Dua

Tolong Cintai Dia

Pagi itu Eun Hee pergi ke rumah Jong Dae seperti biasa. Tetapi sebaik saja dia sampai, Puan Kim memberitahu bahawa Jong Dae sudah lama pergi sekolah. Eun Hee tergamam. Sepanjang mereka berkawan, tak pernah sekalipun Jong Dae pergi sekolah seorang diri tanpa dia. Apa yang buat Eun Hee keliru dan bingung ialah Jong Dae langsung tidak beritahu apa-apa kepadanya.

 

“Ya! Kim Jong Dae! Sampai hati kau pergi sekolah tak tunggu aku?” ujar Eun Hee dengan nada merajuk.

Jong Dae terkejut apabila disergah begitu. “Mian..” ujar Jong Dae tanpa memandang wajah Eun Hee.

Eun Hee duduk di sebelah sahabatnya sambil merenung wajah lelaki itu. “Kenapa dengan kau ni? Kau sakit ke?”

Jong Dae menggeleng. Eun Hee serba salah jadinya. Tak pernah-pernah Jong Dae diam macam ni. Biasanya mulut mamat nilah yang paling kecoh sekali dalam kelas. Ada saja benda yang dia ingin bawa bergurau. Sehari tak mengusik orang memang tak sah.

“Aku pergi tandas kejap.” Jong Dae terus bangun dan keluar dari kelas meninggalkan Eun Hee terpinga-pinga.

Jauh di sudut hati, Jong Dae berasa sangat bersalah kerana buat Eun Hee seperti itu. Tapi dia tak boleh melayan Eun Hee seperti biasa bila dia sedar perasaan sebenar dia terhadap Eun Hee. Dia tak pernah sangka yang selama ini dia menyimpan perasaan terhadap Eun Hee lebih daripada seorang kawan.

Tapi dia tak pasti sama ada apa yang dia buat sekarang membantu dia untuk melupakan perasaan terhadap Eun Hee. Atau adakah dia patut meluahkan perasaannya terhadap gadis itu? Bagaimana kalau Eun Hee menolak perasaannya dan persahabatan antara mereka terputus di tengah jalan? Dia tak mahu itu terjadi dan dia juga tak sanggup pendam perasaan ini lama-lama. Sungguh dia buntu sekarang.

 

“Kenapalah kau mesti buat macam tu? Kesianlah kat Eun Hee. Aku rasa baik kau luahkan perasaan kau kat dia. Sekurang-kurangnya kuranglah beban dalam diri kau. Pasal dia terima atau tidak yang itu kau tolak tepi,” cadang Baek Hyun.

“Tapi macam mana kalau dia tolak perasaan aku lepas tu dia mengelak daripada aku?” Jong Dae meluahkan kerisauannya.

“Janganlah fikir negatif. Kau tak cuba pun lagi luahkan perasaan kat dia kau dah fikir bukan-bukan.” Baek Hyun menepuk lembut bahu Jong Dae cuba memberi semangat kepada sahabatnya yang seorang itu.

Jong Dae merengus kasar. Kenapalah aku mesti jatuh hati kat dia?

 

Malam itu, Jong Dae tekad untuk telefon Eun Hee. Apa nak jadi, jadilah yang penting Eun Hee tahu apa yang dia rasa. Dia menanti Eun Hee menjawab panggilan telefon dengan penuh berdebar.

“Kim Jong Dae!” teriak Eun Hee dihujung talian sebelum Jong Dae sempat berkata apa-apa.

“Kenapa kau ni?” soal Jong Dae. Dia sedikit tersentak apabila panggilannya disahut dengan begitu ceria oleh Eun Hee. Mesti ada sesuatu yang gadis itu ingin sampaikan kepadanya.

“Jun Myeon oppa ajak aku dating,” ujar Eun Hee dengan penuh teruja.

“Apa dia?” Jong Dae berharap sangat yang dia tak salah dengar.

“Jun Myeon oppa ajak aku dating,” ulang Eun Hee.

Hancur berkecai hati Jong Dae saat mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut Eun Hee. Untuk seketika, dia kelu untuk berkata-kata. Mindanya seolah-olah sedang cuba memproses realiti yang sedang berlaku sekarang.

“Bila? Kenapa kau tak beritahu aku pun?” soal Jong Dae cuba berlagak tenang. Meskipun hatinya sedah galau ketika ini. “Pagi tadi. Aku nak bagi tahu kau tapi sepanjang hari kau diam aje. Aku pun malaslah nak cerita kat kau. Kau tahu tak, rupa-rupanya selama ni pun dia ada perasaan kat aku. Tapi dia tak berani nak cakap. Kalaulah aku tahu yang dia pun sukakan aku, dah lama aku jumpa dia beritahu perasaan aku kat dia.”

Jong Dae sekuat mungkin cuba menahan rasa saat Eun Hee bercerita. Dia terlewat. Dia kalah. Dia dapat rasakan sekarang dia sudah mula kehilangan Eun Hee.

“Kenapa kau telefon aku ni?” soal Eun Hee.

Jong Dae menggenggam erat telefon bimbit di tangannya. “Errrr... sebenarnya aku ada benda nak beritahu kau tapi aku dah lupa. Tak pelah nanti kalau aku dah ingat aku cakap kat kau. Bila kau nak keluar dengan dia?” Jong Dae bertanya untuk menunjukkan yang dia seolah-olah ambil berat walaupun hakikatnya tidak.

“Entah. Mungkin esok atau lusa. Kau ada nak cakap apa-apa lagi ke? Aku nak tidur dulu. Annyeong.” Eun Hee terus mematikan panggilan tanpa sempat Jong Dae berkata apa-apa.

Jong Dae mengeluh. Mulai sekarang dia perlu bersedia untuk kehilangan Eun Hee sebagai sahabat baiknya.

 

Pagi-pagi lagi Jong Dae sudah bangun dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Tetapi sebelum itu dia singgah di rumah Eun Hee. Dia pasti Eun Hee akan terkejut melihat kehadirannya. Untuk pertama kalinya, selepas 10 tahun mereka berkawan Jong Dae menunggu Eun Hee untuk pergi ke sekolah bersama-sama.

            Tetapi apa yang tidak diduga oleh Jong Dae ialah Eun Hee sudah pun berangkat ke sekolah. Namun itu bukan satu masalah bagi Jong Dae. Apa yang dia tidak boleh terima ialah Eun Hee pergi bersama-sama Jun Myeon.

            Jong Dae tersenyum pahit sebelum memberi tunduk hormat kepada puan Im. Mestilah dia akan pergi sekolah dengan Jun Myeon. Apa yang kau harapakan sebenarnya Jong Dae?

            Jong Dae cuba berlagak tenang tetapi dia gagal kerana sebaik saja dia sampai di sekolah dia disambut dengan kehadiran Eun Hee yang begitu mesra sekali dengan Jun Myeon. Pandangan matanya jatuh ke arah tangan Eun Hee dan Jun Myeon yang saling bertaut. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

            Untuk seketika, dia hanya memerhati kemesraan antara mereka berdua yang langsung tidak perasaan akan kewujudannya yang tidak jauh dari situ.

 

“Jong Dae-ah, annyeong!” sapa Eun Hee dengan riang sebaik saja bertembung dengan Jonf Dae.

            Namun apa yang tak dijangka oleh Eun Hee berlaku. Tanpa membalas sapaan daripada Eun Hee, Jong Dae terus berjalan melepasi gadis itu. Seolah-olah Eun Hee langsung tidak wujud pada pandangan matanya.

            Eun Hee tergamam. Dia memandang Jong Dae yang berjalan melewatinya. Jong Dae...

           

Eun Hee masuk ke dalam kelas dan duduk di sebelah sahabat baiknya. Dia berharap yang Jong Dae akan menegurnya seperti biasa tetapi tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut Jong Dae.

            Satu keluhan keluar dari mulut Eun Hee. Kalau Jong Dae tidak mahu bercakap dengannya, biar dia saja yang bercakap dengan lelaki itu.

            “Jong Dae.”

            “Hmm...” balas Jong Dae tanpa memandang wajah Eun Hee walaupun sekilas.

            Eun Hee sedikit terkilan apabila Jong Dae melayannya seperti itu.

            “Aku ada buat salah kat kau ke?” soal Eun Hee perlahan.

            “Tak ada.” balas lelaki itu sepatah.

            “Habis tu, kenapa kau mengelak daripada aku? Dah seminggu kau tak bercakap dengan aku,” ujar Eun Hee.

            “Tak ada apa-apa.”

            “Kalau tak ada apa-apa kenapa kau buat aku macam ni? Aku ni kawan kau ke?” soal Eun Hee. Air matanya mula bergenang memikirkan layanan Jong Dae yang dingin terhadapnya.

            “Sepatutnya aku yang tanya soalan tu kat kau. Aku ni kawan kau ke?” balas Jong Dae. Kali ini dia memandang tepat ke mata Eun Hee.

            “Apa maksud kau?” soal Eun Hee bingung. Dia tak faham mengapa Jong Dae mesti bertanya soalan seperti itu. Mestilah Jong Dae kawannya. Dia tak ada orang lain yang boleh dianggap sebagai sahabat selain daripada Jong Dae.

            “Tak ada apa-apalah.” Jong Dae terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

            “Tipu! Cubalah beritahu aku apa salah aku. sekurang-kurangnya aku boleh betulkan. Janganlah layan aku macam ni,” ujar Eun Hee sedikit tinggi sehingga menarik perhatian rakan sekelas mereka yang lain.

            “Kalau aku cakap pun kau bukannya faham pun,” balas Jong Dae sebelum bangun dari tempatnya dari keluar dari kelas. Meninggalkan Eun Hee yang terkaku di tempatnya.

           

Jong Dae baring di atas katil sambil memandang siling yang kosong. Memikirkan Eun Hee saja sudah buat kepalanya berserabut. Dia perasan riak wajah Eun Hee yang sedih dan mata gadis itu yang bergenang dengan air mata apabila bercakap dengannya tadi. Bukan niatnya untuk membuat sahabatnya itu sedih. Tapi bagi Jong Dae ini lebih baik.

            “Tipu! Cubalah beritahu aku apa salah aku. sekurang-kurangnya aku boleh betulkan. Janganlah layan aku macam ni,”

            “Kalau aku cakap pun kau bukannya faham pun,”

            “Kau takkan pernah faham apa yang aku rasa Eun Hee.”

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 3: HUAAAAAAAAAAAAA. AUTHOR NAK SEQUEL
GreenDecember #2
Chapter 3: Naper ending dia cam tu....huhuhuk....
XiFanXing #3
Chapter 3: kyakkk!! best giler baca ff ni sambil dengar lagu "please love her" nyanyi chen ~~~ ><