Pickupline (bonus!)

Bahasa Rojak Kris

Kris menutup surat khabar harian cina yang dibacanya secara terbalik. Satu patah perkataan langsung dia tak faham. Kris hanya mampu melihat gambar-gambar yang terpapar di dalam akhbar tersebut. dia sengaja membelinya hanya kerana untuk mendabik dada di hadapan para pembeli pasar raya tersebut.

Dia menghirup air kopi panas yang dipesannya. Duduk berehat di gerai mamak ni bukan satu benda yang asing baginya. Setelah mendapat ijazah di universiti London tahun lalu , Kris mengambil keputusan untuk mencari peluang kerja di Malaysia. Tambahan lagi, dia merasakan bahawa dia patut tinggal bersama keluarganya di sini.

“U thak raysha fanfic ini terlalu skeyma?” Kris mendongak memandang penulis. Ya dan inilah bahasa rojak Kris yang semakin hari semakin rosak. Suho merasakan bahawa bahasa rojak Kris terlampau teruk dan dia patut membeli novel Melayu yang banyak dan berikannya kepada Kris.

Kris membuka cermin mata hitamnya apabila sedar sekumpulan wanita berpakaian kasual duduk di meja hadapannya. Senyuman lelaki gatal ini makin lebar. Dalam mindanya pelbagai cara difikirkan untuk cuba mengorat salah seorang perempuan itu. Kumpulan wanita yang tidak memikirkan si lelaki gatal di belakang mereka hanya bergelak ketawa seperti biasa .

 

H-hey gadis malaya

3 perkataan yang dikeluarkan dari mulut Kris itu menarik perhatian kumpulan wanita itu. Mereka serentak memandang Kris.

Awhaks adha jam tak?”

Kumpulan wanita itu menggeleng dan cuba untuk menghiraukan mat saleh gatal itu.

“Shebab sayya ada jambangan bunga yang banyaks di depan mhata saya”

 

Kumpulan wanita itu terus menyeringai mendengar ayat yang keluar dari mulut Kris.

“Seriously, mat saleh tu cakap macam bangla.”

“oh my hensemnya dia. tapi mat saleh ni tahu je.”

“apa benda dekat mamak pun dia nak pickupline?”

“Aku rasa ada something melekat dekat gigi dia”

 

Kris yang merasakan kumpulan wanita itu terhibur dengan pickup linenya, terus berdiri dan memanggil mamak gerai itu untuk membayar roti canai dan kopinya. Dia perlu menjual mahal dengan wanita wanita seperti ini . Kerana dia adalah Kris.

“Aney, dhatang sini!”

Mamak gerai itu yang pada mulanya tidak tahu apa yang dibicarakan mat saleh itu teragak-agak untuk menghampiri Kris.

“Inhiy berapa?”

“Rm 3.00”

Kris terus mengeluarkan tiga keping not rm1 kepada mamak tersebut dan dengan konfidennya sambil mengenyit mata dia bersuara “nevermind, keep the change.”

 

Aku dah cakap mat saleh tu bodoh.” Salah seorang kumpulan wanita itu bersuara.

 

Sepanjang Kris berjalan menuju ke arah tempat parking kereta , dua orang perempuan India datang berjalan di sebelahnya. Kris membuka cermin mata hitamnya seraya berkata “

“Hey”

Dua perempuan India tersebut memandang antara satu sama lain sebelum berhenti melihat Kris.

“Are you malay? Cause u bhuat I meleyleh”

Kedua dua perempuan India itu bercakap antara satu sama lain dalam bahasa tamil sebelum salah seorang menampar pipi Kris.

“Dasar racist!”

Mereka berdua terus meninggalkan Kris yang memegang pipinya sendiri sambil tergamam.

 

 

Setelah ditampar tanpa ketahui apa sebabnya, Kris mengambil keputusan untuk kembali ke rumahnya dan berehat. Mungkin mukanya membuatkan ramai masyarakat naik angin. Lampu isyarat menunjukkan warna merah dan dia memberhentikan kereta.

Sambil menyanyi kecil, mata Kris Ternampak seorang wanita berpakaian moden menunggu bas di perhentian bas berhampiran. Senyum gatalnya kembali lebar apabila lampu isyarat kembali hijau. Kris memandu dan membawa keretanya menghampiri perhentian bas tersebut. Sambil membuka cermin pintu penumpang di sebelahnya, Kris bersuara “

“Pin pin!”

Wanita moden itu menunjukkan reaksi tidak minat dengan mat saleh yang bila-bila masa sahaja boleh menculiknya dan merogolnya.

Kris yang masih mencuba pickupline terus menerus tersengih.

“Pin pin!”

Muka wanita moden itu mula merah padam apabila ramai penunggu bas saling melihatnya. Kris hampir mengulang benda yang sama hampir 10 kali. Mengeluh berat, wanita moden itu menghampiri kereta Kris.

“Acascuse me ? Awak nak apa?!”

“Pin pin!”

“Pintu khereta sayya shentiasa terbuka untukmu”

“ off”

“Wh-what?”

“ your own ”

Lantas wanita moden itu terus menaiki teksi yang ditahannya. Wanita moden itu terlampau geram kerana dia rasa dipermainkan dan dia tiada mood untuk bergurau.

Kris masih terpempan.

 

Kris mengambil kesimpulan kecil bahawa wanita Malaysia ini pantang diuji dan dicabar. Kris juga membuat hipotesis kecil di mana “Makin bodoh lawak anda ,makin marah perempuan tersebut”

Semenjak peristiwa tersebut, dia block kesemua akaun pickupline yang difollownya di media sosial sebelum sempat menulis sesuatu kepada akaun-akaun tersebut.

“ your own ”

Dan dia mengambil semula akhbar cina yang dilipatnya dan cuba membaca . Walaupun terbalik.

 

Tamat.

 

 

Author : Hahahahahaha okay saya bagi bonus sebab saya rindu slang Kris .

Awak rindu tak ?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
terlupa bawak laptop balik kg dan akhirnya guna henset asdfghjkl

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 2: meremang bulu roma duk membayangkan kris mcm tu.. xD
Piqachuu #2
Chapter 2: Kris Kris*geleng kepala
Bilalaa nk taubat.
mpreggoland
#3
Chapter 2: hahaha gila ah Kris tu XD
dah la pelat, ada hati nak ngorat aweks2 msia hahahahahaha
baehwililly
#4
Chapter 1: Ah sudah ! apa yang dah jadi kat kris .. hahhha tinggallah kau sorang kt situ ..hihuhu parah jugak kalau dah tk reti bahasa melayu ni ..hahhhaah XD best story dari tadi gelak mcm orng gila nasib tk gila ni hah XD
misz_dina #5
Chapter 1: Kesian kris...agk2 la kn,berapa lame dia ddk luar negara smlai jd rojak camtu bhase nye.ish3 :3
Galaxyboo_
#6
Awak ada crita lwk yg lain x?? Sya bgi awk 5 bintang!!
happineseu
#7
Chapter 1: Bpe taon kris ddk luar negara xD
MizzYukiko
#8
Chapter 1: Istg this is so funny xD Best!