MOTIVE

The Night Baron
Please log in to read the full chapter

 

 

 

Kini, pihak polis sedang memeriksa tubuh terbabit.

 

“Masa kematian ialah tepat pada pukul 10 malam menurut seorang saksi,” seorang pegawai polis menyampaikan laporan kepada seorang inspektor. “Punca kematian ialah terjatuh dari balkoni di biliknya dari tingkat 6.” Sambung pegawai polis itu.

 

“Hmm,” inspektor tersebut bersuara. “Cuba alihkan topeng putih tersebut daripada mukanya.” Arah inspektor itu.

 

Topeng putih tersebut dibuka.

 

Sebaik sahaja melihat wajah manusia di sebalik topeng putih itu, mulutku ternganga.

 

Begitu juga dengan Luna yang membeliakkan matanya kerana terkejut.

 

“Encik… Encik Kris?” Luna terketar-ketar bersuara.

 

Jadi, maknanya…

 

Night Baron itu sebenarnya ialah… Kris?

 

“Memang tak syak lagi,” ujar satu suara di belakang kami. “Dialah organizer program ini.”

 

Kami menoleh ke belakang.

 

Ken menyilangkan tangannya di dada sambil tersenyum sinis.

 

________________________________________________________________________________________________________________

 

“Jadi, bagaimana, Encik Siwon?” soal Tao kepada Siwon sebaik sahaja dia selesai menyertai perbincangan bersama pegawai-pegawai polis di luar hotel itu. Rupa-rupanya, rakan sejawatnya, Inspektor Ryeowook, turut terlibat dalam menangani kes ini.

 

Muka Siwon amat serius. “Ya, dia disahkan mati kerana terjatuh dari tingkat 6.” Balasnya.

 

Kini, kami semua berkumpul di lobi resort ini bersama peserta-peserta program Mystery Tour yang lain.

 

Semua orang melepaskan nafas yang berat.

 

“Malang sungguh,” Ken bersuara. “Organizer kepada program ini telah pun meninggal dunia.” Ujarnya.

 

“Night Baron yang kononnya hebat itu telah meninggal dunia?” Hakyeon pula bersuara. “Tch! What a disappointing end.” Sambungnya.

 

“Kata hati saya memang betul,” Yoona pula berkata. “Saya memang menjangkakan dialah Night Baron sejak awal lagi.”

 

Semua orang asyik menyatakan bahawa mereka menjangkakan Kris adalah Night Baron, namun tiada siapa yang dapat menjangkakan tragedi yang meragut nyawanya ini akan terjadi.

 

Aku menjeling ke arah Hyuna yang sedang duduk di atas sebuah sofa sambil menunduk. Aku datang menghampirinya dan cuba menegurnya, “Kak Hyuna?”

 

Dia mengangkat mukanya sambil mengesat matanya yang berair dengan tangannya. “Ya?”

 

Aku terkejut melihat titisan-titisan air mata yang gugur daripada kelopak matanya.

 

‘Erkk. Kenapa dia menangis?’ soal aku sendiri.

 

“Err… maaflah ganggu. Huhuhuhu~” aku mulai kekok ingin berbicara dengan Hyuna. Maklumlah, aku ini tidak mahir dalam memujuk orang yang sedang bersedih.

 

Cuma masalahnya, mengapa dia memangis? Adakah kerana kematian Kris? Kalau ya, mengapa perlu bersedih sehingga menangis? Apa kaitan dia dengan Kris? Banyak pula soalan aku ini.

 

“Jadi, organizer kita si Night Baron telah meninggal dunia,” kata Hakyeon. “Kalau begitu, tamatlah program Mystery Tour ini.” Sambungnya lagi.

 

Kata-kata Hakyeon berjaya membuat aku tersentak.

 

‘Takkanlah… program ini tamat begitu saja?’

 

Aku tidak tahu mengapa… aku berasa tidak sedap hati.

 

Inspektor Ryeowook kemudiannya masuk. Kelihatan dia berbincang seketika mengenai kes kematian Kris itu dengan Siwon. Selepas itu, Siwon mengangguk-angguk.

 

“Perhatian semua,” Siwon menyeru setelah sekembalinya dia kepada kami. “Saya ada satu berita yang memeranjatkan.”

 

Semua orang menoleh ke arahnya.

 

Siwon menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara, “Sebenarnya, kematian Encik Kris bukannya kemalangan semata-mata,” dia berhenti seketika. “Ianya sebuah kes pembunuhan.”

 

Kenyataan Siwon berjaya memeranjatkan kami.

 

Kes… kes pembunuhan?

 

“Polis telah pun menjalankan siasatan terhadap pakaian yang dipakainya. Mereka mendapati pakaian itu seolah-olah dipakaikan oleh orang lain, bukannya dipakaikan oleh dirinya sendiri.” Sambung Siwon lagi.

 

Kami berpandangan antara satu sama lain. Ekspresi terkejut jelas kelihatan daripada raut wajah masing-masing.

 

“Kesimpulan awal mendapati bahawa sebenarnya, Kris ditolak daripada biliknya sendiri di tingkat 6 oleh seseorang, iaitu…” di berhenti berkata.

 

 

“Night Baron yang sebenar.”

 

 

Semua orang membeliakkan mata.

 

“Jadi… itu bermakna…” kata-kata Tao terhenti.

 

“Ya,” Siwon menghembuskan nafas yang berat. “Pembunuh sebenar, Night Baron, masih lagi bersembunyi di kalangan kita.”

 

Kenyataan yang mengejutkan itu berjaya menyentakkan kami.

 

Bermakna… organizer a.k.a. Night Baron itu… bukan Kris?

 

Jadi… siapakah Night Baron yang sebenarnya?

 

________________________________________________________________________________________________________________

 

“Jadi, sebelum kejadian berlaku, kamu bersama Krystal dan Luna berada di tingkat 9 untuk melihat pemandangan langit?” soal Siwon kepada Tao.

 

“Ya.” Balas Tao.

 

“Tetapi, lima minit sebelum pukul 10, kamu meninggalkan mereka untuk ke tandas, bukan?” soal Siwon lagi.

 

Tao tersentak. “Err… ya.” Akui Tao.

 

“Baiklah, panggil suspek seterusnya.” Arah Siwon kepada seorang pegawai polis.

 

Tao meninggalkan bilik itu. Sebentar kemudian, Hyuna pun masuk.

 

Siwon berkalih kepada Hyuna. “Cik Hyuna,” Siwon menyeru. “Di mana cik berada ketika kejadian itu berlaku?” soal Siwon.

 

Mata Hyuna masih lagi berbekas akibat menangis tadi. “Di tandas sebelah cafeteria,” dia membalas. “Saya ada terserempak dengan encik tadi, sebelum masuk ke tandas.” Ujarnya.

 

Siwon mengurut-urut dagunya, cuba mengingati kembali jika dia ada terserempak dengan Hyuna di luar tandas di sebelah cafeteria selepas makan malam tadi.

 

“Oh ya,” Siwon mulai teringat. “Saya ada ternampak cik masuk ke dalam tandas wanita sewaktu saya dalam perjalanan ke tandas lelaki tadi.” Ujar Siwon. Hyuna menarik nafas lega.

 

“Tetapi, alasan itu masih tidak kukuh,” Siwon menyambung lagi. “Kerana cik berada di tandas wanita dalam lingkungan pukul 9 hingga 9.30 malam. Selepas waktu itu, di mana cik berada?”

 

Pertanyaan itu membuatkan Hyuna tergamam.

 

________________________________________________________________________________________________________________

 

Inspektor Ryeowook cuba untuk membuka sebuah pintu bilik, malangnya pintu bilik itu terkunci.

 

“Baiklah,” dia memberi signal kepada pegawai polis yang lain. “Rempuh pintu ini!” dia memberi arahan.

 

Tiga orang pegawai polis terus merempuh pintu bilik terbabit menggunakan kudrat yang ada.

 

Namun, pintu itu gagal dibuka.

 

“Maaf kerana terlambat,” ujar seorang pekerja resort sambil tercungap-cungap, penat berlari dari tingkat bawah hingga ke tingkat 6. “Ini master keynya,” sambungnya sambil menghulurkan master key bilik itu kepada Inspektor Ryeowook. Lantas Inspektor Ryeowook cuba membuka pintu menggunakan master key itu.

 

Akhirnya, pintu itu terbuka. Semua orang menarik nafas lega. Mereka terus menapak masuk ke dalam bilik tersebut.

 

Di dalam bilik itu, kelihatan suit berwarna kelabu gelap terlantar di atas katil.

 

‘Barangkali inilah pakaian terakhir yang dipakainya, sebelum ditukarkan dengan jubah hitam Night Baron itu.’ Inspektor Ryeowook bermonolog dalam hati.

 

Dia memeriksa keseluruhan bilik itu. Kemudian, dia berlalu ke arah balkoni.

 

Dia melihat ke bawah.

 

Dia tergamam.

 

Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

 

________________________________________________________________________________________________________________

 

“Saya dan Jiyeon masih lagi berada di cafeteria, berbual mengenai pengurusan syarikat akan bakal dikendalikan oleh saya nanti,” Hakyeon mempertahankan dirinya, “Betul kan, Jiyeon?”

 

“Betul.” Jiyeon membalas.

 

Siwon menyandarkan badannya ke kerusi. “Hmm, adakah kamu berdua mempunyai saksi untuk mengesahkan pengakuan kamu?” soalnya.

 

“Kami tak pasti,” Jiyeon membalas. “Kalau kami terjumpa mereka, kami akan membawa mereka ke sini secepat mungkin.” Sambungnya.

 

“Baiklah, panggil suspek seterusnya.” Arah Siwon.

 

________________________________________________________________________________________________________________

 

“Jadi, kamu berada di dalam bilik kamu dari pukul 9.45 hingga pukul 10 malam, membaca emel yang baru masuk?” soal Siwon.

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
yeay... done writing this ff~ finally! *kesat peluh*

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Ff ni memang.memang jjang!gila daebak.impressive.sungguh syiok saya baca.arrgh,x thu camne nk puji lg.
sunshine234 #2
Chapter 5: Suka story ni tp actually plot dia mcm sama dgn detective conan, oh saya peminat conan so dah master sikit cite dia. Btw, nice writing and thanks for writing
chacannie
#3
Chapter 5: Wow! amazing giler fanfic ni!! x pernah lagi baca ff mcm ni..memang WOW!
rasa mcm detective conan pulak..
ingatkn ken yg jd night baron tu...perghh..bijak btul author-nim ni!!