SEPULUH

Di Sebalik Pintu [LONG HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aku merenung matanya tanpa berkata-kata.

 

“Sara… Dah tahu perkara sebenar, kan?”

 

Mendengar pernyataan itu, mataku mulai terasa panas. Air mata mulai berlinangan, mengaburi pandangan aku. Lama kelamaan, ia berjaya bertukar menjadi titisan-titisan air yang gugur membasahi pipi aku.

 

“Op… oppa…” Aku terus memeluk jasad di hadapanku itu. Sudah lama aku tidak bertindak sedemikian rupa terhadapnya.

 

“Syukurlah… Sara dah ingat…” Dia membalas pelukanku itu. Dia mengusap-usap kepalaku. Mungkin, dia juga merindui pelukan daripada seorang adik seperti yang sering aku lakukan padanya suatu masa dahulu.

 

“Oppa… Sara minta maaf… Sara lupakan oppa… Sara lupakan semua…” Aku berkata jujur.

 

“Bukan salah Sara…” Dia memujuk. Dia mencapai tanganku dan mengenggamnya kemas. “Mari.”

 

Aku tidak sempat bertanya ke mana dia membawaku namun aku hanya mengikut langkahnya.

 

*

 

Aku mulai rasa tak sedap hati.

 

“Oppa, andwae!” aku bersuara, separuh menjerit.

 

Jungkook tidak mempedulikan aku. Dia terus cuba membuka pintu itu.

 

“Oppa…!” aku menggapai tangannya. “Jangan buka, oppa!” cuba menghalang.

 

Jungkook hanya memandang aku.

 

“Eomma tak bagi… kita masuk bilik ni.” Ujarku.

 

Masih terngiang-ngiang lagi amaran eomma yang melarang keras ketika aku cuba mendekati pintu bilik ini.

 

Dia menghentikan perbuatannya sebentar. “Sara mesti nak tahu, ada apa di sebalik pintu ni kan?” dia mendugaku.

 

Aku mengangguk perlahan, “Memang Sara nak tahu, tapi bilik ni macam bahaya…”

 

Dia hanya mengeluh. “Sara,” dia memegang bahuku. “Sara percaya ke dia tu eomma kita?”

 

Aku berkerut. Kenapa dia cakap macam tu? Aku tak faham.

 

“Bilik ni tak bahaya. Eomma itu yang bahaya.” Ujarnya sambil cuba membuka pintu itu semula.

 

Akhirnya pintu itu berjaya dibuka. Ia menghasilkan bunyi ‘KREEEEKK~~~’

 

 Akibat terlalu takut, aku memeluk Jungkook dari belakang.

 

Dia mulai tersengih. “Sara ni tak pernah berubah,” katanya. “Dari dulu sampai sekarang, masih lagi penakut.”

 

Aku terus melepaskan pelukan itu. “Okay, sekarang kita berubah. Kita tak takut.” Aku berkata lalu cuba melangkah ke dalam. Bunyi lantai yang tiba-tiba berkeriut mengejutkan aku. “Makkkk!!” jeritku. Jungkook hanya tertawa dari luar.

 

Dia mengeluarkan lampu suluh dari koceknya. Kami melangkah bersama-sama masuk ke dalam bilik yang kononnya dilarang itu. Suasana bilik itu amat gelap. Sesekali apabila Jungkook tersuluh siling bilik itu, maka kelihatanlah beribu-ribu sawang yang telah memenuhi bilik ini. Entahlah bilik ini telah ditinggalkan berapa lama, aku pun tak pasti.

 

Uzur betul bilik ini.

 

Jungkook menyuluh ke arah sebuah meja di hujung bilik itu. Dia memegang tanganku. “Sini.” Ujarnya sambil membawa aku.

 

Di meja itu, terdapat beberapa photo frame yang dipenuhi dengan gambar-gambar sewaktu aku kecil-kecil dahulu. Ada gambar aku dengan Jungkook dan ada juga gambar aku dengan geng BTS. Terasa geli hati mengenangkan bagaimana geng kanak-kanak hingusan seperti dalam gambar itu berjaya menjadi idol-idol yang handsome lagi berkarisma seperti kini. Sukar untuk dipercayai.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Winterqreen
sorry to disappoint you guys but see I need to hiatus (for real) because SPM is quite near, so have a nice day!

Comments

You must be logged in to comment
Hnayunni #1
Chapter 15: authornim ! update plisssss curiousity level tinggi ni •﹏•
suehaila #2
Chapter 15: Update plzzz
KimSerra123
#3
Chapter 15: Wah!! Bestnya.. Baru baca ff ni.. Authornim update palliwa!! Huaaa.. Macam mana dengan Kookie?? Authornim memang daebak..
edhanz #4
Chapter 15: Bestnya..... Serious Best gila !!! …
Maisara-10 #5
Chapter 15: Hah???........unnie....palliwa...smbung ff.....sara nak tau chapter selepas ni.......haha....kebetulan nama saeng pon Sara......juseyo...unnie
Army1705 #6
Chapter 15: ohmygod ohmygod ohmygod. haaaaa update laa pls ! sabtu ni dah nak balik asrama T____T
koreanspls
#7
Chapter 15: I have no regret making your fic my first malay fic! Great job ! :)
I am curious to death for God's sake !
kinah0610 #8
Chapter 15: daebak autor nim..fightingg!
aquariusxpisces
#9
Chapter 15: Gwaenchanha!!!