaga ayahnya, kini hilang entah ke mana.

 

Harap-harap dia tak apa-apa.

 

“Krystal!” suara yang aku kenali itu menyapa aku dari jauh. Panjang umur dia. Kelihatan Luna sedang berlari-lari anak ke arahku. Di belakangnya terdapat dua orang perempuan turut berlari mengikutnya.

 

“Ish, terkejut aku. Kau pergi mana?” soal aku. Luna sudahpun tiba di hadapan aku, tercungap-cungap.

 

“Ini… aku bawakan saksi. Saksi untuk Tao!” ujarnya dengan teruja sambil menujukan tangannya kepada dua orang perempuan yang mengikutnya itu. “Ini Wendy dan Irene.” Dia memperkenalkan mereka kepadaku.

 

“Hah? Saksi untuk Tao?” Apa benda Luna merepek ini.

 

“Mereka ini peminat Tao. Mereka sempat minta autograph Tao beberapa minit selepas Tao meninggalkan kita. Kata mereka, daerah pukul 9.58 malam atau lebih, bukan?” Tanya Luna kepada Wendy dan Irene. Mereka terus mengangguk-angguk.

 

“Tak mungkin Tao sempat ke tingkat 6, pergi ke bilik Encik Kris dan membunuh Encik Kris dalam masa yang singkat, kerana Encik Kris dibunuh tepat pukul 10 malam.” Luna menerangkan kepadaku.

 

Penjelasan Luna memang masuk akal. Aku akui aku tidak dapat menyangkal pernyataan itu.

 

“Maknanya Tao tidak bersalah?” aku menyoal.

 

“Ya!” begitu bersemangat Luna membela idol martial artnya.

 

Aku mengerutkan dahiku.

 

Habis itu, siapa sebenarnya Night Baron kalau bukan Tao? Ya, Tao, satu-satunya lelaki yang boleh mengelak serangan martial art Luna tadi.

 

Dan lagi satu, kenapa Tao tidak jelaskan perkara ini ketika disoal siasat pada mulanya?

 

Aku rasa, ini adalah alasan yang paling kukuh. Dia boleh terlepas daripada tuduhan ini kerana dia ada saksi.

 

Kenapa?

 

Sebentar kemudian, setelah Inspektor Ryeowook selesai berbincang dengan Siwon, kelihatan dia sedang memberikan arahan terhadap pegawai polis yang bertugas.

 

“Panggilkan kesemua suspek kita ke mari,” pintanya. “Kita sudah hampir berjaya menangkap si penjenayah, Night Baron.” Ujarnya.

 

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
yeay... done writing this ff~ finally! *kesat peluh*

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Ff ni memang.memang jjang!gila daebak.impressive.sungguh syiok saya baca.arrgh,x thu camne nk puji lg.
sunshine234 #2
Chapter 5: Suka story ni tp actually plot dia mcm sama dgn detective conan, oh saya peminat conan so dah master sikit cite dia. Btw, nice writing and thanks for writing
chacannie
#3
Chapter 5: Wow! amazing giler fanfic ni!! x pernah lagi baca ff mcm ni..memang WOW!
rasa mcm detective conan pulak..
ingatkn ken yg jd night baron tu...perghh..bijak btul author-nim ni!!