Pencarian dan Kemusykilan

Terhempas!

Apink semakin tidak tentu arah. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Ke manakah perginya Hayoung dan Namjoo? Adakah mereka masih hidup atau.. tak! Tak mungkin! Mereka takkan pergi begitu sahaja!

Setelah berfikir sejenak, akhirnya Bomi mendapat idea. 

"Apa kata kita berpecah untuk cari diorang?" 

Naeun menggeleng-gelengkan kepalanya seperti bayi yang sedang merengek. "TAK NAK!" Bantah Naeun. Bagi dia, bergerak secara berkumpulan lebih baik daripada bergerak secara berpasangan.

Bomi, Chorong dan Eunji memandangnya serentak. Wajah Naeun jelas menunjukkan yang dia sedang dalam ketakutan. Dia sering kali menggigil dan air mata kerap membasahi kelopak matanya.

"Tak. Kita mesti bergerak secara berpasangan. Lagipun, pulau ni besar. Sampai bila kita nak cari nanti?" Balas Chorong pula. "Okay kalau macam tu aku nak kumpulan dengan Eunji" Kata Bomi lagi.

"Macam tu, aku dengan Naeun lah nampaknya.." Balas Chorong pula.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu, misi pencarian Hayoung dan Namjoo masih lagi diteruskan. Sudah merata mereka mencari namun bak kata orang, habuk pun takde..

HAYOUNG!

NAMJOO!

HAYOUNG !!!!!!

NAMJOO !!!

Berturut-turut mereka, menyeru nama Hayoung dan Namjoo. Huh, sakit tekak dibuatnya.

AAAAHHHHH!!

Eunji serta-merta menoleh kepalanya ke arah Bomi."Kau kenapa?" 

"AKU STRESS!! Erghh" Pada masa itu jugak kepalanya diketuk daripada belakang. "SAKITLAH!" 

Eunji hanya membalas dengan jelingan sahaja. Malas dia nak melayan Bomi yang kebudak-budakkan tu. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia bertindak meninggalkan Bomi. Baru sahaja dia hendak melangkah, tangannya ditarik daripada belakang. 

"Eun.. Ji..." Teresak-esak suara Bomi menyeru namanya. Eunji sudah masak dengan Bomi. Dia tau apa yang hendak diperkatakannya. Belum sempat Bomi meneruskan kata-katanya, Eunji segera meleraikan tangannya dengan kasar sekali.

Bomi tersentap.

Bomi terdiam sebentar.

Sel-sel otaknya cuba berhubung untuk menerima mesej perlakuan Eunji. 

"Kau jangan nak berpura-pura lagi lah!!"

"A.. Apa kau cakap ni..??" Bomi menggagahkan dirinya untuk membalas kata-kata eunji. 

"Kau yang bunuh diorang berdua kan?!!" 

Tersentap habis Bomi!

" Apa maksud kau?" Soal Bomi.

"Eh kau jangan fikir aku tak nampak ah. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kau yang bunuh Namjoo!"

'Tak! Bukan aku!'Bentak hati Bomi. Namun tak terlafaz kata-kata itu. Dia seakan-akan sedang berhadapan dengan seseorang yang tak pernah mengenali dirinya malah menuduhnya sebagai seorang PEMBUNUH! 

"Eunji.. apa kau cakap ni...?" Perlahan-lahan Bomi melangkah ke arah Eunji. Semakin Bomi mendekati Eunji, semakin jauh Eunji mengundurkan dirinya ke belakang. 

Eunji menggeleng-gelengkan kepalanya. "CUKUP!!Jangan tipu aku lagi!" Tengking Eunji sekuat hatinya. 

"Aku nampak kau bunuh Namjoo! Masa tu kau pakai jaket warna oren yang aku bagi kau masa ulangtahun kelahiran kau! Kau bunuh dia tanpa belas kasihan! Kau ni manusia ke binatang, hah?" Terang Eunji sejelas-jelasnya.

Sekali lagi Bomi tergamam. Dia terdiam sebentar. 

"Jung.. Eun.. Ji..." Satu demi satu nama Eunji disebut.

Eunji kembali memalingkan wajahnya ke arah Bomi. 

"Dulu.. kau pernah cakap, tak kira apa pun yang berlaku, kau akan tetap ada disamping aku dan akan sentiasa... PERCAYAKAN AKU!" Bomi melepaskan perasaan marah yang terbuku di hatinya.

"Tapi.. sekarang? Apa yang kau buat, hah? Kau senang-senang tuduh aku pembunuh , kau kata aku binatang.. inikah sahabat? Inikah kawan yang 24/7 ada dengan aku? Ketawa, bergurau dan menangis sama-sama dengan aku? Tergamaknya kau.." Air mata Bomi mengalir laju saat dia terkenangkan saat-saat indah dia bersama Eunji. 

Eunji mengangkat kedua-belah tapak tangannya lalu menekup telinganya. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan dirinya daripada dipengaruhi oleh kata-kata Bomi.

Tanpa berfikir panjang, dia segera berlari meninggalkan Bomi.

Langkah Eunji semakin laju meninggalkan Bomi yg masih terpinga-pinga kebingungan dibelakang. Semakin lama eunji menatap wajahnya semakin mendadak perasaan meluat dan bencinya terhadap Bomi. Sungguh tidak disangka, kawan yang paling rapatnya itu merupakan seorang pembunuh.

"Dia ingat dia siapa nak permain kan aku" Bicara Eunji keseorangan. Dia kemudiannya tersengih jahat kemudian terketawa sendiri. Secara tak sengaja dia ternampak seekor burung gagak hinggap di atas dahan sebatang pokok yang sangat besar. 

Tiba-tiba dia teringatkan cerita Bomi. "Hmm.. kata Bomi kalau ada burung gagak mesti ada mayat berdekatan.. Jap! Mayat?"

Secara tiba-tiba bau minyak wangi yang sangat kuat singgah ke lubang hidungnya. Eunji memang tidak suka membau wangi-wangian seperti itu. Dia kemudiannya terbatuk-batuk. Dia memandang sekeliling untuk mengenal pasti dari mana datangnya bau itu. 

'Chorong unnie?' Terdetik nama itu di benak fikiran Eunji. Kerana setahu Eunji Chorong memang suka memakai minyak wangi seperti itu. Fikiran Eunji mula berfikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 

Eunji segera mencari Chorong. "Chorong !!"

Nasib Eunji malang apabila dia terjatuh akibat tersepak seketul batu yang besar. Baru sahaja dia ingin berdiri semula, matanya tertangkap ke arah seorang perempuan yang bersandar pada sebatang pokok. 

"Chorong!!!" Eunji berasa sungguh bahagia apabila dia mendapati perempuan itu ialah Chorong. Namun sangkaannya meleset apabila dia mendekati Chorong. Dia berasa lain macam sahaja apabila Chorong tidak memberikan sebarang respon apabila dia memanggil namanya.

Eunji terus mengoyang-goyangkan tubuh chorong perlahan-lahan. "Unnie? Unnie? Chorong unnie?!"

Eunji berasa seram sejuk apabila dia memegang tangan Chorong. Sejuk. Eunji bergerak perlahan-lahan menjauhi Chorong kerana dia merasakan sesuatu yang tak kena telah berlaku. Sebaik sahaja dia berundur ke belakang..

AHHHH!!! 

Eunji mendapati sebatang kayu cerucuk yang sangat tajam tertusuk pada bahagian perut Chorong. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya laju. "Tak!! Tak mungkin!!!" Air mata deras membasahi pipinya. Eunji kemudiannya bergerak menghampiri Chorong sekali lagi. Dia menggoncang-goncang badan Chorong dengan harapan dia akan bangun semula dan meneruskan hidup sebagai seorang ketua kumpulan Apink yang periang. Sungguh Eunji tidak dapat menerima kenyataan bahawa jasad yang sedang dikejutkan itu kini tidak lagi bernyawa.

Chorong unnie!!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
yeay!! finally.. ff ni dah COMPLETED !

Comments

You must be logged in to comment
soohanfeels
#1
Chapter 5: amin, goodluck and do the best ! inshaAllah ^^ fighting !
mark_lina_jimin #2
Chapter 4: hayoung2.....perlukah tarik eunji.....naeun pun satu
Hanamjoon
#3
Chapter 4: OMG...kejamnya Naeun,x sangka dia pembunuh.Part last tu mmg seram T^T..btw,thanks for update and selamat hari raya!!!^-^
rigel01 #4
Chapter 4: Best cerita nie. Selamat hari raya author nim
Hanamjoon
#5
Chapter 2: Chapter 2: Kesian Hayoung ,huhu:(
hyemipark
#6
Chapter 2: Waalaikumsalam, Sama la dgn saya hw bnyk mcm gunung haha *tipu je*
Good job Author-nim Keep it up
Update soon huhu
FIGHTING!!!
Hanamjoon
#7
Palli! Update XD
parkyura98
#8
Chapter 1: wah! bestlah! camne diorang bolwh hidup lgi klau kpl trbg diorang dh terhempas? hmm....pelik..pelik...
btw! update soon~ ^o^