TIGA

Di Sebalik Pintu [LONG HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

Aku membelek meja kayu yang berada di hadapanku sekarang. Meja yang diperbuat daripada kayu namun kelihatan begitu teguh dan baharu. Meja yang kononnya tempat aku melakar pelbagai nukilan berharga seperti lukisan, hiasan dan seangkatan dengannya sewaktu aku kecil dahulu. Kini, aku berada di dalam bilikku sendiri di tingkat atas.

 

Aku akui, tempat ini banyak membawa kenangan sewaktu aku kecil dahulu. Terlalu banyak.

 

Namun sayang sekali aku tak mampu ingat lagi segala nostalgia berharga itu.

 

Yang aku ketahui sekarang ialah eomma yang menerangkan segala jasa meja itu kepada aku.

 

Aku tak mampu ingat dengan sendiri.

 

Eomma menyambut tanganku setelah menyedari aku hanyut dalam duniaku sendiri. “Sara okey?” tanyanya.

 

Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum hambar. “Eomma,” tegurku. “Eomma simpan lagi tak poster-poster dan diari yang Sara pernah buat dulu tu? Mana tahu boleh ingat balik.” Sambungku.

 

Eomma hanya melepaskan keluhan berat. “Maaf,” dia merenung mataku. “Eomma rasa benda-benda tu dah tiada lagi di sini.” Luahnya dalam nada kesal.

 

Aku pun melepaskan nafas yang berat. “Kalau macam tu, tak apalah.” Aku membalas, hampa.

 

Aku yakin bahawa ingatan aku tidak pulih dengan sepenuhnya selepas kejadian aku koma hampir setahun yang lalu. Kejadian yang telah meragut sebahagian memori aku.

 

“Sara…” terdengar suatu suara sedang teresak-esak. “Ini eomma, Sara…”

 

Aku membuka mata perlahan-lahan. Suasana serba putih menyapa pandangan mataku. Aku cuba menggerakkan tanganku, tetapi terasa pergerakan aku ini disekat kerana jaluran wayar-wayar dan jarum yang dicucuk di belakang tapak tanganku. Seketika, deria rasa aku kembali berfungsi. Rasa pedih di belakang telapak tanganku kerana dapat merasakan jarum-jarum yang tajam masih mencucuk salur darahku.

 

“Eom… eomma?” suara aku keluar, tersekat-sekat.

 

Di sisi eomma, berdiri seseorang yang memakai kot putih sedang mengambil catatan.

 

“Kemampuan anak puan untuk sedar kembali memang satu berita yang baik, tetapi...” doktor tersebut terhenti. “Tetapi, berkemungkinan anak puan akan mengalami sedikit selective amnesia.” Kata-kata tersebut terngiang-ngiang di teli

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
sorry to disappoint you guys but see I need to hiatus (for real) because SPM is quite near, so have a nice day!

Comments

You must be logged in to comment
Hnayunni #1
Chapter 15: authornim ! update plisssss curiousity level tinggi ni •﹏•
suehaila #2
Chapter 15: Update plzzz
KimSerra123
#3
Chapter 15: Wah!! Bestnya.. Baru baca ff ni.. Authornim update palliwa!! Huaaa.. Macam mana dengan Kookie?? Authornim memang daebak..
edhanz #4
Chapter 15: Bestnya..... Serious Best gila !!! …
Maisara-10 #5
Chapter 15: Hah???........unnie....palliwa...smbung ff.....sara nak tau chapter selepas ni.......haha....kebetulan nama saeng pon Sara......juseyo...unnie
Army1705 #6
Chapter 15: ohmygod ohmygod ohmygod. haaaaa update laa pls ! sabtu ni dah nak balik asrama T____T
koreanspls
#7
Chapter 15: I have no regret making your fic my first malay fic! Great job ! :)
I am curious to death for God's sake !
kinah0610 #8
Chapter 15: daebak autor nim..fightingg!
aquariusxpisces
#9
Chapter 15: Gwaenchanha!!!