A Green Viola
Death Curse
“Haa… Finally habis jugak exam killer ni,” Jungkook mendepakan tangannya di hadapan tingkap di sebelah mejanya.
“Merdeka! Ha, perut kau dah okey ke?” Eunji tersenyum lalu bertanya kepada Jungkook.
“Aku okey je lah. Tak payah risau, aku kan kuat,” Jungkook berlagak macho di hadapanEunji.
“Petang ni aku nak pergi ke bilik muzik. Nak ikut ke? Kai kata dia nak ajar aku main viola,” ajak Eunji.
“Eleh, budak tu lagi. Hmm, yalah-yalah aku ikut. Takut dia buat apa-apa dekat kau pulak,” Jungkook membuat muka ‘menyampah’nya lagi. Eunji pula hanya tersengih.
“Jumpa dekat depan asrama pukul dua petang, okey?” Jungkook hanya mengangguk.
Selesai bersiap dengan mengenakan T-shirt berwarna biru muda, Eunji segera keluar dari dorm lalu pergi ke hadapan asrama untuk berjumpa dengan Jungkook.
“Hai Eunji,” Kai menyapa sebaik sahaja melihat pintu bilik muzik dibuka dari luar.
“Kau lagi,” Kai menyindir kerana Jungkook yang membuka pintu tersebut. Kelihatan Eunji mengekori dari belakang sambil tertawa kecil.
“I watch you, Kai,” Jungkook mengangkat jari telunjuknya ke arah Kai. Ada-ada sahaja masalah budak berdua ini. Kai pula hanya menjeling.
“Nak mula dari mana ni?” Eunji bertanya kepada Kai. Kai mengambil dua
Comments