Being An Athlete
Death Curse
“Yah, Eunji! Aku dengar kau jadi wakil rumah sukan Red Velvet! Untungnya!” Jungkook memukul halus belakang Eunji.
“Woi, agak-agaklah! Dia tu perempuan, nak main pukul-pukul pulak. Nak pukul, pukul aku okey, jangan pukul dia,” Kai menjeling sambil mengajukan botol minuman ke arah muka Jungkook. Eunji pula tertawa kecil.
“Apa boleh buat, kaki CL terseliuh dan tak dapat bertanding. Aku kena paksa, jadi ikut jelah,” Eunji tersenyum sambil mengibas-ngibaskan topi merah rumah sukan ke wajahnya. Cuaca terasa sungguh panas pada hari itu. Kai pula terdiam seketika.
“Kau dapat empat point kan tadi? Wah, daebak!” Jungkook tidak mengendahkan kata-kata Kai. Sekarang dia cuma mahu fokus kepada Eunji. Eunji mengangguk. Hidungnya tidak berhenti kembang kempis kerana dari tadi asyik dipuji.
“Aku pun dapat empat mata penuh apa, kau sorang je dapat dua point, kan?” Kai mentertawakan Jungkook. Suaranya ditinggikan sedikit supaya pelajar di sekeliling mereka mendengarnya. Kejamnya Kai, benda remeh pun mahu dibuat gaduh.
“Tipu! Kau dapat tiga point je tadi! Tembaklah kau ni,” Jungkook membengiskan muka machonya di hadapan Kai.
“Hoi, pinky! Sekurang-kurangnya point aku lagi tinggi dari kau, okey! Kau lompat pun, langgar
Comments