MYSTERY TOUR

The Night Baron
Please log in to read the full chapter

 

 

 

Huh. Bosannya.

 

Aku sepatutnya berada di rumah, belajar untuk final exam pada bulan depan.

 

Macam mana aku boleh berada di sini sekarang?

 

Ini semua kerana rancangan gila kawan aku, si Luna.

 

Kalau dia tak ajak aku kemari, dah lama buku rujukan Biologi di rumah aku itu aku khatam.

 

Aku membuang pandanganku ke arah persekitaran lobi resort mewah ini. Century Hill Resort, nama yang jelas terpampang di pintu masuk yang baru sahaja kami lalui tadi.

 

Luna dan ayahnya, Siwon sedang menguruskan penempahan bilik di kaunter manakala aku pula sudah lama mendarat di atas sofa empuk di ruang menunggu lobi hotel ini.

 

Sambil menunggu, minda aku terlayar kembali bagaimana Luna telah berjaya memujukku ke mari.

 

___________________________________________________________________________________________________________

 

“Come on, babe! This is the once of a life time opportunity!” Luna menarik-narik lengan aku.

 

Aku menepis tangannya itu. “Ish, aku tak nak! Bulan depan final exam, kau tak takut ke?” Balas aku.

 

“Aduhai, itu bulan depan! Bukannya minggu depan! Chill my friend, let’s enjoy for a while. Lagipun aku tengok kau asyik stress, apa salahnya keluar hirup udara segar sekejap sekali-sekala?” Luna sudahpun memulakan hujahnya.

 

“Trust me, okay? I’m fine. Aku tak stress. Aku cuma takut aku tak dapat yang terbaik untuk exam.” Aku menyuarakan kebimbanganku.

 

“Itu stress lah, wahai cik Krystal ku sayang. Aduhai…” Luna menepuk kepalanya.

 

Sebelum aku sempat membalas, Luna sudahpun menyambung, “Tapi, aku pasti kau tak akan lepaskan peluang kalau kau tahu pakej apa yang kita akan masuk.” Dia sudahpun mengeluarkan sehelai brochure dari poket kardigannya.

 

“Pakej apa?” Aku menyambut brochure yang dihulurkan oleh Luna itu. “Pakej Mystery Tour?” Itulah ayat pertama yang tertera di brochure itu.

 

“Yes, my dear. Mystery tour.” Luna mengiyakan pernyataan aku.

 

Mataku mencerun melihat satu persatu penerangan yang tertera di dalam brochure terbabit.

 

Setelah aku selesai menelaah brochure itu, aku memandang ke arah Luna dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

 

“So, how? You’re interested?” Luna bertanya kepadaku. Matanya mulai bersinar-sinar, menjangkakan aku akan membalas katanya dengan, ‘Yes, I’m interested! Bawa aku ke sana sekarang!’

 

“The package looks interesting, but…”

 

“But why?” Luna memintas. Kataku tadi mungkin di luar dari jangkaannya.

 

“Final exam…” kata-kataku terhenti apabila Luna terus mengetuk kepalaku menggunakan penumbuk martial artnya itu.

 

“Aduh, sakit!” aku menggosok-gosok kepalaku yang lebam.

 

“Exam, exam, exam! Come on Krystal, get a life! Kau lagi pandai daripada aku, kau tahu kan? Don’t be selfish! Sudahlah, kalau kau tak nak pergi, tak payahlah pergi.” Luna merampas brochure yang masih tergenggam kemas di tanganku dan terus berlalu dari situ.

 

“No, I’m just kidding! Aku akan pergi!” Aku teriak. Serta-merta langkah Luna yang laju mengalahkan pecutan Formula One itu tadi terhenti. Dia memusingkan badannya. Wajahnya bersinar semula.

 

“For real? Yeahooo!” Luna menuju ke arahku sambil melompat keriangan ala-ala lagu ‘Lompat Si Katak Lompat’.

 

“Tetapi betul ke, penginapan kita di resort itu free?” Aku bertanya kepada Luna.

 

“Betul. Kalau kita dapat teka siapa Night Baron, kita akan dapat stay di sana for free!” Luna sudah tidak cukup nafas bersuara dek kerana keterujaannya yang terlampau itu.

 

“Fine,” aku berkata. “You know me better.” Akui aku.

 

“Yes, I know you better,” balas Luna. “Better enough to know that mysteries is your food.” Sambungnya lagi.

 

“And I eat them everytime.”

 

“Absolutely.”

 

___________________________________________________________________________________________________________

 

“Apa? Harga penginapan hotel ini baru dibayar separuh?” jeritan Siwon berjaya mematikan lamunan infiniti aku.

 

Erkk. Kekecohan apakah pula sekarang ini?

 

“Ya, encik. Perkara ini sudah termaktub dalam pelan pakej ini.” Balas pekerja di kaunter resort itu.

 

“Ayah, harga penginapan kita akan ditolak kalau kita dapat cari siapa Night Baron dulu.” Luna mengingatkan ayahnya yang tiba-tiba membikin kecoh di kaunter resort terbabit.

 

Like father, like daughter.

 

“Apa? Night Baron? Apa benda itu?” soal Siwon.

 

“Ayah, Luna kan dah terangkan pasal pakej ini dalam kereta tadi! Ayah dengar ke atau pura-pura dengar waktu Luna cakap tadi?” Luna mula berasa tertekan, ingatkan ayahnya dah jelas mengenai pakej Mystery Tour ini.

 

‘Alamak, terkantoi pulak aku tidak mendengar waktu Luna membebel dan berceramah dalam kereta tadi,’ ujar Siwon dalam hati.

 

“Tetapi, kalau kita tak dapat cari benda alah Night Baron itu, kita kena bayar lagi separuh harga penginapan kita!” Siwon berbisik di telinga Luna. Cara Siwon berbisik pula seperti ingin berkongsi rahsia terpenting di dunia pada abad ke-21 ini. Sangat private and confidential.

 

Luna mengerutkan dahinya. “Habis itu?” Luna menyoal.

 

“Ayah tak sangka harga penginapan kita setinggi itu! Ayah tak cukup duit!” Balas Siwon separuh menjerit. Mujur Luna sempat menekup mulut ayahnya.

 

“Huh, jadi, kalian kena cari lah siapa Night Baron itu. Kalau tak...” Tiba-tiba satu suara asing menegur Luna dan ayahnya. Mereka lantas menoleh ke belakang, di mana kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum sinis ke arah mereka berdua.

 

“Err, minta maaf, pak cik ini pun salah seorang peserta pakej Mystery Tour ini ke?” Luna bertanya kepada lelaki asing yang menegurnya dan Siwon tadi. Siwon hanya menjeling lelaki terbabit.

 

Lelaki asing itu terus ketawa. “Huh.. pak cik.” Dia berasa kelakar mendengar gelaran yang dilontarkan untuknya itu. “Pak cik pun, pak cik lah. Nama ‘pak cik’ Lee Jae Hwan. Panggil Encik Ken. Baru berumur 25 tahun.” Balasnya sambil tersenyum sinis. Dia sengaja menekankan umur ’25 tahun’ itu.

 

Luna mulai berasa menyampah melihat senyuman sinis Ken itu, seolah-olah memperlekehkan dia dan ayahnya. ‘Apa-apapun, kau lagi tua lagi aku,’ bidasnya dalam hati.

 

“Huh, dengan cara kau, kau tak akan dapat cari siapa Baron itu!” Sampuk seorang lelaki lain pula yang sedang meneguk air Pepsi di sebelah sisi kami.

 

Eh, sejak bila pula dia berada di sebelah kami?

 

“Oh ya, Encik Wu Yi Fan, ataupun Encik Kris, bukan?” ujar Ken. “Hmm, pernyataan encik itu mungkin boleh digunapakai dalam sesi perkenalan sebentar sahaja lagi.” Sambung Ken.

 

“Diamlah.” Balas Kris.

 

___________________________________________________________________________________________________________

 

Sesi perkenalan antara peserta-peserta pakej Mystery Tour itu dijalankan di lobi resort itu beberapa minit kemudian. Kesemua peserta sepatutnya ada sepuluh termasuk aku, Luna dan ayahnya.

 

Peserta pertama, lelaki yang menghirup Pepsi di sebelah kami sebentar tadi,

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
yeay... done writing this ff~ finally! *kesat peluh*

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Ff ni memang.memang jjang!gila daebak.impressive.sungguh syiok saya baca.arrgh,x thu camne nk puji lg.
sunshine234 #2
Chapter 5: Suka story ni tp actually plot dia mcm sama dgn detective conan, oh saya peminat conan so dah master sikit cite dia. Btw, nice writing and thanks for writing
chacannie
#3
Chapter 5: Wow! amazing giler fanfic ni!! x pernah lagi baca ff mcm ni..memang WOW!
rasa mcm detective conan pulak..
ingatkn ken yg jd night baron tu...perghh..bijak btul author-nim ni!!