Misteri terungkai

Terhempas!

Dum! Dum!

Eunji mendongakkan kepalanya ke langit. Warna langit yang semakin gelap itu jelas menunjukkan hari akan hujan. Eunji mengambil keputusan untuk berhenti berteduh di bawah sebatang pokok. 

Sejujurnya, otaknya tidak boleh berhenti berehat walaupun sesaat untuk membuat kesimpulan dan mencari jalan penyelesaian yang sedang dihadapinya.

Betulkah tekaan Eunji? Bomi pembunuh? Atau semua ni hanyalah tipu helah si pembunuh? Tapi, apa motif pembunuh sebenarnya?

Dengan tamatnya riwayat Chorong, bermakna yang masih hidup kini hanyalah dirinya, Bomi dan Naeun. "Kejap! Naeun mana? Kalau betul Bomi pembunuh, Naeun dalam bahaya!"

Sementara itu.. 

Bomi meneruskan perjalannya seorang diri setelah ditinggalkan oleh Eunji. Hatinya kini diselubungi perasaan geram, marah dan benci.. 

"Eh, tak.. aku tak boleh benci Eunji. Dia kawan baik aku. Tapi.. kenapa dia tuduh aku macam tu? Sampainya hati dia buat aku macam ni.." Kata Bomi sendirian.

Dia cuba mengingat kembali kata-kata Eunji tadi. "Aku nampak kau pakai jaket warna oren yang aku bagi kau masa ulangtahun kelahiran kau!"

"Tapi.. yang peliknya.. malam tu aku memang tidur nyenyak seingat aku. And malam tu Naeun pinjam jaket aku sebab dia rasa sejuk. Lepas tu... Eh, kejap! Ya, Naeun! Dia pinjam jaket tu! Jadi.. dialah.." 

Tiba-tiba Bomi terdengar ngilaian tawa seorang perempuan. Terasa bulu romanya berdiri tegak tatkala itu. 

"YA! Akulah pembunuh tu!" Muncul Naeun di sebalik sebatang pokok yang agak tinggi. 

AH! 

Bomi agak terkejut dengan kemunculan Naeun. 

"Semua yang berlaku adalah dalam perancangan aku. Mesti kau tertanya-tanya kenapa masa kapal terbang kita terhempas, member Apink semua tak mati? Sebab.. aku selamatkan korang dengan cara pakaikan korang pelampung masa korang semua pengsan sebab terlampau takut. Lepas tu aku tolak korang masuk dalam laut"

"Kenapa tak biarkan kitorang mati?"

"No no no.. kalau korang mati aku tak boleh jadikan korang sebagai korban.."

Bomi menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak percaya. "Korban? Kenapa kau buat macam ni, Naeun..?" Soal Bomi.

Tiba-tiba air muka Naeun berubah menjadi sayu. 

Dia tunduk memandang tanah. 

"Maafkan aku.."

"Kenapa? Kenapa kau mintak maaf?Apa yang kau nak sebenarnya?!"

"Pertamanya, aku terpaksa bunuh diorang sebab aku perlukan 3 nyawa untuk selamatkan ayah aku.."

"Ayah kau?"

Naeun mengganggukkan kepalanya perlahan. 

"Ayah aku menghilangkan diri sewaktu aku berusia 7 tahun. Aku sedih sangat sebab aku memang rapat dengan ayah aku. Tapi, kehilangan itu memisahkan kami berdua. Setelah ketiadaan ayah, aku menjadi pendiam. Aku tidak lagi seceria dulu. Tapi, takpe.."

Bomi mengangkatkan keningnya sebagai tanda tanya.

Naeun perlahan-lahan mengangkat mukanya. "Sebab.. aku ada korang.. Beberapa hari lepas aku termimpikan ayah aku. Dia kata dia sedang ditahan oleh sekumpulan makhluk yang ganas di pulau ini. Ayah aku kata aku kena bawak korban 3 orang untuk selamatkan dia. Dia janji dengan aku.. Apabila, dia dilepaskan nanti kitorang akan hidup bahagia bersama-sama"

"Jadi dah berapa orang kau dah bunuh?" Bomi cuba memberanikan dirinya.

"Hmm.. Aku dah bunuh Namjoo dengan Chorong.. Eh ada lagi satu tempat kosong lah!" 

Terbeliak biji mata Bomi dibuatnya. Bomi mengundurkan langkahnya perlahan. "Jangan Naeun.. Aku merayu dengan kau.. Kitakan kawan.."

"Sebab kita kawanlah kau kena tolong aku.." Naeun memperlihatkan wajah tidak bersalahnya itu. 

TIDAK!!!

Tanpa Naeun sedari, Eunji telah mendengar dan melihat segala adengan dia dengan Bomi. Luruh jatung Eunji mendengar jeritan Bomi. Rasa bersalah membelenggu hati kecilnya itu. "Maafkan aku Bomi"

Dia kemudiannya terduduk lalu tersandar pada batang pokok itu. 

Tiba-tiba..

"Kesiannya ada orang menangis kat sini.." Suatu suara menyapa Eunji di sebalik pokok itu.

Eunji serta merta menoleh ke arah suara itu. Dilihatnya Naeun memandang ke arahnya dengan wajah yang amat sedih. "Eunji.." Sapa Naeun.

Sebelum nasi menjadi bubur, Eunji segera berlari untuk menyelamatkan dirinya. 

"Eunji.. Jangan lari.. Sebab .. kat sini memang takde jalan keluar! Hahaha"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Eunji terus terduduk setelah tiba di persisiran pantai pulau itu. Sebelum ini, pemandangan di situ cukup indah sekali. Tapi,kini.. pemandangan di situ cukup menakutkan. Matahari yang tersembunyi di sebalik awan yang tebal menyukarkannya untuk menyampaikan sinarannya ke pulau itu. Ombak di persisiran pantai menghempas pantai dengan ganas sekali.

Eunji tercungap-cungap. Dia buntu.

Beberapa minit kemudian muncul Naeun bersama-sama dengan suatu makhluk yang berwajah hodoh seperti raksaksa. Makhluk tersebut berpakaian seperti manusia. Cuma bezanya manusia tak sehodoh itu!

Eunji yang masih lagi terduduk di tepi pantai itu perlahan-lahan merangkak ke belakang.

"Eunji.. inilah ayah aku" Jelas Naeun. Wajah Naeun kelihatan sangat gembira.

"Takkan kau tak faham kot.. Kau kan dah dengar perbualan aku dengan Bomi tadi"

"Tu bukan ayah kau lah gila! Tu raksaksa!" Jelas Eunji dalam keadaan ketakutan. 

"Eh perempuan ! Kau buta apa?!Ni bapak aku lah!" Balas Naeun.

"Kalau ikutkan hati memang aku nak lepaskan kau. Sebab aku nak 3 korban je. Tapi.."

"Tapi apa? Pembetulan sikit eh. Kau dah bunuh 4 orang!" 

"Tak! Aku cuma bunuh 3 je! Yang si Hayoung tu entah ke mana perginya aku pun tak tahu! Kau jangan berani nak salahkan aku! Sekarang ni aku bagi kau dua pilihan sama ada kau nak mati kat pulau ni atau kau keluar dari sini" Naeun terketawa sekejap.

"Mestilah kau nak keluar kan? Kejap. Aku tolong kau kali ni sebab aku ada berhutang nyawa dengan kau je tau. Kau jangan fikir aku nak sangat tolong kau. Jalan keluar dari sini hanyalah dengan keluar daripada kawasan pulau raksaksa ini."

"Macam mana aku nak tau kawasan raksaksa ni yang mana satu?!"

"Oh lupa pulak pulau ni terbahagi kepada dua. Satu, bahagian raksaksa ni and satu lagi bahagian yang biasa je. Aku nasihatkan kau bla cepat dari sini sebelum.." 

Naeun menepuk kedua-dua belah tangannya lalu muncul sekumpulan raksaksa yang berwajah lebih hodoh daripada yang ada di sebelah Naeun tadi. Eunji dapat lihat ada di antara mereka yang sedang memakan rakan-rakannya dengan gelojoh sekali.

"..diorang makan kau pulak!" Naeun mengakhiri kata-katanya dengan hilaian tawa yang begitu kejam sekali.

Eunji pun menggunakan segala kudrat yang ada berlari untuk menyelamatkan dirinya. Melihat Eunji berlari, raksaksa tadi berniat untuk mengejarnya namun mereka dihalang oleh Naeun.

"Aku lebih seronok tengok dia terseksa sepanjang hidup daripada tengok dia mati begitu sahaja.." 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setibanya Eunji di sungai yang memisahkan pulau tersebut, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Air mata Eunji mengalir deras memikirkan rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

 Dalam pada masa yang sama, dia tetap menyeberangi sungai tersebut dengan hati yang hiba.

Setelah itu, dia mula berjalan di sebalik semak-samun yang tebal itu. Duri di mana-mana sahaja. Eunji menjadi hairan. Mengapa hutan itu penuh dengan duri?

Tiba-tiba suatu suara menyeru-nyeru namanya..

"Eunji unnie.." 

"Unnie.."

"Unnie.."

Eunji terasa seram mendengar seruan itu. Lantas dia memandang sekeliling dan dia terlihat seseorang yang dikenali berada betul-betul di dalam kawasan pasir jelus dengan separuh badannya ditenggelami pasir. Wajahnya juga pucat hingga menampakkan urat-urat diwajahnya.

"Hayoung!!" Jerit Eunji. Dia cuba untuk menghulurkan tangannya kepada Hayoung. Hayoung menyambut tagannya. 

Kemudian Eunji cuba untuk menarik Hayoung sekuat-kuatnya. 

Tanpa Eunji sedari Hayoung sedang tersenyum jahat memandangnya. 

"Unnie.. Unnie tak boleh keluarkan saya dari sini.."

Eunji terkejut mendengar kata-kata Hayoung.

"Sebab.. HAYOUNG DAH MATI!" 

Dengan serta-merta Eunji ditarik ke dalam pasir jelus itu dan tak muncul-muncul lagi.

THE END

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum and hi ! So, inilah penamat ff 'Terhempas'. And inilah the first ff yang saya buat yang dah complete. Hahaha thanks atas sokongan anda. Harap anda berpuas hati. Kalau tak, sila bagitau saya.. apapun komen anda amatlah dihargai.. tq ^^ and SELAMAT HARI RAYAAA

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
yeay!! finally.. ff ni dah COMPLETED !

Comments

You must be logged in to comment
soohanfeels
#1
Chapter 5: amin, goodluck and do the best ! inshaAllah ^^ fighting !
mark_lina_jimin #2
Chapter 4: hayoung2.....perlukah tarik eunji.....naeun pun satu
Hanamjoon
#3
Chapter 4: OMG...kejamnya Naeun,x sangka dia pembunuh.Part last tu mmg seram T^T..btw,thanks for update and selamat hari raya!!!^-^
rigel01 #4
Chapter 4: Best cerita nie. Selamat hari raya author nim
Hanamjoon
#5
Chapter 2: Chapter 2: Kesian Hayoung ,huhu:(
hyemipark
#6
Chapter 2: Waalaikumsalam, Sama la dgn saya hw bnyk mcm gunung haha *tipu je*
Good job Author-nim Keep it up
Update soon huhu
FIGHTING!!!
Hanamjoon
#7
Palli! Update XD
parkyura98
#8
Chapter 1: wah! bestlah! camne diorang bolwh hidup lgi klau kpl trbg diorang dh terhempas? hmm....pelik..pelik...
btw! update soon~ ^o^