Chapter 8

Please Don't Love Me
Please Subscribe to read the full chapter

 

Anum mengesat airmata Iman. Tudung putih yang sarat dengan batu swarovski di kepala Iman dibetulkannya. Cantik betul Iman hari ini. Getus hati kecil Anum tapi sayang buat kali kedua Iman terpaksa memperjudikan nasibnya sendiri dengan seorang lelaki bergelar suami. Kasihan betul dia pada Iman.  "Iman.. kau janganlah nangis lagi. Nanti cair habis make-up ni. Penat aku make-upkan kau dari tadi tau." Anum cuba berseloroh. 

 

Iman memandang wajahnya di cermin. Cantik? Ya dia memang nampak cantik tapi apa gunanya cantik kalau hati tidak bahagia. Iman masih ingat lagi saat ayahnya menyuarakan hasrat Dato' Kamal untuk memperisterikannya. Dia benar-benar kecewa. Tersangat kecewa kerana buat kesekian kalinya dia terpaksa redha dan tawakal dengan sebuah keputusan yang sukar untuk dia tolak. Anum pernah beri cadangan supaya Iman lari saja pulang ke Korea tapi untuk apa? Dia tak sanggup tinggalkan emak dan ayahnya di sini. Dia tak nak kalau tiba-tiba suatu hati Dato' Kamal datang menagih semula semua wang yang pernah dibelanjakan ke atas dirinya daripada emak dan ayahnya. Dia tak rela mak dan ayahnya menjadi mangsa. Cukuplah dia. Cukuplah hanya dia seorang menjadi mangsa keadaan.

 

Seminggu Iman membuat solat istikarah. Seminggu itu juga Iman tidak keluar dari rumah.Iman hanya terperuk di dalam biliknya berendamkan airmata sehinggalah pada malam terakhir dia bermimpi sedang bersanding di sebelah Dato' Kamal di atas sebuah pelamin yang cantik. Jika sudah itu ketentuannya, apa lagi yang boleh dia lakukan. Akhirnya, Iman terima juga lamaran daripada Dato' Kamal itu. 

 

Sebulan dia mengikat tali pertunangan dan sepanjang masa itu dia sekeluarga terpaksa menadah telinga mendengar umpatan orang kampung. Ada yang cakap Pak Hassan dan Mak Temah mahu jual anak. Ada juga yang berpendapat Dato' Kamal tak sedar diri. Malah Iman turut di fitnah menjadi perempuan simpanan Dato' Kamal dan kerana itulah bekas suaminya Tahir terus menceraikannya walau baru sebulan bergelar suami isteri. Itulah manusia. Tidak pernah kisah tentang dosa dan pahala. Tidak pernah peduli tentang hati dan perasaan makhluk yang lain. 

 

Hari ini tibalah hari yang di nanti. Sekejap lagi Iman akan bergelar isteri muda pada Dato' Kamal. Isteri muda yang akan ditatang seperti minyak yang penuh. Isteri muda yang akan di kurung di dalam sebuah sangkar emas yang cantik. Tapi dia pelik, tidak marahkah Datin pada Dato'?

 

Mak Temah menjengahkan kepalanya di sebalik langsir bilik Iman. "Iman! Lekaih lekaih, pengantin lelaki sampai dah nu." Iman yang sedang berangan terkejut. Anum yang berada di sebelah Iman turut berdebar-debar.

___________________________________________________________________________________

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sishawa
dalam proses untuk buat sequel... wish me luck!

Comments

You must be logged in to comment
KertasUngu
#1
macam best :D update soon!
chacha_ieyra
#2
Chapter 8: walao..syoknya dpt kahwin ngn minhyuk.!!!xD
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahhh cite ni
GdsGIRLZ
#4
Awak baru hantar kat saya suruh singgah ff ni... Hati saya tergerak nak singgah .. Singgah jer , baru baca prolog. Dah rasa sebak .. Belum yg seterusnya.. Hahaha thanks..
AsyLai
#5
Chapter 8: maaf baru meng "komen" ayee ai tunggu cerita ni complete baru ai baca :* nice fic btw , :D
AsyLai
#6
Chapter 6: aduh surat tu suwit ayee iman ku sayang
sazaez #7
Chapter 8: Jln cite yg menarik... terkejutzz masa pak hassan ckp dato msuk meminang... hahaha... kalu lg pjg cite ni lg baguskan...
ade planning tulis novel? Ke mmg da de novel tulisan awk??
Anyway, good luck.. teruskan berkarya.. fighting..!!~
volkswagen
#8
happynya saya bila tau akak nk wat sequel utk citer nie.... yes!! deabak!!... excited nk tahu apa jadi pd Iman, Luthfi & yg lain2... authornim hwaiting! ^^,
Chocolate_strawberry #9
Chapter 8: Mcam mna dngan Ex husband Iman?