;01

Bahasa Rojak Kris

 


9/3/2015 . Ah, ahad yang menenangkan. Hari ahad yang melegakan.  Hari yang indah untuk sekeluarga menikmati udara segar nyaman bak mentos. Hari cuti hujung minggu yang terakhir sebelum kembali bekerja pada keesokan hari. Segalanya lengkap pada hari Ahad dengan semangkuk bertih jagung dan air berkarbonat di sisi sambil menonton filem di kaca tv.

 

Ini apa yang manusia normal seperti kita lakukan kecuali siput babi pada hari Ahad.

 

Tetapi , segala aktiviti ini apa yang adik beradik Kris impikan sejak sebulan yang lepas. Sebulan lepas dimana kembalinya Kris ke tanah airnya selepas berjaya menamatkan pelajaran di Kanada.

 

Sebulan lepas di mana Kris tidak tahu pangkal jalan lidahnya untuk  berbahasa kebangsaan. Sebulan lepas di mana adik beradiknya terpaksa menterjemah setiap bait bait perkataan.

Sebulan lepas di mana setiap hari hari cuti mereka kini terganggu.

 

Tao sedang menonton siri animasi kegemarannya yang terhad yang hanya disiarkan setahun sekali apabila Kris, manusia yang panjangnya kaki buluh datang duduk di sebelahnya di atas sofa.

 

"What are you warching ? Ha-gey-marr-uh. Wow" Kris mengambil alat kawalan jauh tv yang tersadai elok di atas meja ruang tamu.

Sesaat, dia mengerutkan dahinya seribu.

 

"Ini HAGEMARU. Sorry, tak ada subtittle english." Tao menjeling lalu merampas kembali alat kawalan jauh dari tangan si mamat kaki buluh tersebut.

 

"Uh fine." Kris mengangkat tangan tanda menyerah sambil mengeluarkan Iphone 6 dari poket seluarnya.

 

Selama 10 minit, mereka berdiam diri melakukan hal masing masing tanpa bercakap.

 

"Hey Zi!" Kris memanggilnya.

 

"Humm" Tao hanya mengeluarkan bunyi kerana matanya telah pun digam ke dalam siri animasi tersebut.

 

"What is chem-burru?"

 

Dan ya, sesi soal jawab dari Kris akan dimulakan.

 

"Jealous" Tao menjawab pendek. Malas ingin menerangkan dengan lebih lanjut kerana Kris hyungnya mungkin sudah terlebih pandai.

 

"Hyung not jealous. I'm asking ." Kris mengangkat kening kanannya.

 

"Uh cemburu means jealous! " Tao membalas dengan lebih tegas dan berharap agar Kris tidak mengacaunya menonton siri animasi yang terhad!

 

"Thanks."

 

"Zi..." Sekali lagi, Kris memulakan perbualan yang tergantung.

 

"Yea" Pendek dan ringkas pada pandangan Tao tapi ini cukup untuk membalas panggilan Kris.

 

"What Marta Karun means?"

 

"Harta Karun ? It is a treasure."

 

"But why those people call her?'"

 

"Great. It was Maya Karin. She's an actress. So hyung boleh tak berhenti bertanya kerana saya tengah menonton ! Ini limited edition!" Dengan tegas, Tao menunjukkan skrin LCD tv di hadapan mereka.

 

"Alright!"

 

"Zi.."

 

"Okay what? Nak tanya apa maksud galaksi ? Its galaxy!" Tao melepaskan geramnya yang bersarang kerana tumpuannya sudah terganggu.

 

"Um nope! How you're gonna say 'how sweet of you?' " Kris menunjukkan skrin Iphone 6 nya.

 

Tao mengagak bahawa Kris sedang berbual di media sosial dan tersenyum sinis.

 

"Hyung mengorat perempuan melayu lagi? Gosh!" Tao meraup mukanya beberapa kali.

 

"Why? Is it wrong?"

 

"Hyung , bahasa melayu sepatah haram pun hyung tak faham . Ni nak mengorat perempuan melayu? Oh ketua kampung tolong penjarakan hyung saya!"

 

"What is harrem?"

 

"Hyung!" Tao membulatkan matanya seperti tidak percaya dengan Kris.

 

"Harrem is me?"

 

"Fine! Hyung taip macam ni! 'Oh manisnya awak! Manis awak seperti gula di tengah padang pasir di mana tiada sesiapa perlukan awak, si lembap!"

 

"Great! I love it! He-

 

"Oh my god siri animasi tu dah pun habis!!! Hyung!!" Tao terbangun dari tempat duduknya serta merta.

 

"Zi-

 

"itu edisi terhad! Tahun depan pulak saya kena tengok!"

 

"O-

 

"Saya benci hyung! Saya tak nak kawan dengan hyung!" Sambil menangis teresak-esak seperti burung merak , dia mengelap air mata dan berlalu pergi dari ruang tamu.

 

Kris yang terdiam memandang Tao hanya tersenyum memikirkan Tao yang terharu apabila dia cuba mencari teman wanita.

 

"You're welcome ,Zi!"

 

Dan pada malam itu, Tao muncul di dapur untuk makan malam dengan mata yang sembap.

 

Setelah membuat keputusan dan perjanjian tanpa bertanya jiran sebelah ataupun datuk bandar, adik beradik Kris telah pun bersetuju untuk membiarkan Kris berdikari dengan bahasa inggerisnya.

 

"Macam mana kalau orang ingat dia pengemis lepastu sepak muka dia yang hodoh?"

 

Itu antara pertanyaan Kai yang tak dapat dijawab oleh mereka semua.

 

Mereka bersepakat untuk membiarkan Kris pergi membeli bahan masak keseorangan pada keesokan harinya.

 

Dan pada hari ini, iaitu Sabtu , Suho telah pun menjerit di telinganya supaya dia bangun awal daripada tidur.

Bila ditanya sebabnya, Suho hanya menjawab ;

 

"Beli bahan masak.."

 

Nasib Kris hanya lupa untuk berbahasa melayu tetapi faham apa yang dikatakan oleh adik beradiknya.

 

Dengan rambut berserabut, mata sedikit bengkak dan mulut merah jambu, dia bertanya ;

 

"W-wh-why me?? "

 

"Just.Go." Tegas arahan yang diberi Suho dan padat dan hebat melekap di dada Kris.

 

Dengan laju, dia bingkas bangun dari katil besarnya dan mencapai tuala untuk mandi.

 

Lengkap berkemeja putih menyingsing lengan, seluar jeans hitam dan kaca mata hitam menyerlahkan gayanya yang hebat tepat, padat, gemilang ,cemerlang dan terbilang.

 

Segera menyambut kunci kereta yang dilemparkan Xiumin, dia mula membaca senarai bahan yang patut dibelinya.

 

"Err,, i cant read this. Who wants to go with me?" Kris menyoal kesemua adik beradik mereka dan kesemuanya hanya berdiam diri dann menggeleng. Menunjukkan masing-masing sibuk dengan kerja masing masing.

 

Xiumin dengan buku masakan dia. Walaupun kenyataannya, Kris tidak pernah melihat dia memasak selain makan.

 

Suho dengan menjadi pembersih rumah pada hari ini walaupun Sehun dan Luhan sedang membuat sampah setiap kali dia membersihkannya.

 

Kai dan Kyungsoo yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran walaupun mereka berbeza umur dan tidak sekolah bersama.

 

Chanyeol yang menjadi penyibuk dalam mengacau dan mengejek Chen seperti itik sumpahan dan unta. Chen pulak sibuk membalas ejekan Chanyeol yang capang itu.

 

Baekhyun yang hanya menonton drama dan mula mengalirkan air mata bersama Lay yang tertidur walaupun drama itu baru bermula.

 

Dan Tao yang menjelingnya kerana masih bersedih akibat siri animasi terhad yang tidak diketahui penamatnya.

 

Malangnya, dia hampir dapat menghasut Sehun untuk mengikutnya ke pasaraya tetapi tidaklah Kris tahu bahawa Sehun terlebih bijak apabila mencecah umur 4 tahun.

 

"Hyung ,kalau penculik tangkap Sehun, hyung hanya mampu menjerit OMG" Selepas itu, kaki pendek Sehun membawa tuannya beredar sambil mulutnya sibuk memanggil nama Luhan.

 

Kris tersenyum . Bangga dengan adik bongsunya yang kini sudah pandai membezakan  yang mana baik dan buruk.

 

Jadi, dia membuat keputusan untuk pergi ke pasaraya sendirian selepas mereka semua menolak segala rayuan dan amarannya. Tanpa teman. Tanpa penterjemah. Tanpa bahasa melayu.

 

Dia melihat senarai yang perlu dibelinya sebelum tiba di pasaraya.

 

Pening. Sakit hati. Geram. Itu apa yang dia rasa kerana melihat senarai itu membuatnya sakit kepala. Apa maksud them-them ah apa apa ajelah!

 

Pandai pandai lah bertanya kepada orang. Dengan itu, dia menyarung kasutnya dan terus menghidupkan enjin kereta BMW edisi terhad.

 

Sempat lagi, dia memikirkan sesuatu yang bermain di mindanya.

 

"What that pasar-rayya? Harr-rri rayya?"

 

Selama sejam Kris memandu, satu pasaraya pun tidak dijumpainya. Patutnya Kuala Lumpur yang bandar Metropolitan ini ada banyak pasaraya di setiap jalan.

 

Ini tidak! Satu kedai 'pasarrayya' pun tidak dia jumpa. Sudah satu jam setengah dan dia memutuskan untuk bertanya kepada penduduk di sekeliling.

 

Kris keluar dari keretanya dan menghampiri seorang makcik yang sedang duduk berehat seperti diva di atas kerusi taman.

 

"Err,hello auntie?" Kris membuka kaca mata hitamnya dan memandang makcik diva itu.

 

"What? Kau anti aku! Hey mat saleh! Kau siapa ?" Makcik berlagak diva itu terus bangun dari tempat duduknya dan mengepal penumbuk.

 

Kris mula resah dan ketakutan. Badannya menggigil dan kepalanya menggeleng.

 

"Eh no no! Err ha! Mekchik! Hello mekchik!" Kris mula teringat akan panggilan makcik dalam bahasa melayu. Oh my macam mana kalau makcik ni tumbuk muka dia tadi? Tak pasal-pasal balik rumah dengan mata bengkak sebelah nanti.

 

Hati Kris berdegup kencang.

 

Makcik berlagak diva itu meleraikan tumbukannya. Dia tersenyum dan memandang Kris dengan tersipu malu.

 

"I'm shori! I dont mad you!"

 

Telinga kris cuba untuk menarik masuk segala ayat yang dikatakan oleh makcik itu tetapi gegendang telinganya menyebabkan ayat itu terlerai dan Kris cuba memahami percakapan rojak makcik ini.

 

"Aa dont say sorry. i just want 'thenye' where is superrayaa? i mean 'peserrayya? Pasaraayaa?" Kris menunjukkan senarai bahan-bahan yang perlu dibelinya.

 

Makcik berlagak diva yang mengenakan kaca mata itu melihat senarai tersebut. Kemudian dia memetik jari ibarat munculnya sebiji mentol di tepi kepalanya.

 

"ah! Pasaraya! Giant! Over there!" Makcik itu dengan semangat perwira dan kenegeraan terus menunjuk arah di mana pasaraya Giant berada.

 

Kris tercengang. "Ah? what? a giant paserrayya? So big!!" Kris tidak tahu bahawa pasaraya gergasi mampu diwujudkan di Malaysia dan makcik berlagak diva itu tersengih sambil menunjukkan gigi taring emasnya.

 

"Just go there! Dont belok belok! Dont uturn! Dont walk but run!"

 

Sebagai mat saleh yang tidak tahu erti bahasa melayu, dia menurut kata makcik diva itu.

 

Just go there.

Dont belok belok.

Dont U-turn.

Dont walk but run.

 

Akhirnya selepas meninggalkan kereta di tempat letak kereta, dia tiba di hadapan pasaraya Giant.Dia mendepakan tangan tanda meraikan kemenangan sambil ketawa sorang sorang.

 

"AKHU BERJEYYAY!" (Berjaya) Laung Kris sekuat hati kuman yang boleh.

 

"Mak, orang putih tu gila ke?"

 

"Rasanya. Jangan tengok dia!"

 

Kris mengambil troli yang disediakan dan masuk ke pasaraya Giant tersebut. Dia memandang sekeliling dan mencari apa yang disenaraikan abangnya di rumah. Mulutnya terkumat-kamit cuba membaca jampi serapah tersebut tetapi langsung tidak faham apa yang dibaca.

 

"Them-them-t-thembikay. What is thembikay?"

 

Kris memandang kosong senarai tersebut. Di mana encik Google bila diperlukan?! Baik, bagus! Bateri Iphonenya sudah habis! Cool! Macam mana dia nak cari barang yang perlu dicari ni?

 

Selama 10 minit, pengunjung yang lalu lalang melihat Kris yang hanya berdiri di hadapan pintu masuk sambil melutut memegang secebis kertas. Dengan tayar troli yang sedikit berkarat lagi menyedihkan hati para pengunjung lalu lalang. Amat menyedihkan lagi apabila seorang budak memberinya aiskrim yang cair sebagai pengubat duka hati.

 

Kris meraup mukanya beberapa kali sebelum memandang setiap bucu bangunan itu. Ya, dia perlu tanya orang ! Ya, dia perlu bertanya dengan menggunakan bahasa rojaknya.

 

Dalam sesaat, dia berjaya menghampiri seorang pakcik yang sedang menunggu anaknya mungkin di hadapan kedai emas.

 

"Pekchik, bo-leh ban-tu sa-yya?" Kris bertanya dengan perlahan lahan sambil tersenyum.

 

"Boleh.Bantu apa?" Pakcik itu jauh di hati kelelakiannya berasa simpati dan tersentuh dengan mamat saleh yang gagap cuba untuk bercakap. Sedih kerana memikirkan mat saleh ini tiada sesiapa di Malaysia. Tanpa sedar, pakcik itu menjatuhkan sebutir air mutiaranya.

 

"What is 'them-thembikay?" Kris sedar bahawa pakcik ini sedang menahan air mata. Dia menjongketkan keningnya.

 

"Thembikay? Dekat tingkat atas ,ada lah rasanya. " Pakcik ini kemudiannya membawa keluar beberapa keping not rm1 dari poket dan meletakkannya ke atas tangan Kris.

 

"Athas? at-has? Up? Eh, ?" Kris tercengang apabila pakcik itu memberinya beberapa keping duit.

 

Sambil mengelap air mata yang bakal jatuh, pakcik itu menepuk kuat bahu Kris sambil tersenyum dan berkata " Tabah ye nak. Jangan putus asa."

 

Kris yang tercengang tidak pulak memberi semula duit yang diperolehnya dan terus menaiki tingkat atas di mana "them-bikay " berada.

 

Pakcik itu melambai dari belakang. Kemudian seorang wanita dan seorang remaja lelaki menghampiri pakcik tersebut.

 

"Siapa tu bapak?"

 

"Penjual tembikar. Kesian dia. Tak ada duit , gagap pula tu"

 

Selesai 55 saat di atas esculator , Kris menolak trolinya dan ternampak papan tanda besar "KEDAI TEMBIKAR" di hadapan mata sepetnya. Tanpa menunggu atau membuang masa yang akan disia-siakan ,laju Kris berjalan menuju ke kedai besar tersebut.

 

Dia berhenti dan terdiam.

 

"Them-bikay? " Tak kan lah adik beradik aku suruh beli tanah liat beku ni pulak. Ha pening kepala hotak aku.

 

Semua tembikar di situ berbentuk bulat, keras dan mempunyai pelbagai corak yang menyebabkan dia tertanya-tanya adakah ini yang perlu dibelinya?

 

Peniaga tersebut perasan muka Kris yang rasa bersalah dan keliru lalu dia menghampiri Kris. Nampak gaya macam mat saleh ,baik speaking.

 

"Yes sir, how can i help you?" tanya dengan lancarnya peniaga itu kerana itulah ayat yang selalu dihafalnya untuk bercakap dengan mat saleh."

 

Kris tersengih sambil mengusap belakang lehernya. "Err, do you have er them-bikay?"

 

Peniaga tersebut mematikan senyumannya. "Ha?"

 

"Them-bikay?"

 

"Tembikai?"

 

"Them-bikay?"

 

"A food?"

 

"I don't know"

 

Pekerja kedai itu terdiam dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.Mungkin ada kutu sedikit. Macam mana dia tak garu kepala, mat saleh tinggi lampai ni pun tak tahu apa yang perlu dibelinya.

 

"Er,do you have any list, sir?" Mati akal, pekerja itu cuba bertanya jika Kris mempunyai sebarang senarai bahan untuk dibelinya.

 

Kris mengangguk segera dan terus mengeluarkan secebis kertas yang hampir lunyai dilenyek siput babi.

 

Pekerja itu menyambut huluran Kris dan matanya terus menatap senarai tersebut.  Sesaat, dia tersengih dan menghelakan nafas.

 

"encik kena beli tembikai. Bukan tembikar." katanya seraya memberi kembali senarai bahan tersebut.

 

Kris mengangkat keningnya dan terdiam. "Ah?"

 

"err water-wa-watermelon?" Sedikit gagap dan lembap , itu ayat yang sesuai yang kita boleh kategorikan pekedai perempuan ini.

 

Kris kemudian mengangguk laju dan menunjukkan reaksi gembira seperti 'AKU DAH DAPAT KELUAR DARI GUA DAN KAU BELUM BODOH!' untuk beberapa saat. Pekerja perempuan tersebut terus masuk ke kedainya untuk menyambung kerjanya semula kerana melihat reaksi Kris yang seperti mahu merogolnya.

 

Kris beredar apabila pekerja tersebut tidak kelihatan. Terlupa ingin mengucapkan terima kasih, dia hanya menjerit

 

"Sama sama!"

 

Adakalanya Kris mengalami alzhemier.

 

Selepas bergelut mendapatkan sebiji tembikai di bahagian bawah pasaraya ,dia membawa keluar semula senarai bahan yang perlu dibelinya.

 

Sehun memesan 'Tuala Wangi' atau nama gelaran manjanya 'Napkin' yang selalu dibawanya kemana mana tidak kira tidur , makan atau menonton tv.

 

Ibarat oksigen , tuala wangi itu selalu dihidu dicium dan digomol oleh Sehun.

 

Tiada sesiapa berani sentuh kain napkin tersebut selain Luhan.

 

Kris bergerak ke bahagian sabun dan shampoo di mana bahagian kanak kanak berada.

 

Memikirkan bahawa pekerja wanita mesti arif tentang dimana napkin  berada ,Kris menghampiri seorang pekerja baru yang bersemangat bekerja.

 

"Err do you have-Tuala Wa....err"

 

Kris tergagap gagap ibarat burung belatuk tiada paruh apabila terlupa nama sebenar Tuala Wangi.

 

Pekerja perempuan tersebut terus tersenyum.

 

"Ah dont worry!  I can help you!" 

 

Seusai berkata kata , pekerja tersebut meletakkan sebungkus plastik tuala wanita ke dalam troli Kris.

 

"Sir mesti shy shy cat kan nak beli?"

 

Kris ternganga .

 

Selepas mendapatkan tuala wangi yang disangkanya betul tadi , dia menyemak senarai dan mendapat tahu bahawa 2kg ayam perlu di belinya.

 

"Ayyam? Oww chicken!" Terima kasih kepada Kai, berkat lukisannya yang menggambarkan ayam di atas senarai itu telah membantu Kris melaksanakan tugasnya.

 

Matanya ternampak kaunter bahagian ayam dan terus dia menolak trolinya merempuh segala benda dan manusia yang ada di hadapannya.

 

"Woi! Nak main troli, main lah kat sana!"

 

"Nenek saya jatuh sebab awak!"

 

"Mana troli aku?!"

 

Tidak menghiraukan kacau bilau yang telah dia lakukan ,dia akhirnya tiba di bahagian ayam tersebut. Sebelum sempat dia menarik nafas,

 

"Ye encik, nak apa? "

 

pekerja tersebut telah bertanya.

 

"Shaya nek ayyam!"

 

"Ow ayang. Nok berapa?"

 

"Ha? I want ayyam not ayhangggg~~~" Mendatar kris jawab apabila terdengar percakapan loghat pakcik ini.

 

Pakcik berbahasa Terengganu terdiam sebentar dan kemudian menurut arahan dari Kris bahawa dia inginkan 2 Kg ayam . Dan bukannya ayhangggg~.

 

Usai mendapat tembikai dan ayam setelah berusaha penuh , Kris mendapati Lay memesan Kuaci.

 

Mengerutkan muka, menjuihkan bibir, termenung seketika apakah sebenarnya Sang Kuaci ini. Terfikiran Lay, adalah idea yang bijak lagi mengalahkan einstein apabila Kris membuat keputusan untuk menelefon Lay.

 

Kris menekan punat dan menunggu panggilan dijawab Lay.

 

"Harap maaf , nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan"

 

Kris merengus . " Lay , hyung tahu itu suara awak. Sekarang ni tell me what is KHUACHI "

 

"........"

 

"Lay! Dengar tak hyung panggil?"

 

"......."

 

"Lay ! Hello?"

 

"Maaf encik silap nombor. Nama saya Yixing"

 

"Tut..tut...tut..."

 

Barulah Kris sedar idea menelefon Lay adalah idea paling bodoh di dalam dunia.

 

"KHUACHI? " 

 

Kris tertanya sendirian dan membuat keputusan untuk pergi bertanya di kaunter .

 

"Err do you have KHUACHI?"

 

" Oh Peanuts?"

 

Kris mengangguk dan kemudian terus berlari sambil mengangkat troli menuju ke bahagian makanan ringan.

 

Tak pernah kenal kuaci. Tak pernah makan kuaci. Tak pernah sentuh kuaci. jadi apakah yang Lay fikir untuk suruh Kris membeli kuaci?!

 

Kris melihat semua jenis kacang tetapi tidak ada jodoh untuk berjumpa dengan Sang Kuaci.

 

Kris ternampak pekerja di bahagian tersebut yang sedang menyusun kacang iaitu Kuaci. Kuaci. Kuaci. Kuaci.

 

"Hello enchikr, can i get some peanuts?"

 

Pekerja bangladesh itu terkebil kebil.

 

" ah incik penat? Minuman di  belakang"

 

"No no no not penat but pea-nuts"

 

Pekerja bangladesh itu menggaru kepalanya.

 

"No bukan pea-nuts  but penat"

 

Disebabkan hanya tidak berjumpa sebungkus kuaci yang dipesan Lay, Kris terperangkap di dalam pasaraya dengan bahasa rojaknya.

 

"Err peanuts? Hello anyone?"

 

" Apha ithu KUACHI? "

 

"Do you know KHUACHEY?"

 

Dan bahasa rojaknya semakin parah.

 

" Er sorry sir, kami nak tutup pasaraya dah"

 

Datang seorang pekerja memberitahu Kris bahawa pasaraya akan ditutup sebentar nanti.

 

Kris ditinggalkan tergamam sebelum ternampak sebungkus kacang berplastik merah dan coklat bernama 'KUACI' di hadapannya.

 

 


 

" Suho hyung, kalau Kris hyung tak balik lagi, maknanya kita tak makan malam lah kan?"

 

Suho meninggalkan pertanyaan Luhan sendirian dan bergegas mendail nombor Kris semula.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
terlupa bawak laptop balik kg dan akhirnya guna henset asdfghjkl

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 2: meremang bulu roma duk membayangkan kris mcm tu.. xD
Piqachuu #2
Chapter 2: Kris Kris*geleng kepala
Bilalaa nk taubat.
mpreggoland
#3
Chapter 2: hahaha gila ah Kris tu XD
dah la pelat, ada hati nak ngorat aweks2 msia hahahahahaha
baehwililly
#4
Chapter 1: Ah sudah ! apa yang dah jadi kat kris .. hahhha tinggallah kau sorang kt situ ..hihuhu parah jugak kalau dah tk reti bahasa melayu ni ..hahhhaah XD best story dari tadi gelak mcm orng gila nasib tk gila ni hah XD
misz_dina #5
Chapter 1: Kesian kris...agk2 la kn,berapa lame dia ddk luar negara smlai jd rojak camtu bhase nye.ish3 :3
Galaxyboo_
#6
Awak ada crita lwk yg lain x?? Sya bgi awk 5 bintang!!
happineseu
#7
Chapter 1: Bpe taon kris ddk luar negara xD
MizzYukiko
#8
Chapter 1: Istg this is so funny xD Best!