DUA

Di Sebalik Pintu [LONG HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

Sudah setengah jam aku berdiri di pintu pagar sekolah ini. Namun bayang-bayang kereta yang bakal menjemputku pulang tak kunjung-kunjung tiba lagi. Bangunan sekolah di belakangku ini pula semakin lengang dan sepi kerana semua penuntut di sekolah ini telahpun pulang ke kampung halaman sendiri. Langit yang sebentar tadi cerah bersinar kini semakin malap dilitupi awan kelabu.

 

Aku menilik jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tanganku. Keluhan dilepaskan. Sudah pukul 2.30 petang. Sepatutnya pada waktu ini cuaca masih lagi terang, namun ternyata hari ini berlainan daripada norma. Cuaca menjadi semakin dingin, dan langit pun seakan-akan enggan memancarkan cahaya. Seperti waktu senjakala.

 

DDUM!

 

Bunyi amukan guruh di langit menerjah deria pendengaranku. Aku mengusap-usap dadaku kerana masih terkejut dek bunyi guruh itu. Aku cekalkan hati aku untuk terus menunggu di situ, kalau-kalau kereta ayahku bakal tiba. Biarpun jalan raya di hadapanku masih lengang, namun aku terus menunggu, berharap agar kereta ayahku menghiasi pandanganku secepat yang mungkin.

 

Tiba-tiba ada suatu tangan asing menyentuh bahuku.

 

Bahuku terjungkit kerana terkejut. Aku menoleh.

 

“Adik, pakcik nak tutup pagar ni sekarang. Kalau adik nak tunggu, adik boleh tunggu di bus stop sana. Jangan risau, pakcik tengok-tengokkan adik dari jauh.” Kata pak cik jaga sambil menunjukkan ke arah perhentian bas yang berdekatan.

 

Tanpa membalas apa-apa, aku terus mengangkat begku dan berjalan ke arah perhentian bas itu. Daun-daun kering yang ditiup angin menyapa kakiku diselangi dengan bunyi guruh berdentum di langit sana. Ibarat lagu dan irama yang rancak. Cuaca yang tidak menenangkan ini turut membuatkan hatiku gundah-gulana.

 

Setelah 5 minit menunggu di perhentian bas itu, kelihatan kereta hitam ayahku mulai menghampiri perkarangan sekolah. Apabila kereta itu berhenti di hadapan pintu sekolah, aku pantas menapak ke arah kereta itu. Lelaki separuh abad merangkap ayahku itu keluar daripada kereta untuk membuka bonet keretanya.

 

Aku memasukkan begku ke dalam bonet. “Maaf terlambat.” tegurnya.

 

Aku hanya diam, tidak membalas. Kakiku pantas dihalakan ke arah pintu kereta sebelum aku terus membuka pintu itu dan memasukinya.

 

*

 

Sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Aku hanya menikmati pemandangan di luar tingkap kereta sambil mengelamun sendiri. Ayah pun tidak mengeluarkan sepatah kata pun dari tadi.

 

“Sara…” dia bersuara setelah membisu untuk kesekian kalinya. “Ayah terlambat sebab kerja overtime tadi, tak, dari malam semalam. Ayah habiskan semua kerja dan tak tinggal secebis tugasan pun...” dia berhenti sejenak sebelum menyambung, “Sebab ayah nak luangkan sepenuh masa sepanjang cuti ni bersama kita sekeluarga.”

 

Aku melepaskan nafas yang berat. ‘Baru sekarang? Selepas insiden aku koma dahulu?’ berontakku dalam hati.

 

Melihat aku yang tidak memberikan sebarang respons, dia menyambung lagi. “So, ayah nak bawa Sara somewhere special.”

 

Aku menoleh ke arahnya di sebelah. Keningku terjongket, seakan bertanya 'Ke mana?'

 

Ayah hanya senyum melihat reaksiku. Sudah lama senyuman itu tidak menghiasi wajahnya. “You’ll know it later. Eomma pun sedang menunggu kita di sana.” Balasnya.

 

“Jadi, kita tak balik rumah?” soalku. Akhirnya, terkeluar juga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
sorry to disappoint you guys but see I need to hiatus (for real) because SPM is quite near, so have a nice day!

Comments

You must be logged in to comment
Hnayunni #1
Chapter 15: authornim ! update plisssss curiousity level tinggi ni •﹏•
suehaila #2
Chapter 15: Update plzzz
KimSerra123
#3
Chapter 15: Wah!! Bestnya.. Baru baca ff ni.. Authornim update palliwa!! Huaaa.. Macam mana dengan Kookie?? Authornim memang daebak..
edhanz #4
Chapter 15: Bestnya..... Serious Best gila !!! …
Maisara-10 #5
Chapter 15: Hah???........unnie....palliwa...smbung ff.....sara nak tau chapter selepas ni.......haha....kebetulan nama saeng pon Sara......juseyo...unnie
Army1705 #6
Chapter 15: ohmygod ohmygod ohmygod. haaaaa update laa pls ! sabtu ni dah nak balik asrama T____T
koreanspls
#7
Chapter 15: I have no regret making your fic my first malay fic! Great job ! :)
I am curious to death for God's sake !
kinah0610 #8
Chapter 15: daebak autor nim..fightingg!
aquariusxpisces
#9
Chapter 15: Gwaenchanha!!!