Tiga

Tolong Cintai Dia

Deringan telefon bimbit mengejutkan Jong Dae dari lenanya. Sudah pukul 12 malam siapa yang telefon pada waktu begini? Hatinya berbisik sendiri. Namun panggilan tersebut lantas dijawab tanpa dilihat dahulu pemanggilnya.

            “Jong Dae.”

            Mata lelaki itu yang tadinya kuyu terus terbuka luas apabila suara Eun Hee menyapa halwa telinganya.

            “Eun Hee? Kenapa ni?” Jong Dae terus duduk di katil.

            Tiada jawapan daripada Eun Hee yang kedengaran hanyalah esakan halus gadis itu.

            “Eun Hee. Beritahu aku kau kat mana sekarang ni?” soal Jong Dae yang panik apabila mendengar tangisan Eun Hee. Pasti gadis itu dalam masalah.

            “Kat Hangang Park,” balas Eun Hee dalam sisa tangisannya.

            “Okey, kau tunggu kat situ nanti aku datang. Jangan pergi mana-mana. Jangan matikan panggilan ni.”

            Jong Dae terus bangun dari katil dan menukar pakaian yang lebih tebal sebelum keluar dari rumah. Dia berlari meredah kesejukan malam menuju ke Hangang Park. Sebelah tangannya masih lagi melekapkan telefon bimbit di telinga. Dia ingin pastikan Eun Hee dalam keadaan selamat sebelum dia mendapatkan gadis itu.

            Sampai di Hangang Park, matanya meliar mencari kelibat Eun Hee sehinggalah pandangan matanya jatuh ke arah satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Dia berlari-lari anak mendekati Eun Hee.

            “Eun Hee.” Panggil Jong Dae. Nafasnya tercungap-cungap gara-gara berlari tanpa henti. Tetapi dia tak kisah. Semuanya demi Eun Hee.

            Eun Hee mendongak memandang Jong Dae yang berdiri di hadapannya. Hatinya dipagut rasa terharu kerana Jong Dae masih lagi sanggup mencarinya pada tengah malam begini meskipun hubungan mereka tidak begitu baik sekarang.

            “Kenapa ni? Asal kau menangis? Siapa yang buat kau jadi macam ni?” soal Jong Dae khuatir. Dia melutut di hadapan Eun Hee.

            “Jun Myeon.”

            Sepotong nama itu saja sudah cukup untuk membuat darah Jong Dae menggelegak.

            “Apa yang dia dah buat kat kau?”

            Jong Dae menarik Eun Hee ke dalam dakapannya. Membiarkan gadis itu menghamburkan perasaannya.

            “Dia curang dengan aku,” luah Eun Hee dalam tangisannya.

            Dalam diam Jong Dae menggenggam penumbuk tetapi dia tak berkata apa-apa.

            “Sebenarnya dah banyak kali aku nampak dia dengan perempuan lain tapi aku diamkan aje. Sampailah tadi aku nampak dia peluk seorang perempuan betul-betul depan mata aku. Dia tahu aku kat situ tapi dia buat tak tahu aje. Dia anngap aku ni macam langsung tak wujud,” ujar gadis itu dalam tangisan yang masih bersisa.

            Kali ini Jun Myeon betul-betul dah melampau. Begitu mudah sekali dia hancurkan perasaan Eun Hee?

            “Dahlah jangan nangis. Jom aku hantar kau balik.” Jong Dae meleraikan pelukan lalu berdiri.

            Dia memegang tangan Eun Hee dan membantu gadis itu berdiri. “Jangan risau semuanya akan okey,” ujar Jong Dae sambil tersenyum. Dia akan buat apa saja untuk pastikan Eun Hee tak terluka lagi.

            Menunggu waktu rehat terasa begitu lama bagi Jongdae. Dia tak dapat fokus selagi dia tak berjumpa dengan Junmyeon dan selesaikan semuanya. Dia tak tenang selagi Eun Hee terus bersedih.

            Sebaik saja loceng berdering Jongdae bergegas keluar dari kelas dan mencari Junmyeon. Daripada kelas, kemudian tandas, hinggalah ke kawasan padang bayang Junmyeon langsung tidak kelihatan. Jongdae kemudiannya mencari di kawasan belakang sekolah. Berharap yang dia boleh berjumpa dengan Junmyeon di situ.

            Kali ini telahan Jongdae tepat apabila dia melihat Junmyeon sedang melepak di situ dengan rakan-rakannya. Tanpa berfikir panjang dia mendekati Junmyeon. Direntapnya kolar baju pelajar lelaki itu lalu ditolak ke dinding.

            Junmyeon tersentak dengan serangan daripada Jongdae.

            “Kau ni siapa? Yang kau tiba-tiba serang aku ni kenapa?”

            Rakan-rakan Junmyeon ingin membantu tetapi membatalkan niat mereka apabila Jongdae memberi amaran keras kepada mereka.

            “Korang semua jangan masuk campur. Ini urusan aku dengan dia. Kalau korang masuk campur dengan kepala korang aku hentak!” ugut Jongdae. Jelingan tajam Jongdae membuatkan mereka semua berundur beberapa tapak.

            Jongdae kembali fokus kepada Junmyeon. Kolar baju lelaki itu masih belum dilepaskan.

            “Apa kau buat dengan Eun Hee?” soal Jongdae. Nada suaranya perlahan tapi penuh ketegasan cukup untuk membuatkan Junmyeon kecut perut.

            “Aku mana ada buat apa-apa,” balas Junmyeon sedikit gugup.

            Tetapi jawapan itu hanya membuatkan api kemarahan Jongdae semakin marak. Dia melepaskan kolar baju Junmyeon lalu satu tumbukan dihadiahkan tepat di bahagian pipi.

            Satu tumbukan itu sahaja berjaya membuat Junmyeon tersungkur di atas tanah.

            “Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau cuba mainkan perasaan dia. Mungkin kau boleh buat macam tu dekat perempuan lain tapi bukan dekat Eun Hee. Aku takkan benarkan kau mainkan perasaan dia,” ujar Jongdae keras.

            Junmyeon berdiri. Dia menyentuh hujung bibir yang berdarah gara-gara tumbukan Jongdae tadi.

            “Kau siapa nak ugut-ugut aku? Suka hati akulah nak buat apa pun kat Eun Hee yang kau sibuk kenapa?” ujar Junmyeon.

            Satu lagi tumbukan melayang terkena perut Junmyeon. Lelaki itu membongkok menahan sakit.

            “Sebab aku kawan dia. Aku sayangkan dia. Tak, aku cintakan dia. Kau tahu tak betapa lama aku simpa perasaan ni tapi dia tak sikit pun tak pandang aku. Dia cuma nampak kau sedangkan aku tak tahu apa istimewanya kau?”

            “Boleh tak kau hargai perasaan dia? Kau jangan ingat kau boleh mainkan perasaan semua perempuan. Eun Hee tu istimewa. Terlalu istimewa dan kau tak akan jumpa pada perempuan lain. Tolonglah. Aku merayu.” Nada suara Jongdae mula mengendur.

            Junmyeon terdiam. Kata-kata Jongdae itu sedikit sebanyak terkesan ke dalam hatinya.

            Tanpa disangka Jongdae melutut di hadapan Junmyeon.   

            “Sekali lagi aku merayu pada kau. Cintakan Eun Hee lebih daripada aku cintakan dia. Kau bertuah sangat sebab kau berjaya dapat hati dia. Daripada aku ni, dia tak pernah tahu pun perasaan aku. Dia cuma anggap aku macam kawan. Tak lebih daripada tu. Tolonglah jangan buat dia menangis lagi,” pinta Jongdae.

            “Tolong cintai dia.”

 

TAMAT

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 3: HUAAAAAAAAAAAAA. AUTHOR NAK SEQUEL
GreenDecember #2
Chapter 3: Naper ending dia cam tu....huhuhuk....
XiFanXing #3
Chapter 3: kyakkk!! best giler baca ff ni sambil dengar lagu "please love her" nyanyi chen ~~~ ><