Mimpi
Banglo Misteri (Re-write + Updated )Kawasan yang gelap. Dikelilingi pokok pokok besar. Tempat dia berdiri agak lapang. Dia bingung.
"Tempat apa ni?" Sungyeol buntu.
"Tiba masanya ... Hutang darah dibayar darah.." pertanyaan Sungyeol dibalas oleh satu suara.
"Apa kau nak? Aku dekat mana? Mana adik aku?" peluh mengalir di kepala. Pelbagai soalan timbul.
"Hayi ada dengan aku.. Dia milik aku selama lamanyaa...!" nyaring suara itu.
"APA KAU NAKK ?! KENAPA KAU NAK HAYI ?!" Sungyeol menjeit marah.
"KAU TANYA AYAH KAU ! APA DIA DAH BUAT !!"
Tiba tiba Hayi lalu di hadapan Sungyeol. Lalu di celah celah pokok, di dalam kepekatan malam.
"Hayi ! Hayi nak pergi mana?" Sungyeol menjerit. Hayi menoleh, senyum sinis dan berlalu pergi.
"KAU TANYA AYAH KAU ! APA DIA DAH BUAT !!" sekali lagi, suara itu menyatakan ayat yang sama.
Sungyeol tebangun dari tidur. Ayat itu bermain di fikiran.
Comments