Is That a Ghost?!
Death CursePelik sungguh perlakuan dua orang rakannya itu. Selepas sahaja wajah Mino dan IU memucat, mereka berdua terus sahaja meninggalkan meja makan di kantin itu.
Perasaan ingin tahu Eunji semakin memuncak. Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Mengapa tiada artikel berkaitan kejadian yang disebut-sebutkan oleh dua orang pelajar di makmal tadi dicatat di papan kenyataan sekolah atau di akhbar sekolah? Dia pun mahu juga tahu apa yang berlaku terhadap sekolahnya!
Jam menunjukkan pukul 3.07 pagi. Perutnya sudah mula memulas-mulas. Sudahlah tandas berada jauh dari biliknya, ditambah pula dengan kisah-kisah seram yang diceritakan oleh senior-seniornya pada malam tadi, bertambah la rasa seram yang menyelubungi dirinya! Bulu romanya sudah menaik akibat teringat-ingat tentang kisah makhluk misteri di dalam tandas yang diceritakan oleh seniornya.
Walaupun hatinya berasa berat untuk sampai ke destinasi yang jauh dari bilik asramanya itu, namun dia perlu menggagahkan dirinya juga. Dia perlu melintasi kawasan kolam renang dan tapak perhimpunan untuk sampai ke tandas. Aduh, mengapalah tandas asrama terlalu jauh sampai begitu!
Semasa melintasi kolam renang, dia ternampak seorang gadis berambut sedikit keperangan memakai baju renang. Rupanya sama seperti gadis yang dilihatnya di koridor biliknya tadi.
Eunji berasa pelik dengan perlakuan gadis itu. A
Comments