Terhempas!

Terhempas!

"....dan johan KPop Dance Competition pada tahun ini dimenangi oleh......"

"APINK!"

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba...Tepat jam 9 pagi, kesemua ahli Apink telah memenuhi rumah Cho Rong, ketua mereka. Seperti yang dijanjikan juga, mereka akan bertolak ke lapangan terbang dengan menaiki kereta MPV milik ayah Cho Rong.

Setengah jam telah berlalu.. Mereka masih lagi menunggu kehadiran tetamu kehormat mereka iaitu Ha Young. Habis dah makanan dan minuman yang disediakan oleh ibu Cho Rong. Tapi, Ha Young masih tidak kelihatan lagi.

"Hish, mana adik Ha Young kita ni??" Rungut Cho Rong setelah penat menunggu untuk sekian lamanya. "Alaaa.. Unnie macam tak kenal adik kita seorang tu.. Dia kan dah biasa datang lewat" Balas Bo Mi selamba sambil memerhatikan setiap minuman yang berada di atas meja.

"Na Eun, ambik kan aku air oren tu.." Bomi memberi arahan kepada Na Eun yang sedang sibuk menjamu selera. Tanpa membantah, Na Eun terus bangun daripada tempat duduknya lalu mencapai gelas yang berdekatan dengan jag air. Kemudian, dia menuangkan air oren tersebut ke dalam gelas itu dan memberikannya kepada Bo Mi.

Nam Joo yang dari tadi memerhatikan tingkah laku Na Eun terus menegur Bo Mi. "Amboi... Sedapnya kau mengarah Na Eun" "Ala.. Dia bukan kisah pun. Na Eun kan baik.. Kan, Na Eun?" Balas Bo Mi sambil menepuk-nepuk bahu Na Eun yang sedang makan di sebelahnya. Na Eun hanya membalas kata-kata Bo Mi dengan senyuman. 

"Hmm lambat lagi ke Ha Young ni? Dah habis semangkuk mi ni dah.." Tanya Na Eun sebaik sahaja dia menghabiskan semangkuk mi yang dimasak oleh ibu Cho Rong. Dia sengaja menukar topik perbualan tadi kerana dia tak suka dipandang rendah dengan sikapnya yang suka bertolak-ansur.

"Eleh, baru semangkuk mi dah kecoh. Aku dah 3 okay! Hahaha" Eun Ji siap tunjuk lagi mangkuk mi dia tu. 

Apink hanya memandang Eun Ji dengan pandangan yang biasa. Mereka tahu yang Eun Ji tu memang kuat makan. Sedangkan mak dia pun panggil dia BAB 1 masa dia kecik..

"Euww menggelikan sungguh lah kau ni! Kau makan ke telan,hah?" Soal Nam Joo dengan Nada mengejek. Kemudian, dia mengeluarkan sapu tangan daripada beg tangannya lalu menekup sapu tangan itu ke hidungnya.

Eun Ji yang dari tadi ceria terus bertukar marah. "Suka hati aku lah! Mulut kau tu kan memang tak de insuran eh?!" Mula dah.. Tak memasal je perang dingin tercetus di antara mereka berdua. Sejujurnya, Eun Ji memang dah lama tak suka Nam Joo. Bagi Eun Ji, gurauan Nam Joo memang melampau sekali dan sering menyakitkan hati. Oleh sebab itu lah, mereka asyik berperang mulut tak kira di mana pun.

"Eh.. Kau cakap baik-baik sikit! Gigi aku pun ada insuran tau!" Balas Nam Joo dengan angkuh. Rambutnya diselakkan ke belakang ala-ala hot gitu..

"Unnie... Janganlah marah. Nam Joo gurau je tu" Pujuk Na Eun perlahan. Tangan Eun Ji digenggam lembut. 

Tiba-tiba muncul kelibat Ha Young di muka pintu rumah Cho Rong. 

"Hiii!!!" Sapa Ha Young. Suaranya cukup menggambarkan perasaannya yang tidak sabar-sabar hendak melancong ke Malaysia.

"Wehh tetamu VVIP dah datang ahh!! Tangkap gambar sikit" Kata Eun Ji. Kameranya yang berada di sebelah Na Eun dicapai lalu dia terus mengambil gambar Ha Young.

"Eh apa ni? Bayar lah dulu!!" Balas Ha Young sambil menghulurkan tangan kanannya. 

"Bayar kau kata? Kau lah yang patut bayar kat kitorang! Berjanggut kitorang menunggu!" Kata Cho Rong geram. 

"Berjanggut?" Soal Ha Young pelik. Keningnya dijongketkan sebelah tanda keliru.

"Takk!! Cho Rong unnie je!" Jerit Apink yang lain serentak..

"Hish jahat ah korang ni!! Ayah, jom bertolak sekarang!" Cho Rong memberi arahan kepada ayahnya.

"Tapi, Ha Young belum makan lagi!!" Jerit Ha Young. Perutnya digosok-gosok untuk meminta simpati. 

Cho Rong terus keluar daripada rumahnya. Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan. "Tak pe lah, Ha Young .. Dalam flight nanti makan lah ye?" Pujuk Na Eun.

"Hurmm.." Balas Ha Young perlahan sambil mengganggukkan kepalanya.

________________________________________________________________________________________________________________________________________

 Di dalam kapal terbang.. 

Bo Mi sedang memerhatikan Ha Young yang sedang menikmati mi gorengnya. Sebelum kapal terbang berlepas lagi, Ha Young sudah mula memakan bekalnya itu. Lapar sangat agaknya..

"Hmm.. Boringnyaa.. Eh, korang! " Tiba-tiba, satu idea menerjah ke dalam fikirannya. Eun Ji yang sedang duduk bertentangan dengannya memandang Bo Mi. "Apa?" Soak Eun Ji pendek.

"Apa kata kalau kita pergi mengembara sambil melancong?" Bo Mi menyatakan cadangannya. "Mengembara?" Na Eun yang duduk berdekatan tertarik dengan cadangan Bo Mi. Bo Mi menggangguk laju. 

"Maksud unnie macam cerita-cerita adventure tu ke? " Soal Ha Young pelik. "Betul tu! Tak sangka kau ni pandai eh.." Balas Bo Mi lagi sambil mengosok-gosok kepala Ha Young. Ha Young segera menepis tangan Bo Mi. "Stop it unnie! Kusut lah rambut Ha Young nanti.."

"Tapi, macam mana?" Soal Cho Rong pula. "Err.. Yang tu aku tak tau..Hehe" Kata Bo Mi lagi. "Ceh! Ingat kan kau ada idea canggih tadi! Kalau tak de tu tak yah la cakap!" Balas Nam Joo geram. Apink yang lain turun melemparkan pandangan yang menyampah ke arah Bo Mi.

"Hish, tak payah lah marah! Aku cuma bagi cadangan je kot. Tapi kan, kalau dalam cerita adventure biasanya.. Kapal terbang diorang akan terhempas sebelum sampai ke destinasi yang nak dituju kan?" Kata Bo Mi lagi. 

Terkejut sungguh ahli Apink yang lain mendengar kenyataan Bo Mi. Masing-masing ternganga memandang Bo Mi.

"Gila apa?! Kau jangan cakap benda macam tu boleh tak?" Eun Ji naik berang mendengarnya. "Kalau terhempas betul-betul siap kau!" Sambung Na Eun pula.

Sebaik sahaja Na Eun berhenti bercakap..

PENGUMUMAN. ATAS BEBERAPA FAKTOR YANG TAK BOLEH NAK DIELAKKAN, KAPAL TERBANG INI AKAN MEMBUAT PENDARATAN SECARA KECEMASAN. PASTIKAN ANDA...

Para penumpang berasa cemas mendengar pengumuman yang disampaikan oleh ketua juruterbang yang mengendalikan kapal terbang itu. Masing-masing gelisah. Mereka semua berebut-rebut untuk melihat tingkap pesawat itu.

LAUT?!!! 

Makin bertambah-tambah cemas lagi apa mereka mendapati bahawa mereka sedang berada di tengah-tengah lautan yang terbentang luas. Ada yang menjerit, menangis dan ada juga yang sesak nafas akibat terlalu takut.

Sementara itu, ahli Apink sedang melemparkan pandangan maut ke arah Bo Mi. Bo Mi cuba untuk mengawal perasaan takut yang sedang menyelubungi dirinya. Dia berpura-pura untuk membuat muka biasa sahaja seperti tiada apa yang berlaku.

"Ingat tak apa yang Na Eun cakap tadi, wahai cik Bo Mi??" Soal Cho Rong dengan nada suara orang yang sedang menahan marah. Bo Mi menelan air liur. Pahitnya!

 BOOM!!

____________________________________________________________________________________________________

"Eun Ji, bangunlah!..." Badan Eun Ji digoncang-goncang dengan kuat sekali. Eun Ji terus terjaga lalu duduk. "Apa dah jadi ni, Na Eun?" Soal Eun Ji serta-merta. "Aku tak tau.. Yang pastinya, kita kena kejut member yang lain" Kata Na Eun lagi dengan serius.

Eun Ji terus bangun dari tempat dia pengsan tadi lalu mendekati member Apink yang lain.

"Nam Joo.. Bangunlah!" Na Eun menampar-nampar pipi Nam Joo perlahan. Nam Joo membuka matanya satu per satu. 

AHHHH!!!!!!!

Terus terbangun semua member Apink yang masih lagi pengsan tadi. "Mayat!!!" Jerit Bo Mi pula. Rupa-rupanya, Apink sedang dikelilingi oleh mayat para penumpang lain yang bersepah-sepah. Serpihan pesawat yang mereka naiki berada di mana-mana!!

AHHHH!!!!!!

"Adushh.. Boleh tak berhenti menjerit?!!!" Eun Ji mula naik angin. Sekejap Nam Joo jerit, lepas tu Bo Mi. Sekarang Ha Young pulak yang menjerit?!

"Kau dah kenapa?" Tanya Na Eun. Dia risau kalau-kalau Ha Young cedera. Ha Young terus menunjukkan lengannya yang luka. Habis make-up yang dipakai dibasahi air mata. "Laa.. Luka sikit je kot! Aku ingat kaki kau patah tadi!" Jerit Eun Ji sekali lagi. Stress betul Eun Ji dapat kawan macam baby tu.

"Ni semua kau punya pasallah, Bo Mi!!" Jerit Cho Rong sambil mencekik-cekik leher Bo Mi. Nak sesak nafas Bo Mi dibuatnya. Sebenarnya, permainan mencekik tu memang dah biasa bagi diorang. Tapi, kali ni Cho Rong macam betul-betul nak bunuh Bo Mi!

Nam Joo terus berlari ke arah mereka berdua lalu meleraikan tangan Cho Rong daripada leher Bo Mi. "Hish.. Jangan lah bergaduh lagi! Ni bukan masa yang sesuai tau!" Jerit Nam Joo betul-betul di telinga Cho Rong.

Eun Ji melemparkan jelingan ke arah mereka bertiga sambil mengigit bibirnya bagi menahan geram. 

"Korang.." Masing-masing terdiam lalu memandang Na Eun.

"Yang penting sekarang ni adalah.." Na Eun menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung ayatnya tadi.

"KITA KAT MANA NI?!!!!!!!!!" Bergema satu pulau tu dengan suara Na Eun.

 Hi, assalamualaikum readers sekalian!! Chap 1 telah diupdate.. Sekali lagi diingatkan, ff ni utk writing contest. Jadi, alang-alang dah baca, jangan lupa comment, upvote dan subscribe !! Terima kasihh ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
yeay!! finally.. ff ni dah COMPLETED !

Comments

You must be logged in to comment
soohanfeels
#1
Chapter 5: amin, goodluck and do the best ! inshaAllah ^^ fighting !
mark_lina_jimin #2
Chapter 4: hayoung2.....perlukah tarik eunji.....naeun pun satu
Hanamjoon
#3
Chapter 4: OMG...kejamnya Naeun,x sangka dia pembunuh.Part last tu mmg seram T^T..btw,thanks for update and selamat hari raya!!!^-^
rigel01 #4
Chapter 4: Best cerita nie. Selamat hari raya author nim
Hanamjoon
#5
Chapter 2: Chapter 2: Kesian Hayoung ,huhu:(
hyemipark
#6
Chapter 2: Waalaikumsalam, Sama la dgn saya hw bnyk mcm gunung haha *tipu je*
Good job Author-nim Keep it up
Update soon huhu
FIGHTING!!!
Hanamjoon
#7
Palli! Update XD
parkyura98
#8
Chapter 1: wah! bestlah! camne diorang bolwh hidup lgi klau kpl trbg diorang dh terhempas? hmm....pelik..pelik...
btw! update soon~ ^o^