Hilang

Terhempas!

Suasana pada petang itu sungguh tenang sekali. Bunyi deruan ombak menghempas persisiran pantai serta burung-burung yang sedang terbang pulang ke sarang masing-masing memang sedap sekali didengari halwa telinga.

Namun, Apink masih lagi buntu. Mereka langsung tak ada idea tentang apa yang berlaku. Masing-masing menundukkan kepala mereka memandang pasir-pasir pantai yang tersangat halus itu.

Sering kali mereka menggaru-garu kepala, menyepak-nyepak pasir yang tak bersalah tu dan mengeluh. Tak tau apa nak cakap sebab mereka tak pernah terfikir perkara sedemikian akan berlaku.

"Dah dah.. Bo Mi, Chorong.. Korang berdua ikut aku" Suara Eun Ji kedengaran setelah lama mereka semua mendiamkan diri. Masing-masing memandang Eun Ji dengan muka blur. Wajah mereka jelas menunjukkan seribu soalan yang sedang bermain di dalam fikiran mereka sekarang.

"Dah tu.. Korang nak duk tercongok kat sini tunggu makanan turun dari langit?" Sindir Eun Ji serius. Mereka masih lagi terdiam. Tiba-tiba je Eun Ji jadi serius. 

"Apasal kau serius sangat?" Soal Bo Mi. "Aku tanya kau sikit boleh? Kau nak hidup tak?" Balas Eun Ji serius. Bo Mi menelan air liurnya lalu mengganguk kepalanya perlahan.

"Tapi.. Kau tau ke macam mana?" Soal Chorong pula. Eun Ji mengganguk laju. "Berbekalkan ilmu sebagai ketua pengakap perempuan yang pernah aku ada, aku akan cuba untuk cari ikhtiar untuk keluar kan kita daripada pulau ni!" Kata Eun Ji dengan penuh semangat.

Tangan kanannya digenggam seperti penumbuk lalu di angkatnya ke atas seperti orang yang baru lepas merdeka. "Sudah-sudahlah tu.. Tak payah nak berdrama sangat.. Nak pergi, pergi je lah.. Yang pastinya, aku nak stay sini.. Geli lah nak masuk hutan tu.. Eeee... Tolonglah.. " Balas Namjoo sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah hutan di pulau itu. 

_________________________________________________________________

Sambil menunggu Eunji, Bomi dan Chorong mencari sumber hutan yang berguna untuk mereka, Naeun, Hayoung dan Namjoo duduk kesejukan di atas batang-batang kayu yang semakin mereput. Namjoo dan Hayoung sibuk menilik muka mereka pada cermin kecik yang berjaya diselamatkan mereka.

"Hish.. Sanalah sikit.. Ingat kau sorang nak tengok cermin ni?" Jerit Namjoo yang sudah hilang sabar dengan Ha Young. Mereka terpaksa berkongsi cermin untuk membelek-belek kesan luka yang ada pada wajah mereka.

Hayoung sememangnya tak suka berkongsi. Dia rela tak dapat sesuatu daripada perlu berkongsi. "Alaaa.. unnie ni sibuk lah.." Rungut Hayoung lalu melepaskan cermin yang dia pegang tadi. Nasib baik Namjoo sempat sambut kalau tak alamatnya berkecai lah cermin tu.

Naeun yang asyik memerhatikan tindak-tanduk mereka berdua turut berasa hairan dengan tindakan Hayoung. "Eh kau nak pergi mana tu?" Soal Naeun. Namun,tiada jawapan atau riaksi yang diberikan okeh Hayoung melainkan cara berjalannya seperti sedang berkawad. Itulah habit Hayoung waktu dia tengah marah atau merajuk.

"Wehh.. Bergegar pulau ni tau?!" Jerit Namjoo dari jauh. Dia masih nak menyakat Hayoung. Hayoung langsung tak peduli dengan kata-kata Naeun dan Namjoo. Sebaliknya, dia terus menghilangkan diri di sebalik semak-semak yang tebal.

"Namjoo, dia nak pergi mana tu?" Soal Naeun dia risau kalau-kalau Hayoung tersesat, terjatuh dan sebagainya. "Biarlah dia nak pergi mana. Dia bukan budak kecik lagi.." Balas Namjoo selamba.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak lama selepas itu, Eunji,Chorong dan Bomi kembali dengan beberapa longgok ranting dan pucuk-pucuk tumbuhan. Sebaik sahaja mereka tiba di tempat Naeun dan Namjoo berada, mereka terus melepaskan semua sumber-sumber alam yang mereka dapat di atas tanah lalu merbahkan diri mereka ke tanah.

"Woo.. nampak sungguh penatnya tu.." Perli Naeun. Chorong mengangkat tangan kanannya tanda berhenti. Dia tak larat nak balas ayat Naeun.

Kemudian, Eunji bangun lalu berdiri menghadap Naeun dan Namjoo. "Okay, sekarang tugas korang berdua ialah basuh pucuk-pucuk ni. Lepas tu , kita boleh makan" Arah Eunji seperti seorang ketua.

"Terus makan?? Kau tau ke benda ni beracun ke apa?" Soal Namjoo risau. Eunji serta-merta mengangkat jari telunjuk kanannya lalu menggerakkannya ke kiri dan ke kanan berulang kali. 

"Aku kenal tumbuhan mana yang kita boleh makan dan mana yang kita tak boleh" Balas Eunji. Tanpa sebarang pertanyaan, Naeun terus mengangkat pucuk-pucuk tumbuhan tadi. Namun, mana mungkin dia larat nak angkat semua.

"Eh Namjoo! Kau nak tolong ke tak ni?" Soal Naeun separuh menjerit kerana jarak di antara mereka agak jauh sedikit. Dengan hati yang berat, Namjoo berjalan ke arah Naeun sambil mengheret kaki kanannya di atas tanah. 

"Wahh.. ada suster ngensot kat sinilah!!" Usik Bomi yang sudah kembali bertenaga untuk memerli orang. Namjoo terus menghentikan langkahnya lalu menjeling Bomi. "Diamlah kau!"

"Woo.. takutnya.." Perli Chorong pula. Kemudian mereka berdua ketawa geli hati sambil bertepuk tangan sesama sendiri.

"Eh, kejap kejap.. Mana pulak budak lagi sorang yang sepatutnya ada dengan Naeun dan Namjoo tu?" Tiba-tiba Chorong teringat akan ahli maknaenya tu.

"Hayoung!" Jerit Bomi. Baru teringat yang dia tak nampak pun batang hidung Hayoung dari tadi. Eunji yang sedang memerhatikan Naeun dan Namjoo membuat kerja terperanjat mendengar suara Bomi.

Eunji terus berlari mendapatkan Bomi dan Chorong. "Kenapa kau jerit nama Hayoung?" Soal Eunji dengan penuh kerisauan di mindanya. "Hayoung tak ada. Mana dia?" Balas Chorong.

Mata Eunji liar memerhatikan sekeliling kawasan pulau itu. Kemudian, dia menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembusnya kuat-kuat sehingga berjaya menarik perhatian Namjoo dan Naeun.

"Wehh.. Hayoung mana?!" Jerit Eunji kepasa Naeun dan Namjoo. Naeun dan Namjoo saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua pun baru teringat yang Hayoung tak balik-balik dari tadi.

Dengan segala kudrat yang ada, Naeun memberanikan dirinya untuk bercerita kepada Eunji, Bomi dan Chorong tentang apa yang telah berlaku. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Flashback setengah jam yang lalu*

Hayoung terus menghilangkan diri di sebalik semak-samun hutan itu. 

"Hishh.. Unnie tu suka sangat marah aku. Dia ingat dia tu unnie aku tak boleh lawan dia? Dia je yang ada hak nak marah orang? Gitu?" Hayoung membebel sendirian.

Hayoung meredah hutan itu tanpa berfikir akan padah yang menunggunya. Dia berjalan dan kemudiannya berlari selaju yang mungkin menyebabkan dia acap kali terjatuh.

Tiba di sebatang sungai, dia berhenti berlari. Dia mendapati bahawa sungai itu merupakan pemisah yang memisahkan pulau itu kepada 2 bahagian. Tanpa berfikir panjang, dia menyeberangi sungai itu. Kedalaman sungai itu yang hanya paras lutut sahaja memudahkan Hayoung untuk menyeberanginya.

Setibanya di bahagian pulau yang lain, Hayoung berjalan perlahan-lahan meredah hutan itu. Perasaan ingin tahu dalam dirinya menyebabkan dia tetap meredah hutan itu walaupun hutan itu penuh dengan duri-duri tajam yang kerap melukakan dirinya.

Tapi, sikap ingin tahu itu berhenti tatkala dia merasakan kakinya seperti tenggelam di dalam pasir.. PASIR???

Jangan-jangan ni.. PASIR JELUS !!!!! 

AHHHHHHHHH!!! UNNIE TOLONG!!!!

 Hayoung cuba menjerit sekuat hatinya. Namun, suaranya langsung tidak kedengaran kerana dia sudah berada di balik pulau. Dia cuba untuk berpaut dengan banir-banir dan akar pokok namun usahanya sia-sia juga. Ini semua kerana pokok-pokok tersebut kesemuanya berduri. Ini menyebabkan tangan Hayoung berlumuran darah dan semakin perit.

Akhirnya, Hayoung berhenti menarik akar-akar tersebut kerana badannya sudah pun tenggelam hingga paras dada.

AHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

*FLASHBACK TAMAT*

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apink duduk mengelilingi unggun api yang berjaya dinyalakan oleh Eunji. Mereka semua duduk berpelukan tubuh memandang satu sama lain.

"Kita mesti buat sesuatu. Kita tak boleh duduk diam je. Kita takkan tinggalkan pulau ini tanpa Hayoung!" Kata Chorong selaku seorang ketua yang bertanggungjawab. 

"Habis tu.. Kalau kita tak jumpa Hayoung sampai bila-bila.. Kita akan teruskan hidup macam ni dekat sini ke???" Soal Bomi.

Namjoo masih lagi tunduk menghadap tanah. Perasaan kesal makin membuak-buak dalam dirinya. Dia merasakan dirinya sebagai seorang penjenayah. Dia berasa menyesal sekali kerana bergaduh dengan Hayoung yang jauh lebih muda daripadanya.

"Sudahla tu.. Esok je kita fikir apa nak buat. Lagipun, hari dah larut malam ni. Better kita semua tidur" Ujar Eunji.

Maka, pada malam itu, mereka pun tidur dengan hati yang lara..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kira-kira jam 2 pagi..

Naeun terbangun dari tidurnya. Dia mendapati seseorang daripada ahli Apink sudah pun terjaga. 

"Namjoo.. Kau okay tak?" Soal Naeun denga nada yang lembut. Namjoo menggeleng-gelengkan kepalanya. "Aku rasa bersalah sangat sampai tak boleh tidur.. Aku asyik terfikirkan Hayoung je.." Balas Namjoo teresak-esak. Tanpa berlengah, Naeun bangun daripada tempat tidurnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Namjoo.

Dia menepuk-nebuk bahu Namjoo perlahan. "Sudah lah tu.. Jangan lah risau. Esok kita cari dia sampai jumpa. Eh?" Pujuk Naeun. Dia memang pakar dalam bidang memujuk orang ni. Bila tengok muka dia, ais daripada ice age pun boleh cair.

Namjoo menggangguk perlahan. Kemudian, dia melentokkan kepalanya di bahu Naeun sambil menangis teresak-esak. Kata orang, mulut kata lain, hati kata lain.

"Eh, teman aku buang air boleh? Dari petang tadi aku tahan.. " Ujar Namjoo tiba-tiba disebabkan kerisauannya yang menggunung terhadap Hayoung.

"JOM!" Balas Naeun riang. "Shh.." Namjoo menekup mulut Naeun lalu berbisik "Janganlah kuat sangat nanti diorang terjaga" Kata Namjoo. Naeun tersengih malu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seusai sahaja Namjoo membuang hajatnya, dia mencari-cari kelibat Naeun. Dalam keadaan yang gelap macam tu memang susah nak cari orang.

"Na.. AHH....!!!!" Baru sahaja dia hendak memanggil nama Naeun, dia merasakan dirinya sedang dijerat dari belakang. Dia cuba sedaya upayanya untuk menjerit meminta tolong namun gagal. 

"Ahhhh...!!" Kerongkongnya semakin sempit. Dia makin sukar bernafas. Mukanya menjadi pucat dan matanya semakin kabur...

Kabur

Dan kabur..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokkan harinya, seperti biasa Chorong selaku ketua akan bangun lebih awal daripada ahli Apink yang lain. Dengan mata yang kurang jelas dan agak kabur akibat baru bangun daripada tidur, dia memandang ahli Apink yang lain.

Dia mengira adik-adiknya satu persatu. 

1 ...

2 ...

3 ...

4 ...???!!!

"Wehh bangun semua!!!" Jerit Chorong sekuat hatinya.

Ahli Apink terus terbangun daripada tidur mereka. Masing-masing menggusal mata. Suara Chorong yang lebih kuat daripada siren polis tu memang boleh mengejutkan semua haiwan di pulau itu.

"Kenapa lak ni??" Soal Bomi.

"Namjoo.. Namjoo takde!" Balas Chorong. Dia hampir menitiskan air matanya.

"Apa?!!!" Soal Naeun pula. Dia turut terkejut kerana Namjoo baru sahaja berbual-bual dengannya malam semalam.

"Siapa yang terakhir cakap dengan Namjoo?" Soal Eunji serta-merta. 

Naeun mengangkat tangannya. Wajahnya cukup menunjukkan risau di hatinya. "Dia cakap apa dengan kau?" Soal Eunji.

"Dia kata dia sebersalah sangat dengan kehilangan Hayoung.." Balas Naeun sambil kepalanya tunduk memandang tanah. Air mata mula membasahi kelopak matanya. 

Persoalan "Di manakah Hayoung??" tidak lagi bermain di minda mereka sebaliknya persoalan "Adakah Namjoo bertindak secara tidak waras untuk pergi mencari Hayoung sendirian akibat rasa bersalahnya?" pula yang bermain di minda mereka.

Assalamualaikum and hi readers sekalian. So inilah dia chap 2. Harap korang takkan bosan. Enjoy you reading okay? And harap korang dapat meringankan tangan untuk subscribe ff ni and upvote sekali ya? Maaf sebab lambat update.. Saya terlampau sibuk dengan kerja sekolah yang berlambak :\ sorryy.. :')

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
yeay!! finally.. ff ni dah COMPLETED !

Comments

You must be logged in to comment
soohanfeels
#1
Chapter 5: amin, goodluck and do the best ! inshaAllah ^^ fighting !
mark_lina_jimin #2
Chapter 4: hayoung2.....perlukah tarik eunji.....naeun pun satu
Hanamjoon
#3
Chapter 4: OMG...kejamnya Naeun,x sangka dia pembunuh.Part last tu mmg seram T^T..btw,thanks for update and selamat hari raya!!!^-^
rigel01 #4
Chapter 4: Best cerita nie. Selamat hari raya author nim
Hanamjoon
#5
Chapter 2: Chapter 2: Kesian Hayoung ,huhu:(
hyemipark
#6
Chapter 2: Waalaikumsalam, Sama la dgn saya hw bnyk mcm gunung haha *tipu je*
Good job Author-nim Keep it up
Update soon huhu
FIGHTING!!!
Hanamjoon
#7
Palli! Update XD
parkyura98
#8
Chapter 1: wah! bestlah! camne diorang bolwh hidup lgi klau kpl trbg diorang dh terhempas? hmm....pelik..pelik...
btw! update soon~ ^o^