Chapter 2

Blackly Immortal

Keesokan harinya mayat Taejun akan dibawa ke mortuary dan akan dibakar. Taejun diletakkan di dalam keranda . Tiba-tiba sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam mengangkat keranda tersebut dan diletakkan ke dalam van hitam. Taejun telah dibawa ke sebuah rumah agam yang agak menakutkan yang berada di dalam hutan. Setelah sampai, Taejun diletakkan di atas tempat kelihatan seperti meja besar. Kelihatan mereka ingin melakukan upacara pemujaan. Bilik tersebut dipenuhi dengan tengkorak, lilin dan terdapat piano lama di hujung kiri bilik. Terdapat sekumpulan lelaki berpakaian jubah hitam menutup kepala membaca mantera dalam bahasa yang tidak difahami. Seorang lelaki berpakaian kot panjang berwarna merah memasuki bilik tersebut dan semua orang tunduk hormat kepadanya. Lelaki tersebut menghampiri Taejun. Dia memegang tangan Taejun lalu menekannya menggunakan jarinya yang panjang.Darah yang pekat mengalir keluar. Lelaki tersebut terus menghisap darah tersebut. Mulutnya dipenuhi dengan darah.

DARAH YANG BAIK..

Tiba-tiba badan Taejun menggeletar dan dia meraung kesakitan. Taejun dihidupkan semula? Taejun mula menunjukkan perubahan yang ketara pada muka dan tubuh badannya. Badannya mula menjadi bidang. Irisnya berubah menjadi warna hazel. Anak matanya membesar.  Mukanya menjadi sedikit pucat dan giginya menjadi cantik serta bibirnya bertuka menjadi agak merah. Rambutnya juga berubah. Bayangkan rambut vampire. Macam tulah. Taejun akhirnya bangun. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Mr. Park, ketua vampire. Mr. Park memberitahu bahawa Taejun sudah menjadi vampire. Taejun yang baru bangun itu kelihatan rungsing kerana kali terakhir dia membuka mata adalah ketika dia ditembak. Tepat terkena pada dada kirinya. Taejun tidak percaya. Taejun cuba untuk melepaskan dirinya. Menggunakan kekuatan 'vampirenya' Taejun mengalahkan vampire-vampire lain.

 

Mr. Park hanya membiarkannya dan berkata.  4 HARI LAGI,KAU AKAN MENJADI VAMPIRE SEPENUHNYA. KAU AKAN MAHU DARAH!!

 

Taejun mengendahkannya dan berlari keluar. Sebaik sahaja dia keluar daripada hutan dia dilanggar oleh sebuah kereta. Seorang perempuan keluar daripada kereta. Taejun pengsan. Perempuan itu membawa Taejun pulang ke rumah untuk merawatnya kerana perempuan itu seorang doktor, iaitu Dr. Naeun. Naeun mengangkat Taejun dan dibawa ke katil. Dia mengambil First Aid Kit. Ketika dia ingin sapukan ubat, dia memerhatikan muka Taejun. Mukanya seperti first kiss dia aka mayat haritu.

 

TAK TAK BUKAN DIA. ASAL AKU ANGAU SANGAT DENGAN ORANG MATI NI!.

Tapi mukanya seperti lelaki hensem tu cuma lelaki ni lagi hensem. Naeun membuka baju Taejun untuk memeriksa kecederaan pada badan. Sebaik sahaja dia buka baju.

HOOMAK KAU!

Tercenggang Naeun kat situ.

ABS DIA!!

Naeun masih memegang baju Taejun sambil ternganga.

MEMANG BETULLAH BUKAN LAKI HENSEM TU. CONFIRM!. OBVIOUS GILA ABS.

 

Tiba-tiba, Taejun membuka matanya. Kedua-duanya menjerit dan Naeun masih memegang baju Taejun. AHHHHH! Taejun mengambil gunting yang berada berhampirannya dan menghalakannya ke arah Naeun. Naeun berlari ketakutan dan Taejun mengejarnya. BANGGG! Kepala Taejun terhantuk dekat pintu dapur yang sedikit rendah daripada pintu lain. Sekali lagi Taejun pengsan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chacha_ieyra
#1
Chapter 7: hahahahaxDD...daebak!!
Nad7190 #2
Chapter 7: comelnya hara ni....
chacha_ieyra
#3
Chapter 6: xD....i like it!!..hara tu..lwklah...kekekekeke..xD
update soon...
parkyura98
#4
Chapter 6: hara comel ^^
and..
lawak XD
chacha_ieyra
#5
Chapter 5: update soon...xD..daebak!!lawak lah hara..xD
chacha_ieyra
#6
Chapter 2: hahahahahahaxD..terhantuk??kesiannya..xD..omo..i can't stop laughing..xD
chacha_ieyra
#7
Chapter 1: xD...first kiss ngn mayat?hmm..interesting..xD..hahaha
parkyura98
#8
Chapter 3: omo! mayat pompuan tu...naeun ke? sbnrnye sye ske wtk naeun dlm citer ni XD
lgi satu...knape taejun hensem sgt! ><
hihi update soon ^^