Satu

Tolong Cintai Dia

“Ya! Kim Jong Dae! Ppali wa! Kita dah lewat ni!” teriak Eun Hee dari luar.

Jong Dae menjenguk ke luar tingkap. “Kejap! Nanti aku turun!” balas Jong Dae dari tingkap bilik. Kelam-kabut dia memasukkan buku ke dalam beg sekolah. “Habislah aku kena bebel dengan mak nenek tu nanti,” dia berkata kepada dirinya sendiri.

“Jong Dae-ah, tak nak makan ke?” soal Puan Kim. Sebaik saja melihat anaknya kelam kabut turun ke ruang tamu dan menuju ke pintu.

Sambil menyarungkan kasut, Jong Dae membalas pertanyaan ibunya. “Aniyo omma, saya dah lewat ni. Pergi dulu.” Jong Dae terus keluar dari rumah dan mendekati sahabat baiknya, Im Eun Hee.

“Eun Hee-ah annyeong..” Jong Dae tersenyum sambil buat muka tak bersalahnya.

Eun Hee menjeling maut ke arah Jong Dae. “Jomlah. Kita dah lewat ni.” Eun Hee terus menarik tangan Jong Dae memandangkan mereka hanya ada masa 15 minit sahaja sebelum loceng berbunyi.

 

“Nasib baik sempat, kalau aku kena denda tadi aku salahkan kau?” ujar Eun Hee sambil duduk di tempatnya.

“Sorrylah, aku tak sengaja,” ujar Jong Dae.

Eun Hee tidak menghiraukan Jong Dae dia terus fokus ke hadapan kelas apabila guru kelas mereka masuk ke dalam kelas. Sementara itu Jong Dae tidak terfikir untuk terus memujuk Eun Hee kerana dia tahu marah Eun Hee tak lama. Tak sampai lima minit Eun Hee akan bercakap dengannya semula macam biasa.

“Ya! Jong Dae! Aku lapar. Jom pergi makan.” Eun Hee terus mendapatkan sahabatnya apabila loceng berbunyi menandakan sudah tiba waktu makan tengah hari.

Jong Dae tersenyum. Dia dah jangka yang Eun Hee akan tegur dia juga akhirnya. Sebabnya, Eun Hee tak ada seorang pun kawan perempuan. Jong Dae sendiri tak tahu kenapa Eun Hee tak selesa bergaul dengan rakan sekelasnya yang lain. Eun Hee hanya ada Jong Dae sebagai kawannya dan memang tak boleh bayangkan macam mana hidupnya kalau Jong Dae tiada suatu hari nanti.

“Kaja! Disebabkan aku buat kau lewat hari ni, aku belanja kau makan. Cakap aje kau nak makan apa nanti aku bayarkan.”

Eun Hee melompat keriangan “Jom, cepat. Aku lapar ni.” Mereka berdua berpegangan tangan menuju ke kantin.

 

“Kau ni macam lapar sangat dah aku tengok. Macam raksasa pun ada jugak,” ujar Eun Hee sambil melihat sahabatnya dengan pandangan yang tidak percaya, sebab cara Jong Dae makan macam orang sepuluh tahun tak jumpa makanan.

“Aghku.. apar... tadi ta shempat sharapan,” ujar Jong Dae dengan mulut yang penuh dengan makanan.

“Boleh tak kau habiskan dulu makanan dalam mulut dulu pastu baru bercakap. Aku sepatah haram pun tak dapat tangkap apa yang kau nak cakap,” marah Eun Hee.

Jong Dae mengunyah makanannya sehingga habis. “Aku lapar tadi mana sempat nak sarapan,” ujar Jong Dae sekali lagi.

“Kalau tahu tak sempat sarapan lain kali bangun awal. Kalau bangun lagi 15 minit sebelum loceng bunyi memang tak sempatlah nak sarapan,” bebel Eun Hee. Jong Dae hanya buat endah tak endah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sudah acap kali Eun Hee bebelkan benda yang sama dan dia dah hafal setiap bait patah perkataan yang Eun Hee akan katakan.

“OMG!”

Jong Dae bingung apabila mata Eun Hee tidak berkelip memandang ke suatu sudut sambil matanya tercengang. Apa yang menangkap perhatian Eun Hee?

Jong Dae memandang tepat ke arah di mana mata Eun Hee terpaku. “Kau pandang siapa?” soal Jong Dae ingin tahu.

“Kim Jun Myeon,” balas Eun Hee sambil matanya terus terpaku ke arah lelaki yang bernama Jun Myeon itu.

“Siapa tu?” soal Jong Dae lagi. Inilah kali pertama ada lelaki yang berjaya menarik perhatian Eun Hee. Dia tak pernah tahu pun lelaki yang bernama Jun Myeon itu wujud di sekolah mereka. Dan dia tak pernah tahu pun yang Eun Hee berminat terhadap lelaki itu sebab selama ini Eun Hee tak pernah ceritakan apa-apa pun kepadanya.

“Kau tak kenal siapa dia? Dia tu kan senior kita a.k.a kingka kat sekolah ni. Takkanlah dia pun kau tak kenal.”

Jong Dae mengangkat bahu. “Aku bukannya perempuan nak ambil tahu benda-benda macam ni. Jap, lagi satu. Sejak bila pulak kau pandai jadi fan-girl ni? Aku tak tahu pulak kau pun reti benda-benda macam ni,” luah Jong Dae. Dalam hatinya wujud sedikit rasa terkilan kerana Eun Hee tidak pernah sekalipun bercerita atau sebut nama Jun Myeon di hadapannya. Dia sangkakan Eun Hee tak akan rahsiakan apa-apa daripada dia memandangkan dialah satu-satu kawan yang Eun Hee ada.

“Baru je lagi. Dia tu presiden kelab fotografi. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh suka kat dia? Mungkin sebab sikap dia kot. Matang, baik, pandai. Dahlah handsome. Dia tu memang perfect. Bertuahlah siapa yang dapat dia.”

Sejujurnya, Jong Dae langsung tak boleh terima setiap pujian yang Eun Hee lemparkan kepada Jun Myeon. Dia tahu dia tiada hak untuk menghalang Eun Hee daripada memuji mana-mana lelaki yang dia suka. Tetapi dia tetap tak boleh terima semua itu. Dia tak mahu mata Eun Hee memandang lelaki selain daripada dia.

 

“Kau ni kenapa? Tadi beria ajak aku lepak, lepas tu bila dah jumpa kau termenung pulak,” tegur Baek Hyun.

Jong Dae hanya mengeluh. Dari keluhan Jong Dae saja Baek Hyun sudah tahu apa yang kawannya itu sedang fikirkan.

“Bila kau dah termenung lepas tu mengeluh macam ni mesti pasal Eun Hee kan? Kenapa? Kau gaduh dengan dia ke?” soal Baek Hyun.

Soalan itu dibalas dengan gelengan oleh Jong Dae. “Aku baru tahu dia minat seseorang kat sekolah kita,” luah Jong Dae perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Baek Hyun.

“Siapa?”

“Kim Jun Myeon.”

“Mamat tu.” Hanya itu yang terluah di mulut Baek Hyun. Dia dapat menangkap satu lagi keluhan keluar dari bibir sahabatnya.

“Habis tu apa masalahnya kalau dia sukakan Jun Myeon?” soal Baek Hyun. Dia sudah dapat tangkap apa yang bermain dalam fikiran sahabatnya. Bahkan dia dapat baca isi hati Jong Dae kala ini. Cuma dia sekadar ingin bertanya.

“Aku tak suka.” Pantas Jong Dae membalas.

Baek Hyun tersenyum. “Boleh tak aku nak cakap sesuatu. Tapi jangan marah pulak.”

“Apa dia?” pandangan Jong Dae yang tadinya tertumpu ke arah padang yang rumput menghijau beralih pula ke arah Baek Hyun.

“Kau sedar tak yang kau sebenarnya sukakan Eun Hee?” ujar Baek Hyun sambil tersenyum.

Jong Dae tersentak. Melihat Jong Dae yang masih terdiam itu, Baek Hyun meneruskan kata-katanya.

“Bagi aku. Tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan. Sebab mesti akan ada salah seorang daripada mereka yang akan simpan perasaan lebih daripada seorang sahabat. Aku nampak benda tu jadi dekat kau sekarang. Mungkin kau tak perasan, tapi aku sedar. Aku dapat rasa yang kau sukakan Eun Hee. Cara kau cakap dengan dia, cara kau pandang dia, cara kau ambil berat pasal dia. Semuanya lebih daripada seorang sahabat,” ujar Baek Hyun.

Jong Dae berfikir sejenak. Dia akui dia sangat ambil berat terhadap Eun Hee. Dia tak suka lihat gadis itu sedih atau disakiti kerana itu juga akan buat dia sakit. Dia juga akui yang jantungnya berdegup kencang saat melihat Eun Hee, dia jadi tak tentu arah melihat gadis itu tersenyum.

“Betul ke aku sukakan Eun Hee?” Jong Dae bertanya kepada dirinya sendiri.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 3: HUAAAAAAAAAAAAA. AUTHOR NAK SEQUEL
GreenDecember #2
Chapter 3: Naper ending dia cam tu....huhuhuk....
XiFanXing #3
Chapter 3: kyakkk!! best giler baca ff ni sambil dengar lagu "please love her" nyanyi chen ~~~ ><