Chapter 2

Please Don't Love Me
Please Subscribe to read the full chapter

 

Dari jauh Iman nampak rumah banglo milik Tok Ketua yang terang benderang. Ini lah rumah yang paling besar di dalam Kampung Teriang ini. Rumah Tok Ketua cukup serba serbi. Halamannya besar untuk menempatkan beberapa buah kereta milik ahli keluarganya termasuk Anum. Iman masih ingat lagi, sebaik saja mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, Anum dihadiahkan sebuah kereta Myvi berwarna putih. Sebagai sahabat baik, merasa jugalah dia meronda ke pekan dengan kereta baru Anum tu.

 

Tapi kesempitan hidup menyebabkan Iman tidak dapat melanjutkan pelajaran. Sedih hati saat melihat kegembiraan Anum yang akan menapak ke tangga universiti namun apakan daya. Iman sedar dia siapa jika mahu dibandingkan dengan Anum. Setidak-tidaknya dia bersyukur kerana Anum tidak menyisihnya. Anum tetap menganggapnya sahabat baik.

 

Inilah juga antara sebab kenapa Iman terima lamaran dari Dato’ Kamal bulan lalu. Sangkanya jika menerima lamaran dari keluarga berada dia boleh menumpang sedikit kesenangan. Dia tidak pinta emas berlian, memadailah dengan bantu menampung perbelanjaannya semasa menyambung pelajaran namun ternyata semua itu hanya tinggal angan-angan. Hanya bapa mertuanya, Dato’ Kamal yang bersungguh-sungguh menerimanya sebagai ahli keluarga tapi ibu mertuanya, Datin Sally dan suaminya sendiri, Tahir Iskandar sama sekali tidak memandangnya walau sebelah mata.

 

Dan kini, pemergian Dato’ Kamal ke luar negara atas urusan perniagaan selama sebulan menyebabkan dirinya terus dibuang tanpa sebarang belas kasihan. Mujurlah masih ada wang kertas RM100 di dalam tas tangan pemberian ayahnya dulu. Jika tidak sudah pasti dia perlu menapak dari Taiping ke sini. Taiping hingga Kampung Teriang, Alor Setar.. fuh jauh tuh! Mau tercabut kepala lutut.

 

*************************************

 

“Apa rancangan kau lepas ni?” tanya Anum pada Iman. Iman terdiam. Airmatanya masih lagi rajin mengalir membasahi pipinya yang gebu. “Iman.. kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat!” Anum terus memandang ke wajah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sishawa
dalam proses untuk buat sequel... wish me luck!

Comments

You must be logged in to comment
KertasUngu
#1
macam best :D update soon!
chacha_ieyra
#2
Chapter 8: walao..syoknya dpt kahwin ngn minhyuk.!!!xD
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahhh cite ni
GdsGIRLZ
#4
Awak baru hantar kat saya suruh singgah ff ni... Hati saya tergerak nak singgah .. Singgah jer , baru baca prolog. Dah rasa sebak .. Belum yg seterusnya.. Hahaha thanks..
AsyLai
#5
Chapter 8: maaf baru meng "komen" ayee ai tunggu cerita ni complete baru ai baca :* nice fic btw , :D
AsyLai
#6
Chapter 6: aduh surat tu suwit ayee iman ku sayang
sazaez #7
Chapter 8: Jln cite yg menarik... terkejutzz masa pak hassan ckp dato msuk meminang... hahaha... kalu lg pjg cite ni lg baguskan...
ade planning tulis novel? Ke mmg da de novel tulisan awk??
Anyway, good luck.. teruskan berkarya.. fighting..!!~
volkswagen
#8
happynya saya bila tau akak nk wat sequel utk citer nie.... yes!! deabak!!... excited nk tahu apa jadi pd Iman, Luthfi & yg lain2... authornim hwaiting! ^^,
Chocolate_strawberry #9
Chapter 8: Mcam mna dngan Ex husband Iman?