DUABELAS

Di Sebalik Pintu [LONG HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Panik, Taehyung segera menuju keluar dari biliknya.

 

“Jimin!”

 

Namun, sebanyak mana dia menyeru sekalipun, jeritannya tetap tidak disahut. Dia berasa buntu. Lantas, kakinya pantas menuju ke bilik air di mana Hoseok sedang mandi. Dari luar bilik air itu, kedengaran shower di dalamnya masih lagi terpasang.

 

Taehyung mengetuk pintu bilik air itu berkali-kali. “Hyung, keluar sekejap hyung. Urgent ni!” Dia menjerit, cuba melawan bunyi shower yang jauh lebih kuat daripada suaranya. Namun, tiada balasan daripada Hoseok.

 

“Hyung! Hyung dengar ke tak!” Kali ini Taehyung bertindak dengan mengetuk pintu bilik air itu jauh lebih kuat daripada biasa. Bagai ingin merobohkan pintu bilik air tersebut. Fikirnya, mungkin Hoseok tidak mendengar jeritan dan ketukannya sebentar tadi.

 

Taehyung mulai hilang sabar apabila Hoseok langsung tidak mempedulikannya. Dia sudah bertekad. Dia cuba memulas tombol pintu bilik air tersebut dan dia sendiri terkejut kerana pintu itu tidak berkunci sedari tadi.

 

Di dalam bilik air itu, kelihatan shower masih lagi terpasang, namun bayang Hoseok langsung tiada di situ. Shower itu terus memancarkan air tanpa henti, membasahi lantai bilik air. Taehyung menghampiri pili air hujan itu dan memulasnya agar ia berhenti. Mindanya masih bercelaru dengan apa yang dihadapinya buat masa ini.

 

Di mana Jimin? Di mana Hoseok?

 

Taehyung berdiri di hadapan sinki, memulas pili agar air mengalir keluar. Dia menadah air paip itu dan membilas wajahnya. Adakah aku sedang bermimpi? Dia menampar pipinya dengan tangannya yang masih basah. Adakah aku sedang berhalusinasi? Dia menenyeh kedua-dua belah matanya dengan jejarinya yang masih basah.

 

Tik. Tik.

 

Akhirnya, pili air paip itu dipulasnya kembali untuk menghentikan air itu daripada mengalir. Tangannya dilekap kukuh di kedua-dua belah sisi sinki itu, sambil matanya cerun memerhatikan pantulan dirinya di cermin yang berada di hadapannya. Nafasnya turun naik dan tidak sekata. Mindanya cuba memproses dan mencerna kejadian aneh yang melanda dirinya kini.

 

Tik. Tik.

 

Dia memerhatikan paip sinki di hadapannya. Jelas terkatup rapat. Tiada sebarang air pun yang menitik keluar daripada paip itu.

 

Tik. Tik.

 

Dia mengalihkan pandangannya terhadap shower yang baru sahaja ditutupnya sebentar tadi. Shower itu turut ditutup rapat, memang tiada saki baki air yang keluar daripada shower itu lagi.

 

Jadi, dari mana datangnya bunyi air menitik itu?

 

Tik. Tik.

 

Perlahan-lahan, dia mengalihkan pandangannya terhadap langsir hijau yang menutupi sepenuhnya bahagian tub mandi. Bulu tengkuknya mulai meremang. Jantungnya pula berdegup lebih kencang daripada biasa. Dia berasa seram sejuk, serta tidak sedap hati.

 

Hati kata jangan, minda kata pergi.

 

Debaran jantungnya semakin pantas seperti ingin terkeluar daripada dadanya tatkala kakinya mulai menapak selangkah demi selangkah menghampiri langsir hijau itu. Dia tahu, apa-apa sahaja yang berada di sebalik langsir berwarna hijau itu pasti mampu menghentikan denyutan jantungnya serta-merta.

 

Tik. Tik.

 

Bunyi itu semakin jelas. Jelas datangnya daripada belakang langsir hijau itu. Jelas datangnya daripada tub mandi itu.

 

Tangannya terketar-ketar sewaktu mencapai langsir hijau itu. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu menyelak langsir itu ataupun tidak.

 

Dan…

 

Shreeeeeeeezz!

 

Mata Taehyung terbuntang luas seperti ingin terkeluar daripada lubangnya. Tangan kanannya cuba menutup mulutnya yang ternganga serta-merta.

 

Tik. Tik.

 

Tub mandi yang kebiasaannya dipenuhi dengan sabun ini malangnya dipenuhi dengan darah. Warna merah pekat darah itu memeriahkan persekitaran tub mandi tersebut. Darah merah yang terpecik merata-rata di dinding berdekatan tub mandi itu semuanya membentuk corak abstrak, membentuk titisan-titisan kecil yang masih mengalir perlahan-lahan. Warna merah darah yang masih terang itu menandakan darah itu masih lagi segar. Tambahan pula, Taehyung amat mengenali rupa ‘tangan’ yang tertimbul di atas larutan merah pekat itu.

 

Tidak… mungkin. Adakah matanya cuba mempermainkan mindanya? Namun, dia tidak dapat menafikan bahawa apa yang disaksikannya itu adalah realiti yang sesung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
sorry to disappoint you guys but see I need to hiatus (for real) because SPM is quite near, so have a nice day!

Comments

You must be logged in to comment
Hnayunni #1
Chapter 15: authornim ! update plisssss curiousity level tinggi ni •﹏•
suehaila #2
Chapter 15: Update plzzz
KimSerra123
#3
Chapter 15: Wah!! Bestnya.. Baru baca ff ni.. Authornim update palliwa!! Huaaa.. Macam mana dengan Kookie?? Authornim memang daebak..
edhanz #4
Chapter 15: Bestnya..... Serious Best gila !!! …
Maisara-10 #5
Chapter 15: Hah???........unnie....palliwa...smbung ff.....sara nak tau chapter selepas ni.......haha....kebetulan nama saeng pon Sara......juseyo...unnie
Army1705 #6
Chapter 15: ohmygod ohmygod ohmygod. haaaaa update laa pls ! sabtu ni dah nak balik asrama T____T
koreanspls
#7
Chapter 15: I have no regret making your fic my first malay fic! Great job ! :)
I am curious to death for God's sake !
kinah0610 #8
Chapter 15: daebak autor nim..fightingg!
aquariusxpisces
#9
Chapter 15: Gwaenchanha!!!