SEBELAS

Di Sebalik Pintu [LONG HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Taehy...” Belum sempat aku habis bersuara, tangannya pantas menekup mulut aku.

 

“Shhh,” Dia menyuruhku senyap, sambil matanya meliar ke sekeliling. Dadanya berombak turun dan naik, nafasnya masih tidak sekata. Riak bimbang jelas terpampang pada mukanya. “Sesiapa pun tak boleh tahu kita berada di sini.”

 

Aku menjongketkan keningku. Mengapa? Namun, persoalan itu aku hanya pendamkan. Hanya bunyi hembusan nafas kami sahaja yang memenuhi halwa telinga.

 

Seketika kemudian, terdengar bunyi seperti ranting patah, seakan-akan dipijak oleh seseorang, disertai dengan bunyi derapan langkah yang menghampiri. Secara automatik arka refleks kami berfungsi. Hembusan nafas kami serta-merta terhenti. Bunyi langkah itu kian menghampiri, semakin dekat, dekat, dekat, dan…

 

Terhenti.

 

Tiba-tiba, angin sejuk bertiup, menyapa muka aku. Sejuknya tidak terkata, sehingga mencengkam tulang. Mengingatkan aku kepada sesuatu.

 

Angin sejuk yang bertiup sewaktu aku keluar rumah mencari eomma, dahulu.

 

Tanganku yang sejuk dicapai oleh Taehyung. “Kita kena lari, sekarang.” ujarnya sebelum dia membawa aku meredahi hutan yang gelap, tenggelam dalam kepekatan malam.

 

Namun, aku masih tertanya-tanya, siapakah yang menghampiri kami sebentar tadi?

 

*

 

Kami berhenti sejenak, cuba menghirup udara malam, dengan harapan dapat meredakan kepenatan kami setelah sekian lama berlari.

 

“Ke mana kita nak pergi, sebenarnya?” Aku menyoal walaupun nafas aku masih lagi tidak stabil.

 

Taehyung di sebelah aku hanya menarik nafas sedalam-dalamnya, sebelum menghembuskannya keluar. “Aku pun tak tahu.” katanya, sebelum dia duduk bersandar di bawah sebatang pokok.

 

Aku turut duduk, bersebelahan dengannya. Buat seketika, kami diam membisu, tidak mengutarakan apa-apa. Hanya cahaya bulan yang sedia ada menyinari malam di atas sana menjadi tatapan kami berdua. Suatu pemandangan yang amat indah, hanya dapat dilihat apabila malam menjelma. Suatu ciptaan yang amat indah, yang senantiasa menerangi kepekatan malam yang melanda. Ibarat harapan yang menyuluh di sebalik kegusaran yang menyelubungi.

 

“Ini tak adil,” Setelah beberapa ketika, akhirnya Taehyung bersuara, memecahkan kesunyian yang melanda.

 

Aku serta-merta menoleh ke arahnya. Matanya masih tertacap kukuh ke arah purnama yang yang masih terang bercahaya. Daripada riak wajahnya, aku tahu bahawa dia sedang menunggu balasan daripada aku.

 

“Tak… adil?” Aku menyoal, keliru dengan apa yang diucapkannya.

 

Dia menundukkan wajahnya seraya mengeluh berat. Kemudian, dia menatap wajah aku. Pandangannya dalam. Amat dalam.

 

“Tak adil bagi aku… Sara. Tetapi, mungkin adil bagi kau.” katanya. Senyuman plastik terukir di bibirnya.

 

Aku semakin kabur. Apa yang dia maksudkan? Adil bagi aku?

 

“Kenap...” soalanku terhenti apabila Taehyung tiba-tiba berdiri, matanya tertacap ke hadapan. Aku turut menoleh ke hadapan, ingin menyaksikan apa yang dilihat oleh Taehyung itu.

 

Kelihatan sebuah lori kecil sedang berhenti di jalan raya yang berdekatan.

 

*

 

“Baiklah.” Setelah sekian lama berbincang, akhirnya pemandu itu bersetuju untuk membenarkan kami menumpang sebentar ke pekan yang berdekatan.

 

Taehyung menarik nafas lega. Dia membuka pintu lori, mengisyaratkan aku masuk dahulu. Setelah aku masuk ke dalam, dia turut mengikut masuk dan duduk di sebelahku.

 

Pemandu itu lantas menekan minyak dan lori itu terus bergerak meredahi malam yang pekat. Sesekali, aku menoleh ke arah pemandu lori itu. Wajahnya yang berbentuk ‘V’ itu terlindung di sebalik topi buruh dan kaca mata hitam yang dipakainya.

 

“Abang selalu memandu ikut jalan ini ke?” tanya Taehyung.

 

Pemandu lori itu mengangguk. “Ya, ini laluan saya.” balasnya.

 

Berdasarkan pemerhatian aku, pemandu itu tidak kelihatan seperti buruh walaupun pakaiannya jelas menampilkannya seorang buruh. Tambahan pula, kulitnya yang putih itu seakan dijaga rapi, seperti yang idol selalu buat, kontra sekali dengan kulit buruh-buruh yang aku pernah jumpa setakat ini.

 

Sejak awal lagi, aku berasa ragu-ragu untuk menumpang lori ini. Satu, pemandu lori itu merupakan insan yang tidak dikenali. Dua, aku tidak pernah menaiki lori. Tiga, aku berasa tidak sedap hati. Namun, aku hanya menurut setelah melihat kesungguhan Taehyung merayu kepada pemandu lori ini. Erm, mungkin tiada apa-apa yang akan terjadi kepada aku, asalkan Taehyung ada.

 

Asalkan Taehyung ada.

 

Asalkan Taehyung ada.

 

Kata-kata itu mulai terngiang-ngiang dalam kotak memori aku. Kepala aku mulai berdenyut-denyut. Aku memejamkan mata, menahan sakit yang mengalahkan migrain ini dan mengurut kepalaku perlahan.

 

Asalkan Taehyung ada.

 

Asalkan Taehyung ada.

 

Asalkan Taehyung ada.

 

Argh.

 

“Kau okey?” Taehyung bertanya setelah melihat ekspresi aku yang tiba-tiba berubah. Aku terus membuka mata dan wajahnya terus menyapa pemandanganku. Aku mengamati wajahnya buat seketika. Wajah ini…

 

“Kau okey tak, Sara? Kenapa pandang aku macam tu?” Dia menyoal lagi, hairan apabila aku melihatnya dengan pandangan yang dalam sebegitu lama.

 

“Tak ada… tak ada apa-apa. Cuma sakit kepala.” Aku cuba berdalih. Hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu betapa berdebarnya aku saat ini. Memori aku telahpun kembali. Memori aku bersama dia. Memori aku tentang dia. Memori aku tentang perasaan dia. Semuanya berlaku suatu masa dahulu. Namun, aku memilih untuk men

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
sorry to disappoint you guys but see I need to hiatus (for real) because SPM is quite near, so have a nice day!

Comments

You must be logged in to comment
Hnayunni #1
Chapter 15: authornim ! update plisssss curiousity level tinggi ni •﹏•
suehaila #2
Chapter 15: Update plzzz
KimSerra123
#3
Chapter 15: Wah!! Bestnya.. Baru baca ff ni.. Authornim update palliwa!! Huaaa.. Macam mana dengan Kookie?? Authornim memang daebak..
edhanz #4
Chapter 15: Bestnya..... Serious Best gila !!! …
Maisara-10 #5
Chapter 15: Hah???........unnie....palliwa...smbung ff.....sara nak tau chapter selepas ni.......haha....kebetulan nama saeng pon Sara......juseyo...unnie
Army1705 #6
Chapter 15: ohmygod ohmygod ohmygod. haaaaa update laa pls ! sabtu ni dah nak balik asrama T____T
koreanspls
#7
Chapter 15: I have no regret making your fic my first malay fic! Great job ! :)
I am curious to death for God's sake !
kinah0610 #8
Chapter 15: daebak autor nim..fightingg!
aquariusxpisces
#9
Chapter 15: Gwaenchanha!!!